Hiburan Suami Kritikal Tahap 4 Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak


Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi berita duka di mana beliau sekeluarga disahkan positif jangkitan wabak Covid-19. Turut menerima nasib yang sama adalah tiga orang pembantu rumahnya.
BACA: “Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen, Serius Wabak Ni Bahaya..” – Rebecca Nur Islam
AdvertisementTerbaru, Rebecca menerusi sesi langsung di Instagram berkongsi pengalaman kritikal apabila suami, Datuk Norazam Sulaiman tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital semalam.
Hospital padat dan penuh
Dalam keadaan cemas dan kelam kabut, beliau cuba mendapatkan rawatan di beberapa hospital swasta namun dimaklumkan kapasiti sudah penuh dengan pesakit positif yang lain.
Sampainya kami di hospital, kami diberitahu keadaan padat dan penuh. Mereka tak dapat menerima pesakit lagi. Anda percaya atau tidak semalam saya dan suami hampir dua jam duduk dalam ambulan di tepi jalan.
Alhamdulilah nasib baik orang ambulan baik sangat-sangat. Dia pun sibuk telefon mana-mana hospital kerana saya ada satu kedegilan, saya tak mahu bawa suami ke hospital kerajaan. Terus terang saya cakap, saya tak nak bawa suami ke hospital kerajaan. Saya tak nak bawa suami ke MAEPS kerana saya takut keadaan di sana lagi teruk.
Dalam linangan air mata, Rebecca tidak dapat membayangkan keadaan pesakit-pesakit yang padat di hospital kerajaan memandangkan hospital swasta juga penuh.
Suami di stage 4-5
Beliau dimaklumkan hospital swasta di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor ada lebih 100 nama pesakit di dalam senarai menunggu.
Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta. Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19.
Dalam keadaan genting tersebut, pelakon ini mengucapkan syukur suami akhirnya mendapat bantuan oksigen. Sekitar jam 10.30 malam, Rebecca menerima panggilan dari sebuah pusat perubatan swasta dan kini suami sedang menerima rawatan lanjut di situ.
Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.
Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.
Bercerita dengan lebih lanjut, Rebecca berkata beliau tiba di rumah sekitar jam 5 pagi tadi. Beliau bersyukur keadaan kesihatannya dan anak-anak masih boleh dikawal. Namun, meminta orang ramai mendoakan keadaan suaminya kembali pulih.
Video penuh 
View this post on Instagram 
A post shared by ??AllahSwt??BBA student ???? (@rebeccanuralislamahmad)
Advertisement
Selepas disahkan positif jangkitan, Rebecca dan anak-anak mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah sahaja. Beliau turut meluahkan perasaan takut untuk ke pusat kuarantin berikutan jumlah pesakit yang sangat ramai.
Pelakon ini turut merayu kerajaan melaksanakan total lockdown untuk mengawal keadaan yang semakin buruk sekarang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 
The post Suami Kritikal Tahap 4, Rebecca Kongsi Realiti Sebenar Jangkitan Wabak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://superterkini.blogspot.com/2021/07/hiburan-suami-kritikal-tahap-4-rebecca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen Serius Wabak Ni Bahaya Rebecca Nur Islam

Hiburan Suami Saya Dah Pakai Mesin Oksigen Serius Wabak Ni Bahaya Rebecca Nur Islam

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 361 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan keadaan suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang kini semakin teruk kerana jangkitan COVID 19 baru baru ini AdvertisementPerkongsian di dalam Instagram Story Rebecca memberitahu suaminya kini sedan...
Hiburan Suami Dan Enam Anak Rebecca Nur Islam Positif Covid 19 Termasuk Tiga Orang Gaji

Hiburan Suami Dan Enam Anak Rebecca Nur Islam Positif Covid 19 Termasuk Tiga Orang Gaji

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 228 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi sebuah hantaran di Instagramnya mengumumkan sebuah berita duka di mana suami dan enam orang anaknya telah disahkan positif COVID 19 Turut menerima nasib yang sama ialah tiga orang pembantu rumahny...
Terpaksa Tunggu 2 Jam Tepi Jalan Rebecca Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Suami Mohon Doa Semua

Terpaksa Tunggu 2 Jam Tepi Jalan Rebecca Kongsi Detik Cemas Dapatkan Rawatan Suami Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 291 hits
Benar virus yang melanda kita ini bukanlah satu hal yang boleh dibuat main main Malah kini hospital penuh sesak dengan pesakit Covid 19 yang sudah terlalu padat dengan jumlah pesakit yang ramai Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut berde...
Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 294 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi pengalaman mengenai suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang tiba tiba sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital akibat positif Covid 19 tengah hari semalam Menerusi sesi siaran langsung di laman...
Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

Selepas Suami Dan Anak Anak Kini Rebecca Pula Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 319 hits
SELEPAS beberapa hari keluarga dan pembantu rumahnya dijangkiti Covid 19 pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan kini dirinya juga positif virus terbabit
Hiburan Maafkan Ebit Ya Bapak Ebit Tak Dapat Jaga Bapa Ebit Lew Kanser Perut Tahap Akhir

Hiburan Maafkan Ebit Ya Bapak Ebit Tak Dapat Jaga Bapa Ebit Lew Kanser Perut Tahap Akhir

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 274 hits
Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya dimana bapanya disahkan sedang menghidap kanser perut tahap akhir BACA Kita Cuma Orang Kecil Bukan Siapa Pun Ebit Lew Terima Anugerah Duta Muhibba...
Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

Suami Dan 6 Anak Positif Covid 19 Datin Rebecca Akui Tak Kuat Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 288 hits
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul Pelakon Rebecca Nur Islam berdepan detik memilukan bila mana suami dan enam orang anaknya disahkan positif Covid 19 serentak Menerusi Instagramnya Rebecca berkongsi kepayahan dan kegusa...
Hiburan Tak Reti Beza Dunia Sebenar Dan Lakonan Wani Kayrie Tak Layan Dm Anak Mukhriz

Hiburan Tak Reti Beza Dunia Sebenar Dan Lakonan Wani Kayrie Tak Layan Dm Anak Mukhriz

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 278 hits
Pelakon dan juga penyanyi Wani Kayrie memberitahu bahawa dia ada menerima kiriman mesej peribadi daripada anak kepada ahli politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz di Instagram berikutan isu black face BACA AdvertisementUjar W...
Hiburan Harap Dapatlah Suami Buat Begini Noorkhiriah Terharu Suami Turut Sama Aktif Buat Kerja Amal

Hiburan Harap Dapatlah Suami Buat Begini Noorkhiriah Terharu Suami Turut Sama Aktif Buat Kerja Amal

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 260 hits
Pelakon Noorkhiriah yag kini aktif membuat kerja amal menguruskan jenazah secara percuma meluahkan rasa terharu apabila suami tersayanga Azfaizul Ahtan turut sama aktif melakukan perkara yang sama Pelakon drama Nur ini turut bersyukur keran...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities