Aktiviti Yang Ingin Dilakukan Selepas Tamatnya Pkp


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti yang saya ingin lakukan selepas tamatnya PKP.
Sedar tak sedar sudah lebih setahun kita berkurung di rumah iaitu semenjak Mac 2020 setelah dunia diserang oleh pandemik Covid-19. Ingatkan beberapa bulan sahaja, rupanya masih tiada nampak penghujungnya. Namun syukur kadar vaksinasi di Malaysia semakin hari semakin tinggi. Semoga kita berjaya keluar dari serangan pandemik ini. Saya sudah dicucuk, anda pula macamana?
Ok baiklah, kita teruskan dengan perkongsian utama kita. Sejujurnya saya teringin nak lakukan beberapa pekara selepas tamatnya PKP di Malaysia ini. Penat sebenarnya duduk rumah sahaja. Orang cakap penat kerja, tapi saya pula rasa penat duduk rumah tak buat apa-apa. Selepas Covid-19 melanda dunia haritu, saya telah kehilangan kerja, jadi sekarang saya banyak melakukan aktiviti di rumah sahaja.
Jadi banyak benda yang saya ingin lakukan seperti biasa namun tak dapat untuk dilakukan kini.
1. Makan-makan Malaysia adalah syurga makanan! Saya dari kurus sampai sekarang dah berisi sedikit namun tetap juga food hunting! Siapa mampu menolak makan satay tulang, asam perut, nasi kerabu, nasi kandar dan pasemboq? Sedapnya. Masih terngiang-ngiang rasanya di dalam mulut ini. Namun sekarang semua itu hanyalah kenangan. Nak makan tak boleh sebabnya dah tak boleh rentas negeri.
Itu baru beberapa makanan, cuba anda bayangkan nasi dagang Kampung Atas Tol, nasi kandar beratur, nasi lemak antarabangsa, kambing bakar Guanzhou dan banyak lagi. Ya Allah itu semua makanan yang memang saya teringat-ingat. Jaga-jaga, nanti bila dah boleh rentas negeri, ini semua akan saya serbu.
2. Staycation Jika sebelum ini, boleh dikatakan setiap bulan akan ada sahaja tempat yang saya akan pergi. Pergi untuk tenangkan fikiran dan juga explore segala tempat di Malaysia ini. Memang boleh dikatakan menjadi rutin untuk saya staycation ini.
Melancong dan explore ini semestinya memerlukan tempat penginapan. Saya pastinya akan pilih hotel yang terbaik untuk saya diami. Ya lah kan, tempat untuk kita merebahkan badan semestinya kena wow.
Tapi buat masa ini, antara hotel yang saya ingin menginap tapi belum dapat adalah di Port Dickson, iaitu  Lexis Hibiscus Port Dickson.
3. Lepak Dengan Kawan-Kawan Dah hampir 2 tahun saya tak jumpa kawan-kawan di KL. Selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur, saya telah mengambil keputusan untuk menetap di kampung. Jadi maksudnya saya tak jumpa mereka dah lama. Rindu nak jumpa mereka, lepak-lepak, makan-makan dan juga berbincang dengan mereka isu-isu semasa (membawang).
Kalau dulu lepak mamak boleh dikatakan setiap hari. Ada sahaja benda yang dibincangkan bersama. Bisnes, aktiviti dan berbagai lagi isu yang biasa dibincangkan. Ketawa macam tak ingat dunia. Kini itu semua kenangan dan menjadi rinduan. Ah! Dah macam lirik lagu kan.
4. Cari Kerja Dah 2 tahun saya mencari kerja. Selepas berhenti kerja tempoh hari, sekarang saya hanya membuat kerja yang tak seberapa di kampung sahaja. Namun syukur segalanya cukup. Namun saya ingin mencari kerja yang bersesuaianlah. Cukup memang cukup namun tak salah kalau nak lebih kan.
Saya akui ramai majikan yang terjejas dan kadar pengangguran juga tinggi sekarang. Namun semoga selepas badai ini berlalu, sinar harapan semakin jelas di masa depan. InsyaAllah buat sesiapa yang tiada pekerja seperti saya akan mendapat pekerjaan nanti. Stay positive ok
Jadi ini adalah antara pekara yang saya ingin lakukan setelah PKP ini berakhir. Anda pula teringin nak buat apa? Saya yakin ramai di antara kita yang teringin nak balik jumpa keluarga. Itu adalah rindu yang paling berat. Mana tidaknya sudah lama tidak berjumpa keluarga kan. Abang kakak saya sendiri pun sudah lama tidak pulang.
Memang dalam hati berindu dendam ingin berjumpa ayah bonda kan. Raya tempoh hari pun tak boleh balik. Ya faham zaman sekarang zaman teknologi, boleh sahaja telefon tapi tidak sama dengan berjumpa depan-depan.
Syukur saya sekarang berada dengan keluarga sendiri. Hari-hari dapat menatap wajah ayah bonda. Namun saya faham akan keluh kesah anda.
Semoga pengakhiran yang gembira bakal kunjung untuk kita semua warga Malaysia dan juga dunia. Jom vaksin! Semoga herd immunity berjaya kita capai segera di Malaysia.
Apa pula perancangan korang?
The post Aktiviti Yang Ingin Dilakukan Selepas Tamatnya PKP appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/aktiviti-yang-ingin-dilakukan-selepas-tamatnya-pkp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Selepas Vaksin Pfizer

Kesan Selepas Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraIni just catatan ringkas aku apa yang aku alami masa first dose vaksin Pfizer Lepas cucuk tu tak da apa malam tu aku demam teruk pastu aku makan panadol dan pakai koolfever Alhamdulillah dah okay Ingat kan...
Cashback Selepas Renew Insurans Kereta

Cashback Selepas Renew Insurans Kereta

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 274 hits
Sejak aku membeli insurans kereta dengan syarikat Takaful Malaysia seingat aku baru sekali aku ter renew insurans kereta di Pejabat Pos sebab time tu aku terlupa dan bila dah sedar masa dah suntuk nak pergi pejabat Takaful Malaysia dekat pe...
Selepas Rule Of Law Mahukah Dap Kembali Sembah Kleptokrasi

Selepas Rule Of Law Mahukah Dap Kembali Sembah Kleptokrasi

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 177 hits
agendaily com12 8 2021Adakah DAP bersedia mengetepikan pertuduhan mahkamah dihadapi Zahid Hamidi dan beberapa rakannya jika dibantu oleh UMNO untuk menjadi kerajaan semula Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kerajaan yang memerintah...
Persoalan Kerahsiaan Dikompromi Timbul Selepas Pejabat Ahli Politik Bocorkan Surat Istana Kepada Media

Persoalan Kerahsiaan Dikompromi Timbul Selepas Pejabat Ahli Politik Bocorkan Surat Istana Kepada Media

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 293 hits
Insiden serupa turut berlaku bulan lalu ketika ahli Parlimen PKR berkongsi gambar surat yang dikatakan ditulis oleh Agong kepada perdana menteri Salinan surat dari Dato Pengelola Bijaya Diraja kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun ...
Selepas Pm Sultan Johor Terima Mengadap Tpm

Selepas Pm Sultan Johor Terima Mengadap Tpm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 165 hits
MALAYSIA NOWBagaimanapun tujuan pertemuan tersebut tidak dimaklumkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri di Istana Pasir Pelangi Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iska...
Siapa Selepas Muhyiddin Sudah Dikenalpasti

Siapa Selepas Muhyiddin Sudah Dikenalpasti

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 412 hits
Pemimpin nampak rasional tenang dan berhati hati Yang lebih KECOH adalah penyokong Ada yang sampai tahap meroyan mempertikai siapa selepas Muhyiddin kerana tiada satu parti pun ada majoriti Pada puak ni aku nak jawab selepas Muhyiddin adala...
Selepas 3 Tahun D O Exo Dilamar Terajui Drama Perundangan True Swordsmanship

Selepas 3 Tahun D O Exo Dilamar Terajui Drama Perundangan True Swordsmanship

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 270 hits
Selepas 3 tahun 100 Days My Prince tamat nampaknya Do Kyung soo ataupun D O daripada kumpulan EXO sudah bersedia untuk kembali ke dunia K Drama Menurut sumber media idola itu dikatakan bakal menerajui drama True Swordsmanship Ianya merupaka...
Pasaran Saham Amerika Meningkat Indeks Dow Jones Dan S P 500 Memperbaharui Rekod Selepas Statistik

Pasaran Saham Amerika Meningkat Indeks Dow Jones Dan S P 500 Memperbaharui Rekod Selepas Statistik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 214 hits
Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 14 88 mata kepada rekod 35 499 85 mata Standard Poor s 500 memperoleh 13 13 mata meningkat kepada rekod 4460 83 mata Nasdaq Composite menambah 51 13 mata kepada 14 816 26 mata EBay Inc semalam mening...
Lelaki Mati Ditetak Jiran Selepas Tanya Kenapa Anaknya Berusia 10 Tahun Ditampar

Lelaki Mati Ditetak Jiran Selepas Tanya Kenapa Anaknya Berusia 10 Tahun Ditampar

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 202 hits
The ReporterGara gara ingin menuntut penjelasan selepas anaknya ditampar jiran seorang lelaki mati ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sitiawan Bruas kira kira 40 kilometer dari Lumut Isnin 9 Ogos 2021 Ketua Polis Daerah Manjung...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran