Terkuburkah Impian Lihat Guru Sokong Kerajaan Madani


 


Setelah hampir dua tahun kerajaan perpaduan ditubuhkan, sokongan penjawat awam masih samar-samar kepada kerajaan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan yang turut dianggotai oleh Keadilan, Amanah, DAP dan Umno sebagai parti semenanjung itu untuk menambat hati penjawat awam. Terkini, kerajaan mengumumkan kenaikan tangga gaji yang baharu mulai tahun 2025 yang turut dinikmati oleh kelompok pendidik iaitu guru Malaysia.
Kelompok guru merupakan kelompok terbesar dalam penjawat awam di Malaysia merangkumi sebanyak 416,743 orang. Pastinya sokongan kelompok guru menjadi salah satu faktor penentu kepada kemenangan parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum kelak. Selain itu, guru yang berperanan sebagai pencetak generasi masa depan melalui pendidikan akan menjadi penentu kepada sokongan rakyat pada masa depan kepada kerajaan hari ini apabila dasar kerajaan hari ini diterjemahkan oleh guru di sekolah.
Maka setelah dua tahun kerajaan Madani yang dinamakan oleh Perdana Menteri ke-10 itu memerintah, dua tahun juga Fadhlina Sidek diberi tanggungjawab di kementerian terbesar itu, adakah kelompok guru sudah mula menyokong dan bersama kerajaan hari ini? Persoalan tersebut wajar dijawab dan diperhatikan oleh strategis setiap parti pemerintah disebabkan oleh hujah yang penulis sebutkan di perenggan kedua tadi.
Di peringkat awal kepimpinan Fadhlina, kompas KPM masih samar-samar dan ia diakui oleh orang ramai apabila Ketua Wanita Keadilan itu baru diberikan peranan dalam bidang pendidikan berbanding kerjayanya sebelum ini sebagai seorang peguam. Kesamaran itu dimaafkan oleh pihak awam, ibubapa dan guru meskipun arah tuju KPM oleh menteri yang baharu dilantik sering ditagihkan lebih awal berbanding kementerian lain.
Tetapi beberapa isu hangat yang sebenarnya bukan asas pendidikan negara gagal ditangani secara baik oleh pihak menteri menyebabkan isu yang sebenarnya mudah dan kecil diperbesarkan oleh pembangkang. Isu bacaan doa qunut ketika sambutan Solidariti bersama Palestin, buka kantin sekolah dibulan puasa serta maklum balas pasukan KPM kepada teguran bekas Menteri Umno terkait laporan Bank Dunia terhadap sistem pendidikan di Malaysia menjadi sisi kelemahan pasukan Menteri Pendidikan era Madani.
Ini semua isu yang mungkin tidak mempengaruhi sokongan guru kepada kerajaan Madani secara terus. Sebaliknya isu beban kerja guru dan sistem peperiksaan era Madani menjadi tumpuan utama guru menyokong kerajaan. Adakah pasukan menteri tidak bertindak merungkai isu beban kerja guru yang telah diperkatakan sejak tahun 2010 lagi? Ada, sempena Hari Guru tahun lalu, KPM mengumumkan 7 hadiah buat guru Malaysia. Itu sahajakah?
Pastinya sebagai pasukan menteri era pimpinan perdana ,enteri yang mementingkan ilmu dan pendidikan mereka telah membuat usaha yang pelbagai tetapi tumpuan kepada guru masih belum mencukupi untuk meringankan beban kerja guru yang membolehkan mereka menumpukan kepada usaha menggilap, membangun dan menilai bakat manusiawi rakyat Malaysia.
Paling mudah, apabila kes buli yang menyebabkan kematian pelajar sebuah sekolah KPM di Sabah berlaku awal tahun ini, isu yang menjadi perdebatan bukanlah soal sikap generasi muda hari ini yang ganas sahaja sebaliknya peranan warden sebagai penjaga pelajar di asrama juga dipertikai. Guru yang ditugaskan sebagai warden dibayar atau dihargai dengan elaun yang sangat rendah berbanding tanggungjawab besar memastikan hidup mati pelajar di asrama, bagaimana guru tersebut ingin menumpukan kepada tugasnya bagi mengelakkan sebarang tindakan luar jangka akan berlaku dengan nilai penghargaan sebanyak itu? Ini beban kerja guru yang perlu ditanggung dengan keadaan yang sadis.
Baru-baru ini pula, KPM memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk sesi lalu akan diumumkan pada hari isnin cuti persekolahan bagi penggal ini. Pengumuman itu menyebabkan guru rasa teraniaya apabila mereka beranggapan pastinya mereka perlu ke sekolah untuk menyelesaikan isu pengurusan sedang mereka telah merancang untuk bercuti pada tarikh tersebut.
Walaupun setelah ditekan oleh NUTP dan warga guru dalam tempoh 48 jam, Fadhlina bertegas untuk mengekalkan keputusan tersebut apabila keputusan boleh disemak melalui dalam talian sahaja, ia tidak melegakan warga guru apabila perincian arahan tersebut mungkin tidak akan diikuti pentadbir sekolah dan PPD apabila ia tidak dikeluarkan secara rasmi (bersurat) dan tiada penggunaan istilah ‘wajib’ semakan keputusan secara dalam talian sahaja untuk seluruh Malaysia. Kenyataan ini boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu yang pastinya menyebabkan guru diarah ke sekolah dan penganiayaan itu terkena pada guru.
Selain itu, kenyataan Fadhlina itu turut menyebut bahawa bagi mereka yang tidak mempunyai akses secara dalam talian boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. Bererti guru perlu datang ke sekolah juga pada tarikh pengumuman tersebut, betul? Cuti mereka tetap terkorban kerana merekalah yang perlu bertanggungjawab mengurus keputusan tersebut dengan jumlah calon yang ramai.
Apakah sebab KPM tidak mahu meminda walau seminggu untuk keputusan tersebut yang akan memperlihatkan kesungguhan KPM membela guru? Sebelum-sebelum ini adakah calon SPM tidak mencukupi masa untuk mengisi pemohonan ke IPT sehingga alasan itu digunakan pada penetapan tarikh kali ini? KPM yang mempunyai guru lebih ramai perlu mengikut petunjuk Lembaga Peperiksaan Malaysia atau sebaliknya dalam konteks ini?
Ini semua salah langkah yang amat mempengaruhi sokongan guru kepada kerajaan. Bagi sesetengah pihak mungkin sokongan guru kepada kerajaan madani tidak beberapa penting berbanding dasar pendidikan dan kurikulum baru level ‘A’ berjaya dihasilkan oleh pasukan Fadhlina dan Wong Kah Woh selaku Timbalan Menteri kelak.
Namun sedarkah kita semua, dengan tiadanya sokongan guru kepada kerajaan, mampukah dasar dan kurikulum yang dibentuk oleh kerajaan disampaikan secara ikhlas, baik dan bersungguh-sungguh? Tidak, ia lebur bagai debu bertaburan. Malah guru yang tidak menyokong parti pemerintah boleh menumbangkan parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum nanti, adakah ketika itu dasar dan kurikulum yang dibuat akan berjalan semula oleh parti pemerintah lain?
Lebih membimbangkan jika isu tarikh keputusan SPM ini tidak dapatkan diuruskan sehingga merobek sanubari guru Malaysia, adakah dasar pendidikan dan kurikulum baru yang sedang dirangka nanti mampu meletakkan peranan guru sebagai pendidik sebenar sambil membakulsampahkan isu-isi bukan berkaitan pendidikan? Atau ia akan lebih menambah tanggungjawab guru Malaysia.
Jauh lagi mahu melihat guru-guru Malaysia menyokong kerajaan Madani jika langkah yang diambil sering kali tidak relevan dengan keadaan akar umbi dan sering terabai melihat isu pokok yang membelengu guru-guru Malaysia. PM yang selalu menyinggung isu pendidikan dalam ucapannya dianggap sedang mengangkat kesungguhan dan keupayaan Fadhlina selaku Menteri Pendidikan, namun ia tidak cukup mempengaruhi guru Malaysia. Berubahlah segenap perkara, jadi terbuka dengan mendengar pandangan yang ikhlas. Jadilah yang terbaik dikalangan yang baik. - Mkini
SYAZMIR HN Ialah seorang guru dan sering menulis isu politik dan pendidikan di media sosial.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MMKtT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/terkuburkah-impian-lihat-guru-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 306 hits
16 Mei merupakan tarikh Hari Guru yang disambut dan diraikan pada setiap tahun di Malaysia Tahun ini 2024 Hari Guru jatuh pada hari Khamis Sempena sambutan Hari Guru ini semestinya kita akan mengambil peluang ini untuk mendedikasikan ucapan...
Rentasan 1595 Panas Wujud Gerakan Bersiri Sabotaj Kerajaan Madani Me

Rentasan 1595 Panas Wujud Gerakan Bersiri Sabotaj Kerajaan Madani Me

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 109 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1595 1 KERAJAAN MADANI TIDAK BERHENTI BEKERJA UNTUK RAKYAT 2 YANG KALAH IALAH POLITIK TOKSIK DAN BIGOTRY 3 SIAPA SI KITOL DALANG SABOTAJ NEGARA
Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 255 hits
Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak...
Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Tetap Mendendangkan Kepada Yang Tidak Mendendangkan

Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Tetap Mendendangkan Kepada Yang Tidak Mendendangkan

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 104 hits
Mohd Syuza AmsyaariMerujuk kepada data yg telah dibentangkan oleh Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad pada Julai 2022 dalam Sidang Dewan Rakyat ketika itu Drp 1 2 Juta lebih penjawat awam Malaysia 92 5 adalah terdiri drp kaum bumiputera Jika d...
Serie A Menolak Rancangan Badan Kewangan Kerajaan Untuk Bola Sepak

Serie A Menolak Rancangan Badan Kewangan Kerajaan Untuk Bola Sepak

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 171 hits
Milan Serie A pada hari Isnin mengkritik rancangan kerajaan Itali untuk menubuhkan badan pengawalseliaan kewangan bagi kelab sukan profesional yang akan menggantikan badan sedia ada di dalam persatuan bola sepak negara itu Divisyen bola sep...
Kerajaan Sedia Beri Kuliah Ekonomi Kepada Pembangkang Kata Pm

Kerajaan Sedia Beri Kuliah Ekonomi Kepada Pembangkang Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 212 hits
Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak mengelirukan rakyat dengan menjaja fakta tidak tepat mengenai usaha kerajaan menambah baik ekonomi PUTRAJAYA Kerajaan sedia memberi kuliah ekonomi kepada pembangkang yang didakwa sering mengelirukan o...
Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu berterus terang kepada rakyat berkaitan jumlah sebenar hutang yang sudah dibayar kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata sejak 2021 hingga tahun ini Me...
Berubah Sebab Selama Ni Pas Tak Pernah Sebut Lun Dalam Manifesto Naik Gaji Kepada Kakitangan Kerajaan

Berubah Sebab Selama Ni Pas Tak Pernah Sebut Lun Dalam Manifesto Naik Gaji Kepada Kakitangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 162 hits
Zainuddin OmarAlamak ramai askar kita walaun Semoga selepas kenaikan gaji ini mereka merubah arah Biduk lalu kiambang bertaut Ada yang okay ada yang biut Polis PH 249 PN 47 Askar PH 84 PN 71Awal PH 592 PN 156
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran