Terpaksa Tunggu 2 Jam Tepi Jalan Rebecca Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Suami Mohon Doa Semua


Benar virus yang melanda kita ini bukanlah satu hal yang boleh dibuat main-main. Malah kini hospital penuh sesak dengan pesakit Covid-19 yang sudah terlalu padat dengan jumlah pesakit yang ramai. Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut berdepan hal yang sama bila mana gagal mendapatkan rawatan buat suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang secara tiba-tiba sesak nafas semalam.
Gagal menahan air mata ketika live di Instagramnya semalam, ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini berkongsi cerita detik mencemaskan dan pengalaman yang dilalui kini.

Kata Rebecca, keadaan suaminya kini sudah pun berada di Stage 4 namun dia bersyukur enam orang anak-anaknya dan dirinya sendiri berada dalam keadaan baik dan stabil.
“Apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suami saya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.
“Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang positif Covid-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.

“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.
“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta.
Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19,” katanya.

Suami menangis depan mata
Kata Rebecca ia adalah ujian yang cukup berat baginya sekeluarga. Sayu hati bila mana terpaksa berpisah dengan suami untuk seketika namun dia terpaksa sementelah anak-anak juga memerlukan perhatian daripadanya.
Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.

“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.
“Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.
“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.
“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,” katanya berkongsi.

Mohon Total lockdown demi kehilangan insan tersayang
Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah berbanding ke pusat kuarantin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarantin yang padat.
“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarantin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarantin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.
“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” katanya.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by ❤️AllahSwt❤️BBA student 👩🏻‍🎓 (@rebeccanuralislamahmad)

Menarik: Suami Dan 6 Anak Positif Covid-19, Datin Rebecca Akui Tak Kuat, Mohon Doa Semua

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: MyMetro & @rebeccanurislamahmad
The post “Terpaksa Tunggu 2 Jam Tepi Jalan” Rebecca Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Suami, Mohon Doa Semua! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terpaksa-tunggu-2-jam-tepi-jalan-rebecca-kongsi-detik-cemas-dapatkan-rawatan-suami-mohon-doa-semua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 295 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi pengalaman mengenai suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang tiba tiba sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital akibat positif Covid 19 tengah hari semalam Menerusi sesi siaran langsung di laman...
Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 295 hits
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul Pelakon Rebecca Nur Islam berdepan detik memilukan bila mana suami dan enam orang anaknya disahkan positif Covid 19 serentak Menerusi Instagramnya Rebecca berkongsi kepayahan dan kegusa...
Hiburan Suami Kritikal Tahap 4 Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak

Hiburan Suami Kritikal Tahap 4 Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 293 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam baru baru ini berkongsi berita duka di mana beliau sekeluarga disahkan positif jangkitan wabak Covid 19 Turut menerima nasib yang sama adalah tiga orang pembantu rumahnya BACA AdvertisementTerbaru Rebecca ...
Sayang Tolong Jangan Tinggalkan Saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah Video

Sayang Tolong Jangan Tinggalkan Saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah Video

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 244 hits
Sayang Tolong Jangan Tinggalkan saya Datin Rebecca Panik Suami Sesak Nafas Di Rumah VIDEO PELAKON Datin Rebecca Nur Al Islam melalui detik cemas apabila suaminya Datuk Nor Azam Sulaiman yang positif Covid 19 dan menjalani kuarantin kendiri ...
Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 320 hits
SELEPAS beberapa hari keluarga dan pembantu rumahnya dijangkiti Covid 19 pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan kini dirinya juga positif virus terbabit
Hiburan Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen Serius Wabak Ni Bahaya Rebecca Nur Islam

Hiburan Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen Serius Wabak Ni Bahaya Rebecca Nur Islam

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 363 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan keadaan suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang kini semakin teruk kerana jangkitan COVID 19 baru baru ini AdvertisementPerkongsian di dalam Instagram Story Rebecca memberitahu suaminya kini sedan...
Aku Harap Ni Hanya Sekadar Gurauan Tiktoker Dedah Dia Kongsi Suami Dengan Ibu Kandungnya Sendiri

Aku Harap Ni Hanya Sekadar Gurauan Tiktoker Dedah Dia Kongsi Suami Dengan Ibu Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang pengguna TikTok secara terbuka mengaku bahawa dia membenarkan suaminya rapat dengan ibunya sebagai sebahagian dari cara hidup mereka Dalam video yang dimuat naik oleh Millie milliesellers411 mendakwa dia membahagiakan suaminya denga...
Ebit Lew Luah Rasa Kecewa Dan Sedih Akan Jelaskan Semua Jam 12 Tengah Hari Esok

Ebit Lew Luah Rasa Kecewa Dan Sedih Akan Jelaskan Semua Jam 12 Tengah Hari Esok

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 421 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew sebentar tadi melalui Facebook rasmi miliknya memaklumkan akan melakukan sesi siaran langsung bagi menjawab semua fitnah yang dilontarkan kepadanya dan dirasakan tidak berasas
Kena Pastikan Isteri Sentiasa Happy Dalam Pantang Doktor Kongsi Peranan Suami Selepas Isteri Bersalin

Kena Pastikan Isteri Sentiasa Happy Dalam Pantang Doktor Kongsi Peranan Suami Selepas Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 361 hits
Peranan suami sangat penting ketika isteri dalam proses berpantang Proses berpantang sebenarnya proses baik pulih dari kesakitan selepas bersalin Ketika ini emosi isteri sangat perlu dijaga oleh suami Kenapa Ikuti perkongsian Dr Afida Sohan...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat