Hadith Perubahan Lafaz Azan Agar Solat Di Rumah



SOALAN:
Baru-baru ini, tersebar beberapa rakaman video berkaitan beberapa masjid di negara luar melaungkan ketika dan selepas azan dengan meminta para penduduk agar melakukan solat di kediaman masing-masing. Hal ini, disebabkan kes penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat saban hari memungkinkan untuk ditangguh terlebih dahulu sebarang aktiviti di masjid termasuklah solat jemaah. Apakah benar terdapat hadith berkaitan perubahan lafaz azan agar solat di rumah?

JAWAPAN:
Berdasarkan soalan di atas, laungan azan agar melakukan solat di rumah adalah tsabit dan terdapat di dalam hadith yang sahih berdasarkan kepada riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab mereka. Bahkan peristiwa ini pernah berlaku di zaman Nabi SAW sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa riwayat seperti:

1. Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa beliau telah azan pada satu malam yang sejuk dan berangin dengan berkata:

أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ المُؤَذِّنَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ ذَاتُ بَرْدٍ وَمَطَرٍ، يَقُولُ: أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ
“Solatlah kamu di rumah kamu.” Kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan muazzin sedemikian sekiranya malam tersebut teramat sejuk dan hujan teramat lebat dengan berkata: “Solatlah kamu di rumah kamu.” [Riwayat al-Bukhari (666) dan Muslim (697)]

2. Daripada Usamah bin Umair R.A berkata:

أَنَّ يَوْمَ حُنَيْنٍ كَانَ يَوْمَ مَطَرٍ، فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مُنَادِيَهُ: أَنَّ الصَّلَاةَ فِي الرِّحَالِ
“Pada hari peperangan Hunaian berlaku hujan teramat lebat. Maka Nabi SAW mengarahkan muazzin untuk melaungkan: “Solat di rumah.” [Riwayat Abu Daud (1057) dan Ahmad (20700), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]

Terdapat beberapa lagi riwayat lain yang menceritakan berkaitan arahan Nabi SAW agar muazzin melaungkan solat di rumah. Selain itu, terdapat keluasan pada tempat diucapkan “solatlah kamu di rumah” sebagaimana disebutkan oleh para ulama' sama ada ia diucapkan ketika azan atau selepas selesai melaungkan azan. [Lihat: al-Masail al-Muhimmah fi al-Azan wa al-Iqamah, 96]

Ini kerana, berdasarkan kepada beberapa riwayat laungan ini diucapkan berbeza-beza tempatnya. Antaranya:

1. Daripada Nu’aim bin al-Nahham R.A berkata ketika mendengar muazzin Nabi SAW melaungkan azan:

فَلَمَّا بَلَغَ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ، قَالَ: صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ
“Apabila sampai pada hayya ‘ala al-Falah. Dia (muazzin) berkata: “Solatlah kamu di rumah kamu.” [Riwayat Ahmad (17933), Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan]

2. Daripada Abdullah bin Harith berkata:

خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ فِي يَوْمٍ رَدْغٍ، فَلَمَّا بَلَغَ المُؤَذِّنُ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ، فَأَمَرَهُ أَنْ يُنَادِيَ الصَّلاَةُ فِي الرِّحَالِ
“Pada satu hari, Ibn Abbas sedang menyampaikan khutbah kepada kami dalam keadaan hari penuh dengan lumpur. Apabila muazzin sampai pada hayya ‘ala al-Salah, dia diperintahkan untuk mengucapkan: “Solatlah kamu di rumah.” [Riwayat al-Bukhari, 616]

Di dalam al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah ada dinyatakan bahawa dibolehkan bagi muazzin ketika dalam keadaan hujan yang teramat lebat, ribut atau sejuk yang melampau untuk melaungkan “solatlah kamu di rumah kamu” dan ia dilaungkan selepas daripada azan. [Lihat: al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/362]

Adapun di dalam kitab Raudhah al-Tholibin oleh Imam al-Nawawi ada disebutkan bahawa sunat bagi muazzin untuk melaungkannya selepas azan “solatlah kamu di rumah kamu”. Sekiranya dia ingin melaungkan ketika azan maka ia dilaungkan selepas daripada al-Haila’ah (hayya ‘ala al-Solah atau hayya ‘ala a-Falah) tidak menjadi masalah. [Lihat: Raudhah al-Tholibin, 1/208]

Antara penambahan yang boleh disebutkan adalah:

أَلَا صَلُّوا فِي رِحَالِكُمْ
“Hendaklah kamu solat di tempat tinggal kamu.”

أَلَا صَلُّوا فِي بُيُوْتِكُمْ
“Hendaklah kamu solat di rumah kamu.”

Penutup

Kesimpulannya, peristiwa dilaungkan agar solat dilakukan di rumah pernah berlaku di zaman Nabi SAW dan ia merupakan satu sunnah apabila ditimpa sesuatu musibah yang menyukarkan seseorang itu ke masjid atau membahayakan dirinya berdasarkan kepada beberapa riwayat yang telah disebutkan di atas. Selain itu, ke atas muazzin diberi pilihan untuk melaungkannya selepas atau ketika azan. Akhirnya, semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada wabak COVID-19 yang berbahaya ini serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mendirikan solat dalam apa jua keadaan sekalipun. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hadith-perubahan-lafaz-azan-agar-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Azan Solatlah Kalian Di Rumah Ketika Zaman Rasulullah Saw

Lafaz Azan Solatlah Kalian Di Rumah Ketika Zaman Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 927 hits
Media antarabangsa Middle East Eye melaporkan laungan azan yang berkemundang di negara itu telah diubah kepada perkataan solatlah kalian di rumah berbanding seruan asal iaitu marilah kita solat selepas arahan menutup sementara masjid di neg...
Bilal Dikehendaki Pesan Solat Di Rumah Selepas Azan Di Wp

Bilal Dikehendaki Pesan Solat Di Rumah Selepas Azan Di Wp

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 486 hits
KUALA LUMPUR Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lafaz hayya alassolah akan diperlahankan bagi Wilayah Persekutuan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad Cadangan itu disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi me...
Viral Video Azan Masjid Di Kuwait Tambah Lafaz Salat Di Rumah Untuk Cegah Corona

Viral Video Azan Masjid Di Kuwait Tambah Lafaz Salat Di Rumah Untuk Cegah Corona

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 383 hits
Sebuah video beredar dan menjadi viral di media sosial mengenai suara azan yang berkumandang di salah satu masjid karena mendapat tambahan lafaz yang berisi imbauan untuk salat di rumah Video tersebut merupakan suara azan Salat Jumat dari s...
Bergema Di Kuwait Bilal Sebak Laungkan Azan Seru Penduduk Solat Di Rumah

Bergema Di Kuwait Bilal Sebak Laungkan Azan Seru Penduduk Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 350 hits
Umum telah mengetahui bahawa wabak virus Covid 19 yang sedang melanda dunia ketika ini semakin memburuk Bilangan kes serta angka kematian yang dicatatkan semakin naik mendadak dari hari ke hari Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh...
Covid 19 Laungan Azan Di Kuwait Ditukar Kepada Solat Lah Kalian Di Rumah

Covid 19 Laungan Azan Di Kuwait Ditukar Kepada Solat Lah Kalian Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 383 hits
BERIKUTAN penularan wabak COVID 19 pihak berkuasa Kuwait mengeluarkan arahan menutup sementara masjid di negara itu selain menyeru rakyatnya menunaikan solat di kediaman masing masing Media antarabangsa Middle East Eye melaporkan laungan az...
Yok Sampai Waktu Azan Dari Rumah Masing Masing Kerana Allah 10012

Yok Sampai Waktu Azan Dari Rumah Masing Masing Kerana Allah 10012

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 401 hits
3 21 16 45 Uitm Prof Latifah Perkim Ps PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIASila Viralkan kepada semua group dan biar jadi asbab hidayat Mulai Subuh ni semua lelaki yang ada di rumah laungkan azan dari rumah menghala ke arah tingkap keluar...
Jemaah Tabligh Laung Azan Dalam Wad Solat Jemaah Dengar Cakap Doktor

Jemaah Tabligh Laung Azan Dalam Wad Solat Jemaah Dengar Cakap Doktor

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 316 hits
Sekumpulan jemaah tabligh yang menerima rawatan di hospital seluruh negara sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan melakukan amal ibadah ketika menjalani proses kuarantin akibat Covid 19 Terbaru dua keping gambar mereka di dalam wad Ho...
Mereka Mengaji Solat Berjemaah Bertasbih Azan Merdunya Suara Nurse Pesan Sudah Sudahlah Kecam Tabligh

Mereka Mengaji Solat Berjemaah Bertasbih Azan Merdunya Suara Nurse Pesan Sudah Sudahlah Kecam Tabligh

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 259 hits
Seramai 95 peratus ahli tabligh yang menyertai himpunan Sri Petaling telah memberi kerjasama untuk menjalani saringan Walaubagaimanapun orang ramai masih menyalahkan satu jemaah tersebut gara gara segelintir kecil yang belum tampil mendapat...
Video Kuwait Ubah Lafaz Azan

Video Kuwait Ubah Lafaz Azan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 311 hits
Kuwait City Lafaz laungan azan di masjid Kuwait diubah sedikit berbanding kelaziman dalam situasi genting menghadapi krisis penularan Covid 19 Ia susulan langkah pihak berkuasa Kuwait mengarahkan penutupan sementara masjid Memetik portal Mi...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant