Terpalit Kontroversi Lucas Wayv Mohon Maaf Tunda Aktiviti Seni
Tiada angin, tiada ribut, Lucas daripada kumpulan WayV tiba-tiba terpalit dengan pelbagai skandal yang mengatakan dia bercinta dengan peminat dan menipu mereka.
Gosip itu bermula apabila seorang netizen Korea memuat naik sebuah entri di laman komuniti dan menuduh lelaki itu menipunya.
Kisah dikongsi dua individu berbeza
Jelasnya, dia merupakan peminat Lucas sebelum lelaki itu mendekatinya dan mereka mula bercinta. Katanya, idola tersebut sering merendahkannya dengan perkataan seperti, “Saya tak suka yang awak berkelakuan seperti peminat sangat” dan “Jangan jadi peminat idola lagi” apabila mereka berpisah dengan alasan dia terlalu sibuk. Wanita itu kemudiannya mendedahkan bahawa hadiah mewah yang diberikan pada awalnya diterima dengan hati yang senang namun kemudian ditolak dengan alasan, “Sudah mempunyai wang yang mencukupi dan tidak memerlukan hadiah jikalau ia bukannya kereta ataupun rumah”.
Tambahnya lagi,
Dia selalu datang ke bilik hotel, tempah servis bilik, tidur dan balik, dengan mengatakan yang dia berasa tidak selesa. Dia tidak mengucapkan perkataan terima kasih langsung dan tidak menghargai saya yang membayarnya.
Bagi membuktikan pendedahan ini, wanita itu menyertakan bukti perbualan dengan Lucas serta gambar yang dikongsinya.
Keesokan harinya, seorang netizen China pula mendedahkan bahawa pengalaman netizen Korea itu adalah seiras dengannya dan menyatakan Lucas bercinta dengan mereka berdua pada masa yang sama.
Kenyataan rasmi agensi
Pada 25 Ogos, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini. Kata mereka, Lucas akan menunda segala aktivitinya dan muhasabah diri.
Hello, ini ialah SM Entertainment. Kami memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan dek masalah peribadi Lucas.
Kami sedar betapa seriusnya masalah ini dan membuat keputusan untuk memberhentikan segala aktiviti melibatkan lagu single Lucas dan Hendery iaitu ‘Jalapeño’, termasuklah pengeluaran lagu dan muzik video yang sepatutnya dikeluarkan pada petang ini.
Lucas sedang muhasabah diri kini kerana menyebabkan luka dan kekecewaan dek tindakan salahnya, dan agensi juga rasa bertanggungjawab terhadapa pengurusan buruk terhadap artis kami.
Kami sekali lagi memohon maaf kerana merisaukan ramai pihak termasuk peminat kerana isu peribadi Lucas ini.
Lucas mohon maaf
Pada hari yang sama, Lucas memuat naik surat permohonan maaf di laman Instagram miliknya.
Ini ialah Lucas.
Saya memohon maaf kepada semua yang terluka kerana kesalahan saya. Jikalau diberi peluang, saya mahu menyampaikan ucapan maaf secara peribadi.
Saya juga seikhlasnya memohon maaf kepada peminat yang banyak menyokong dan menyayangi saya.
Semasa memerhatikan situasi yang berlaku beberapa hari ini, saya melihat kembali ke atas tindakan lalu saya dan bermuhasabah diri dengan ikhlas. Melihat kepada perbuatan lalu saya, ternyata ianya salah dan kelakuan buruk itu nyata mengkhianati sokongan yang diberikan oleh peminat sejak sekian lamanya.
Saya mahu sekali lagi memohon maaf kepada semua yang kecewa dengan perbuatan saya.
Saya akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan saya akan menunda segala aktiviti bagi bermuhasabah diri.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada ahli, kakitangan syarikat, firma kooperasi dan staf penyiaran kerana menyusahkan semua.
Saya mohon maaf seikhlasnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/terpalit-curang-lucas-wayv-mohon-maaf-tunda-aktiviti-seni/