Terkini Umno Persoal Hadi Awang Tentang Agihan Kerusi


 

April 17, 2021 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu perlu menyelesaikan masalah dalaman sebelum rundingan agihan kerusi dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh diteruskan.
Katanya, soal pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjadi masalah kerana UMNO sudah melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai perunding yang mewakili parti itu.
“Kenyataan (Abdul Hadi) tidak begitu jelas apa maknanya masalah dalaman UMNO. Soal nak runding dengan siapa pun UMNO memang tiada masalah (dan) kita sudah bersetuju lantik Datuk Seri Mohamad Hasan untuk lakukan perundingan pembahagian kerusi.
“Jadi tiada masalahnya. Tidak ada siapa cakap tak setuju Datuk Seri Mohamad Hasan (berunding tentang) pembahagian kerusi (dengan Pas). Saya sebenarnya tak faham apa maksudnya, apa yang dia nak tunggu dan apa masalahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif Johor Berkebajikan E-Kasih 2021 di Dewan Serbaguna Taman Cendana di sini pada Jumaat.
Pada Jumaat, Abdul Hadi meminta UMNO berbuat demikian dan Pas tidak menghentikan rundingan bersama-sama UMNO namun parti itu mengambil pendirian berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selagi kemelut UMNO tidak menemui penamat.
“Ia (agihan kerusi) baru di peringkat awal, dengan UMNO kita masih ada hubungan. Kita tidak henti cuma tangguh kerana masalah UMNO tidak selesai. Orang-orang pun dia tukar menukar, lepas orang ini, tukar orang ini pula, ia tidak tetap jadi kita tunggu (selesai) dan bincang dengan Bersatu dulu,” kata Abdul Hadi sebagai dipetik.
Mengulas lanjut, Mohamaed Khaled berkata, UMNO mengamalkan demokrasi dan ahlinya bebas memberikan pandangan serta pendirian berbeza.
“UMNO tidak pernah kekang mereka untuk zahirkan pendirian mereka dan apabila pendirian dizahirkan walau apa pun perbezaannya bukan masalah. Itu cara UMNO meraikan demokrasi,” katanya.
Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara UMNO dan Pas, beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, UMNO akan terus mendukung dan memantapkan kerjasama yang sudah sedia terjalin.
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh dua bulan kepada sebahagian daripada 783 penerima yang tersenarai dalam e-Kasih bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri.
Bagi program tersebut, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memperuntukkan RM469,800 untuk diserahkan kepada penerima yang layak. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/terkini-umno-persoal-hadi-awang-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agihan Kerusi Nordin Khaled Persoal Abdulhadiawang

Agihan Kerusi Nordin Khaled Persoal Abdulhadiawang

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 315 hits
AGIHAN KERUSI KHALED PERSOAL HADI PASIR GUDANG Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu perlu menyelesaikan masalah dalaman sebelum rundingan agih...
Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 299 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Rundingan kerusi PAS dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 ditangguh bagi memberi ruang kepada Umno menyelesaikan isu dalaman kata Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata rundingan pengagihan kerus...
Ramai Persoal Tentang Isu Ktmb Apahal Nya

Ramai Persoal Tentang Isu Ktmb Apahal Nya

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 319 hits
Apa sebenar nya isu dalam KTMB Baru baru ini kita lihat dari apa yang menjadi keluhan dalam kesatuan kakitangan pekerja KTMB RUM macam ada satu isu bakal meletup Kita sebagai orang luar tentu tidak lebih tahu kisah nya dari orang dalam send...
Bukan Ada Unsur Khianat Rasuah Anwar Persoal Kekecohan Tentang Rakaman Audio

Bukan Ada Unsur Khianat Rasuah Anwar Persoal Kekecohan Tentang Rakaman Audio

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 222 hits
PETALING JAYA Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menafikan pembabitannya dalam isu rakaman audio yang kononnya mengandungi suara miripnya dalam satu perbualan telefon dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Beliau t...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Proses Agih Kerusi Ppbm Serta Pas Lebih Mudah Tanpa Umno

Pilihan Raya Umum Ke 15 Proses Agih Kerusi Ppbm Serta Pas Lebih Mudah Tanpa Umno

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 324 hits
PUTRAJAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Datuk Rosol Wahid berkata proses pengagihan kerusi parti itu dan PAS khususnya di Terengganu kini menjadi lebih mudah selepas UMNO menolak kerjasama dengan parti pimpinan Perdana Menteri Muhyidd...
Jika Umno Tetap Letak Calon Bersatu Sedia Pertahan Kerusi Disandang

Jika Umno Tetap Letak Calon Bersatu Sedia Pertahan Kerusi Disandang

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 301 hits
Bersatu sedia mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang disandang parti itu jika Umno kekal mahu meletakkan calon mereka pada PRU Ke 15 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berkata parti itu tidak mempunyai...
Gintell S7 Superchair Kerusi Urut Paling Canggih Dengan Teknologi Terkini

Gintell S7 Superchair Kerusi Urut Paling Canggih Dengan Teknologi Terkini

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 553 hits
Hai pembaca kesayangan Gintell membawakan Gintell S7 superchair kerusi urut paling canggih dengan teknologi terkini yang diinovasi berilhamkan kereta sport McLaren 720s Dengan slogan Brilliance of wellness atau Kecemerlangan dalam kesejahte...
Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 282 hits
Terkini Najib menghampiri penjara pendakwa raya dedah pelaburan hampir RM4 bilion SRC palsu April 15 2021 Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu Timbalan pendakwa...
Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 333 hits
FMT ReportersRosol Wahid berkata rundingan pembahagian kerusi dengan PAS akan menjadi lebih mudah kerana hanya membabitkan dua parti saja PUTRAJAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rosol Wahid berkata proses pengagihan kerusi parti itu d...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik