Terlebih Makan Pisang Beberapa Makanan Ini Punca Anak Sembelit


Corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa dan suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah masalah sembelit kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pergerakan usus sebanyak 1 atau 2 kali sehari. Sementara kanak-kanak lain 2 atau 3 kali sehari sebelum melepaskan najis yang normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap.
Walaupun sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara dan boleh dirawat.
Simptom masalah sembelit kanak-kanak
Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibunya sahaja, tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien daripada susu ibu akan diserap. Namun berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit. Malah, masalah sembelit kanak-kanak dan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

Berikut simptom-simptom masalah sembelit kanak-kanak yang anda perlu perhatikan:
#1 Buang air besar
Kekerapan bayi membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru. Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit. Masalah sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.
#2 Menahan
Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras. Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.
#3 Darah pada najis
Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.
#4 Perut jadi keras
Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang. Selain itu, mereka juga mengalami sakit pada bahagian abdomen seperti kejang perut, sakit perut atau loya.
#5 Tidak mahu makan
Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.
Selain daripada simptom-simptom di atas, anda juga dapat melihat bahawa anak anda menyilang kakinya, riak wajah tidak menyenangkan, meregang, menepuk punggungnya, atau memusingkan tubuhnya di atas lantai.
Sesetengah jenis makanan tertentu boleh menyebabkan sembelit dalam kalangan bayi:
Makanan manis
Gula-gula, biskut, dan snek adalah antara makanan manis yang digemari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis makanan sebegini selalunya mengandungi amaun gula yang banyak dan juga kurang fiber (serat).
Tambahan pula, gula-gula juga dianggap menjadi penyebab anoreksia dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Jadi, anda perlu (dan mesti) mengehadkan makanan manis dalam diet anak anda.
Produk tenusu
Mentega, keju, krim, dan produk tenusu lain menyediakan amaun kalsium dan vitamin D yang banyak untuk perkembangan tulang kanak-kanak. Akan tetapi, jenis makanan ini juga boleh menyebabkan sembelit jika kanak-kanak mengambilnya secara berlebihan. Ini kerana susu dan produk tenusu selalunya mengandungi amaun gula yang tinggi dan serat yang amat sedikit. Bagi mendapatkan kesan yang elok dengan pengambilan produk tenusu, ambilnya dalam kuantiti yang sederhana.
Pisang
Pisang ialah salah satu buah-buahan yang berkhasiat dan banyak manfaat. Pisang mengandungi banyak vitamin serta nutrien. Namun, kanak-kanak yang masih belum matang sistem penghadamannya, akan mengalami sembelit jika mengambil terlalu banyak pisang. Anda boleh memberikan anak anda sebiji pisang pada selang 2-3 hari sekali.
Rawatan masalah sembelit kanak-kanak
Bergantung kepada keadaan, doktor anak anda akan menyarankan:
Makanan tambahan serat tanpa preskripsi atau pelembut najis. Jika anak anda tidak mendapat serat yang cukup di dalam diet, tambahkan makanan tambahan serat tanpa preskripsi seperti Metamucil atau Citrucel. Walau bagaimanapun, anak anda perlu minum sekurang-kurangnya 32 auns (lebih kurang 1 liter) air setiap hari bagi membolehkan produk ini berfungsi dengan baik. Periksa dengan doktor bagi mengetahui dos yang tepat untuk umur dan berat anak anda
Supositori gliserin boleh digunakan untuk melembutkan najis bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan pil. Tanya doktor kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk menggunakan produk ini
Laksatif atau enema. Jika bahan najis yang terkumpul menyebabkan sekatan, doktor akan menyarankan supaya menggunakan laksatif atau enema bagi membantu menghilangkan sekatan tersebut. Contohnya termasuklah polyethylene glycol (Glycolax, MiraLax, lain-lain) dan minyak mineral

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Terlebih Makan Pisang & Beberapa Makanan Ini Punca Anak Sembelit! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terlebih-makan-pisang-beberapa-makanan-ini-punca-anak-sembelit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 375 hits
Anak kesayangan pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sentiasa menjadi tumpuan ramai Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya dua hari lepas ternyata gelagat comel Isaac amat menghiburkan malah sentiasa me...
Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya

Ini 8 Punca Anak Kerap Kencing Malam Ada Yang Disebabkan Penyakit Bahaya

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 208 hits
Kebelakangan ini anak kerap kencing malam Ibu ayah jangan ambil mudah Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu Anak kerap kencing malam Bed wetting atau enuresis nokturnal adalah masalah kencing tanpa disengajakan semasa tidur ...
Guna Gajet Berlebihan Punca Anak Kurang Minat Belajar

Guna Gajet Berlebihan Punca Anak Kurang Minat Belajar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 219 hits
SHAH ALAM Faktor penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak kanak terutama murid sekolah tahun satu dua dan tiga adalah antara punca mereka tidak minat belajar sekali gus menyebabkan mereka sukar menguasai asas membaca Perunding ...
Bonnisan Himalaya Bantu Naikkan Selera Makan Anak

Bonnisan Himalaya Bantu Naikkan Selera Makan Anak

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 287 hits
Makan bertemankan rotan makan dengan suara garang ibu ye itu dah biasa bagi Humaira sejak dia 3 tahun dia mula jadi picky eater atau susah makan kekadang tak makan langsung hanya minum susu je Mak mana yang tak stress ada tahap sampai menan...
Sedapnya Resipi Puding Sumi Campur Dua Jenis Susu Teruja Anak Makan

Sedapnya Resipi Puding Sumi Campur Dua Jenis Susu Teruja Anak Makan

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 203 hits
Puding yang satu ini pastinya dapat menarik perhatian anak anak kita Mana tidaknya sumi segera dijadikan bahan utama dalam pembuatan puding sumi Memang berebut anak nanti Nak buatnya macam mana Ini cara yang dikongsikan oleh Memang sedap Ba...
Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 231 hits
Memilih untuk menyediakan makanan sendiri buat anak memang puas hati Namun bila dilanda kesibukan kerja terpaksalah belikan sahaja makanan buat anak Dalam berjaga jaga dari aspek kebersihan anak adakalanya terkesan dengan makanan yang dibel...
Jangan Mendesak Anak Makan Banyak Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

Jangan Mendesak Anak Makan Banyak Ini Panduan Pemakanan Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 233 hits
Memang tak sabar bila anak dah mula masuk usia 6 bulan ini bermaksud anak sudah ready untuk makan Tapi sebelum suap anak makan mama papa perlu ambil tahu beberapa panduan tentang pemakanan si kecil Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan 1 ...
Jangan Paksa Anak Makan Jika Tidak Si Kecil Akan Terima Kesan Ini

Jangan Paksa Anak Makan Jika Tidak Si Kecil Akan Terima Kesan Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 232 hits
Apabila anak tidak mahu makan apa yang anda buat Kebanyakan ibu bapa akan memaksa si kecil kerana bimbang anak susah makan akan kelaparan Tetapi tindakan seperti itu boleh mendatangkan kesan negatif Definisi memaksa anak tidak mahu makan Se...
Kisah Rider Wanita Bawa Anak Oku Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen

Kisah Rider Wanita Bawa Anak Oku Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 203 hits
Kisah Rider Wanita Bawa Anak OKU Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Netizen SETIAP daripada kita diuji dengan pelbagai masalah hidup Namun adakalanya musibah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita Seorang penghantar makan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik