Remaja Jumpa Bayi Dihurung Semut


Remaja Jumpa Bayi Dihurung Semut. Saya mengesyaki sesuatu apabila nampak ada gumpalan tuala atas bungkusan surat khabar di tepi jalan di selekoh berhampiran kebun getah lalu segera memeriksa dan melihat isi kandungannya.
“Namun saya terkejut apabila terdengar bunyi seperti kucing sebelum mendapati ada bayi yang berlumuran darah dan masih hidup dalam bungkusan tuala itu,” kata Mohd Nurhuda Abd Aziz, 18.
Mohd Nurhuda berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, dia dalam perjalanan untuk menghantar ibunya, Rahimah Yatim, 40-an untuk menoreh getah dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Kampung Chepir di sini.
Katanya, bayi itu menangis disebabkan dihurungi semut hitam yang penuh di seluruh badannya sehingga menyebabkan badannya kemerah-merahan.
“Saya dan emak kemudian membuang semut di atas badan bayi lelaki itu sebelum mengelap darah yang masih basah menggunakan tuala yang membalut badannya.
Masih Hidup
“Emak saya sebak melihat keadaan bayi itu yang sangat comel dan cukup sifat tetapi sampai hati ibunya sanggup membuangnya di kawasan kebun getah di Kampung Bunga ini kerana ia sunyi dari laluan orang ramai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Mohd Nurhuda berkata, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada jururawat di Klinik Desa berhampiran untuk memeriksa keadaan bayi itu sebelum polis tiba tidak lama kemudian.
Katanya, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Bayi itu mungkin baru diletakkan di situ kerana darah pun masih banyak manakala urinya masih melekat di badan.
“Mujur kami jumpa bayi ini kalau tidak mungkin dah jadi santapan binatang liar terutamanya anjing di kawasan ini pada waktu awal pagi,” katanya.
Tangisan bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan yang dibuang berdekatan jalan di Kampung Bunga Chepir menyelamatkannya daripada menjadi mangsa haiwan liar atau dilanggar kenderaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, bayi berkenaan ditemui oleh seorang peniaga yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk menuju ke dusunnya.
Artikel Berkaitan
Doa Shima di Taman Syurga Raudhah termakbul
Tidak sedikitpun dirinya menyalahkan suratan takdir, jauh sekali mengeluh dengan ujian hidup. Suatu masa dulu, dirinya pernah mencipta gemilang di persada muzik dan dilimpahi populariti hasil ledakan deretan lagu dendangannya seperti Teringin, Setelah Aku Kau Miliki, Luka Dilukai, Aku Tetap Aku dan banyak lagi.
Bagaimanapun, nikmat selesa yang dimiliki penyanyi rock era 1990-an ini hanya pinjaman. Shima yang dahulunya menyewa di rumah teres, terpaksa berpindah ke pangsapuri murah. Kereta mewahnya juga terpaksa dijual kerana ketiadaan wang.
Zaman berlalu, musim pun berubah. Kehidupan Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman turut berpusing bagaikan roda.
Namun begitu, tiada apa yang mahu dimalukan. Penyanyi yang pernah mendaki carta populariti suatu ketika dulu memilih untuk berniaga nasi campur demi kelangsungan hidup.
Pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Anugerah Industri Muzik 1993 itu membuka Warung Teringin di hadapan kediamannya di Apartmen Lestari, Damansara Damai, sejak 3 Disember lalu.
Hakikatnya, dalam kesempitan hidup, apatah lagi kini menderita penyakit ‘slip disc’ sejak lima tahun lalu, Shima tidak pernah berputus asa berjuang. Malah, kesakitan diletakkan ke tepi demi mencari rezeki halal.
Shima berkata, ibunya sering mengingatkan, hidup bagai putaran roda. Ada masa di atas, ada ketika pula di bawah.
“Jadi, tiada guna meratapi takdir, semuanya ketentuan Allah. Saya dihimpit kesusahan hidup dan menderita sakit bertahun-tahun lamanya. Ia adalah ujian Allah buat saya.
“Saya selalu ingat, hidup takkan selamanya beroleh kesenangan dan roda akan sentiasa berputar dalam kehidupan. Ketika masih popular, saya pernah terdetik mahu berniaga apabila kerjaya seni semakin suram. Nyata, Allah kabulkan detik hati yang sekian lama terpendam,” katanya manis bertudung labuh sejak pulang daripada mengerjakan umrah, awal tahun ini.
Penyanyi yang lahir bersama kumpulan The Boys pada 1989 itu berkata, sebelum memperoleh rezeki mengerjakan umrah, dirinya sering berdoa supaya diberikan kejayaan menerusi kerjaya nyanyian dan perniagaan.
“Apabila dikurniakan rezeki mengerjakan umrah dan menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah atas tajaan, doa itu jugalah yang sering terpacul di mulut dan dalam hati saya.
“Saya pelik, kenapa saya niat dan berdoa diberikan rezeki dalam perniagaan, sedangkan saya belum pun merancang apa-apa.
“Apa yang mahu saya jual, sedangkan duit pun tiada. Ada kala hidup saya umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Bagaimanapun, jika Allah mahu memberikan rezeki, ia tetap rezeki. Inilah doa saya di Taman Syurga Raudhah yang dimakbulkan,” katanya.
Wanita kelahiran Banting, Klang itu berkata, dia sedar ada yang menghina artis sepertinya berniaga di gerai tepi jalan. Tetapi, apa lagi pilihannya yang ada?
“Memang ada segelintir masyarakat yang mengutuk dan melemparkan pelbagai penghinaan, tetapi saya buat pekak telinga dan pejam sahaja mata sahaja. Jika saya susah dan tiada duit nak makan, mereka nak tolong ke?
“Saya bukannya baru setahun atau dua menjadi penyanyi, malah sudah lebih 30 tahun berjuang. Macam-macam penghinaan saya terima selama ini, tetapi siapa saya mahu menolak kehendak takdir?
“Saya masih bernasib baik kerana mempunyai rumah, walaupun sekadar duduk di pangsapuri murah untuk tumpang berteduh.
Saya percaya, Allah menghadirkan rezeki lain apabila kerjaya nyanyian tidak boleh diharapkan lagi,” katanya yang pernah menghasilkan lapan album solo, termasuk sebuah album Inggeris.
Sejak membuka gerai nasi campur, Shima tidak putus-putus dikunjungi teman artis dan peminat yang menyokong usahanya itu. – Ihsan IG Shima
Shima bersyukur kerana memiliki suami, Abdullah Rosli, 41, yang sentiasa ringan tulang membantunya berniaga nasi campur di gerai, setiap hari.
“Mujur ada suami menguruskan semua… Saya hanya ke pasar dan memasak. Saya tidak boleh buat kerja berat, bimbang penyakit ‘slip disc’ menyerang. Pada minggu pertama berniaga, saya buat kerja dalam keadaan menahan sakit. Saya tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama kerana pinggang terasa sakit.
“Mungkin saya tidak biasa buat kerja berat, tetapi sekarang perlu membiasakan diri dengan keadaan ini. Saya tidak boleh melayan sakit.
“Alhamdulillah, masuk minggu kedua, saya semakin okey. Mungkin sibuk sangat, sakit pun tidak terasa,” katanya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia pernah menyimpan keinginan mahu membuka restoran sejak zaman muda.
Katanya, sejak dulu dirinya suka menjamu kawan di rumah.
“Saya masak sedap-sedap untuk mereka. Ketika itulah kawan-kawan cakap saya ada kebolehan memasak dan mereka suruh saya membuka restoran. Bagaimanapun, zaman itu saya tiada masa, sibuk memenuhi undangan nyanyian. Maklumlah artis sedang laris dan popular.
“Bagaimanapun, keadaan hari ini memaksa saya melakukan kerja lain. Selain menyanyi, saya tiada kebolehan lain, kecuali memasak,” katanya.
Shima berkata, dirinya orang kampung, jadi masak-memasak menjadi tugasannya sejak kecil.
Ujarnya, dia tinggal bersama arwah nenek di Kampung Sungai Arak, Kelanang, Banting ketika berusia 12 tahun. Ibu bapanya pula bertugas di Gua Musang, Kelantan.
“Mungkin ada yang tidak percaya, saya memasak menggunakan dapur kayu kerana elektrik pun belum ada ketika itu. Resipi masakan pula diperturunkan oleh arwah nenek dan mak. Setakat ini, saya hanya sempat memasak 10 jenis menu masakan kampung yang ringkas.
“Ada masanya menu bertukar-tukar, tetapi saya tidak sempat lagi memenuhi permintaan pelanggan untuk menyediakan lauk-pauk yang mengambil masa lama dimasak. Saya perhatikan, asam pedas dan ayam lada hitam selalunya menjadi pilihan pelanggan setiap hari.
“Saya mula memasak pada jam 3 pagi, selepas pulang dari pasar borong. Saya sanggup pergi pasar setiap hari kerana mahukan ayam, ikan dan sayur segar,” katanya.
Kata Shima, dia bersyukur nasi campurnya menjadi pilihan penduduk sekitar, malah ada peminat datang dari jauh untuk merasai air tangannya.
“Saya buka gerai jam 10 pagi. Ada masa, saya hanya berniaga selama dua jam dan ada ketikanya hingga ke petang.
“Bagaimanapun, sebelum jam 4 petang, lauk-pauk selalunya licin. Saya berterima kasih ada peminat datang dari jauh dan memborong lauk yang saya sediakan.
“Mereka datang mencari apabila mengetahui saya berniaga di gerai. Saya tidak sangka masih ada yang meminati dan menyokong usaha saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Remaja Jumpa Bayi Dihurung Semut appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/remaja-jumpa-bayi-dihurung-semut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujur Kami Jumpa Bayi Ini Kalau Tak Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tepi Jalan Dihurungi Semut

Mujur Kami Jumpa Bayi Ini Kalau Tak Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tepi Jalan Dihurungi Semut

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 780 hits
Mujur kami jumpa bayi ini kalau tak Bayi baru lahir ditemui di tepi jalan dihurungi semut Mujur kami jumpa bayi ini Kalau tidak mungkin dah jadi santapan binatang liar terutamanya anjing di kawasan ini pada waktu awal pagi demikian kata rem...
Cara Rawat Pusat Bayi Yang Timbul

Cara Rawat Pusat Bayi Yang Timbul

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 599 hits
Cara Rawat Pusat Bayi yang Timbul Assalamualaikum guys normal bagi bayi yang baru jatuh tali pusat mengalami pusat yang timbul tapi ini adalah tanda awal bagi penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi adalah hernia Insyallah dengan e...
Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan Walaupun Doktor Kata Kotor

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 562 hits
Rupanya ada lagi manusia yang baik hati dan berperikemanusiaan kat dunia ni ingatkan dah tak ada Kisah ni mengenai seorang anggota polis wanita di Argentina Celeste Ayala yang bertugas di Hospital Kanak Kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Ai...
Sulit Dijangkau Vaksin Untuk Bayi Menetap Di Pulau Terpencil Ini Dikirim Pakai Drone

Sulit Dijangkau Vaksin Untuk Bayi Menetap Di Pulau Terpencil Ini Dikirim Pakai Drone

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 190 hits
Sulitnya medan di wilayah tersebut membuat UNICEF memanfaatkan kecanggihan teknologi berupa drone untuk mengirim vaksin
Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 529 hits
Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan untuk mendapatkan sesuatu ialah satu perkembangan yang baik Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya dan apa yang perlu mama papa buat untuk menggalakkannya Perlu diketahui yang...
Jangan Main Main Kes Bayi Tertelan Najis Dalam Kandungan Ada 4 Kesan Buruk Kepada Bayi

Jangan Main Main Kes Bayi Tertelan Najis Dalam Kandungan Ada 4 Kesan Buruk Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 398 hits
Kita kerap mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku Pada pagi itu Anis yang sudah melepasi dua hari daripada tarikh jangkaan bersalin...
Panduan Memberikan Susu Formula Pada Bayi

Panduan Memberikan Susu Formula Pada Bayi

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 208 hits
PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka dan segera memberikan susu formula Saya mencadangkan 1 Jika menggunakan air dari dispenser pastikan dispenser tersebut selalu dib...
Panduan Melawat Bayi Yang Baru Lahir

Panduan Melawat Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 257 hits
PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus terutamanya yang melibatkan saluran...
Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Akibat Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Akibat Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 394 hits
Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil Pelbagai kesan buruk produk kecantika...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik