Kerajaan Sedia Beri Kuliah Ekonomi Kepada Pembangkang Kata Pm


 
Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak mengelirukan rakyat dengan menjaja fakta tidak tepat mengenai usaha kerajaan menambah baik ekonomi. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Kerajaan sedia memberi ‘kuliah ekonomi’ kepada pembangkang yang didakwa sering mengelirukan orang ramai dengan fakta tidak tepat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga menteri kewangan mendakwa pembangkang sering memperlekeh dan mencerca usaha kerajaan meningkatkan ekonomi dan produktiviti penjawat awam.
Tegasnya, ia termasuk pertikaian berkaitan pelarasan gaji bermula Disember ini, dengan menjaja cerita tidak benar dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu.
“Jadi kalau dia (pembangkang) nak tahu, (kita boleh adakan) sesi dengan Amir ke, atau dengan Johan… bagi kuliah sikit kepada pemimpin pembangkang tentang bagaimana kita uruskan ekonomi,” katanya merujuk Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican.
“Kalau tidak nanti dia bingung … bila dia bingung, dia cerca di khalayak dan orang keliru padahal kena ingat walaupun dia cerca kita di Kuala Kubu Baharu … hampir tiap keluarga itu ada penjawat awam.
“Jadi jangan perlekeh usaha kita kerana saya tahu sukar dan saya menung berbulan-bulan … mesyuarat berpuluh kali untuk pastikan saya yakin dan saya nak kenaikan itu bermakna,” katanya pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan.
Menjawab pihak yang mempersoalkan kemampuan kewangan negara melaksanakannya, Anwar berkata, pelarasan gaji dibuat selepas kerja dasar dilakukan dan sumber kewangan diketahui.
“Kita umum selepas kerja dasar dilakukan, kita tahu dari mana (sumber) kewangannya, kita tahu hasilnya berapa. Kita dapat lihat umpamanya, seperti mana (pelaburan) Microsoft, itu dimulakan tahun ini. Bila Amazon mulakan? Tahun ini … bila ACWA (syarikat Arab Saudi) datang? Dalam dua minggu.
“Ini bukan rencana tiga atau empat tahun, jadi kalau ada usaha sebegini, kita yakin pendapatan negara akan bertambah, mutu khidmat penjawat awam akan lebih baik dan hasil kita akan bertambah,” katanya.
Pada 4 Mei, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kenaikan tangga gaji itu ialah ‘berita tidak pasti lagi’, memandangkan ia hanya akan dilaksanakan jika Belanjawan 2025 diluluskan.
Pada sambutan Hari Pekerja 2024 1 Mei lalu, bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, Anwar mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13% bermula 1 Dis, antara yang tertinggi dalam sejarah, dengan peruntukan lebih RM10 bilion.
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding jumlah pendapatan minimum, termasuk gaji dan elaun tetap, RM1,795 sebulan ketika ini.
Sementara itu, Anwar berkata beliau akan bertemu syarikat petroleum negara, Petronas dalam masa terdekat untuk membincangkan projek Saudi Aramco di Pengerang, Johor.
“Dari Aramco berbilion juga untuk di Pengerang dan ada satu lagi aspek yang saya akan bincang dengan Petronas di mana ada perkara pokok…dua selesai, satu ada masalah sikit dan kita harus putuskan di peringkat kerajaan.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/kerajaan-sedia-beri-kuliah-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Penutup Ppt Di Dalam Dunia Kerja Dan Kuliah Bijak Dan Menarik

Kata Penutup Ppt Di Dalam Dunia Kerja Dan Kuliah Bijak Dan Menarik

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 296 hits
Kata penutup PPT dalam sebuah presentasi sangat penting karena mereka meninggalkan kesan terakhir yang kuat pada para pendengar PPT sendiri merupakan singkatan dari PowerPoint sebuah perangkat lunak presentasi yang dikembangkan oleh Microso...
Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 373 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu berterus terang kepada rakyat berkaitan jumlah sebenar hutang yang sudah dibayar kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata sejak 2021 hingga tahun ini Me...
Prk Kkb Pn Kata Kerajaan Gagal Apa Yang Gagal

Prk Kkb Pn Kata Kerajaan Gagal Apa Yang Gagal

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 173 hits
Kempen Pilihan Raya Kecil Perikatan Nasional bagi DUN Kuala Kubu Bharu amat mengelirukan dan tidak mempunyai logik Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Negeri Selangor Datuk Dr Yaakob Sapari dalam sidang media di K...
Ds Vida Join Buat Trend Asoka Di Tiktok Netizen Kata Dah Macam Chandramukhi

Ds Vida Join Buat Trend Asoka Di Tiktok Netizen Kata Dah Macam Chandramukhi

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 320 hits
Penyanyi dan usahawan Dato 8217 Seri Vida mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada melakukan trend TikTok ASOKA baru baru ini Dalam video berkenaan DS Vida dilihat mengenakan solekan tebal bertemakan 8216 Bollywood 8217 sambil ditemani an...
Pemain Bola Diekori Sebelum Diserang Kata Polis

Pemain Bola Diekori Sebelum Diserang Kata Polis

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 206 hits
CORAK serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara dalam tiga insiden berasingan minggu ini ada persamaan kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain Beliau berkata siasatan polis turut mendapati serangan be...
Bila Aku Mengadu Nasib Dekat Mak Aku Harapkan Penyelesaian Rupanya Tak Ada Ya Dia Kata Biarlah Buat Aku Sakit Hati

Bila Aku Mengadu Nasib Dekat Mak Aku Harapkan Penyelesaian Rupanya Tak Ada Ya Dia Kata Biarlah Buat Aku Sakit Hati

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 231 hits
Jump straight to the story Aku isteri umur lewat 20an bekerja di satu syarikat swasta di selatan Johor Kerja aku penat otak berurusan dengan client Aku sangat faham kita ni melayu dan dalam islam sendiri ada sebut meraikan tetamu Aku baru j...
Sekatan Terhadap 4 Syarikat Malaysia Masih Kekal Kata As

Sekatan Terhadap 4 Syarikat Malaysia Masih Kekal Kata As

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 153 hits
SEKATAN ke atas empat syarikat Malaysia yang didakwa membantu pengeluaran dron Iran masih dikuatkuasakan kata pegawai Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Sekatan memberi kesan dan hanya akan dimansuhkan apabila jabatan itu mendapati ada...
Itu Pandangan Peribadi Kata Pejuang Sabah Selepas Grs Tolak Hasrat Kerjasama

Itu Pandangan Peribadi Kata Pejuang Sabah Selepas Grs Tolak Hasrat Kerjasama

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 143 hits
Ketua Penerangan Pejuang Sabah Mohd Hassan Abu Bakar berkata parti itu sekadar menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan GRS tanpa mengemukakan sebarang permohonan rasmi PETALING JAYA Seorang pemimpin Pejuang Sabah menyifatkan kenyataan Ke...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia