Terkini Rosmah Gagal Lagi


 

December 15, 2021 Mohamed Zaini Mazlan kekal sebagai hakim perbicaraan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah Mansor yang bernilai RM7 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pagi ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang memohon supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes jenayah terhadapnya.
Menerusi permohonan itu, Rosmah mendakwa hakim itu mungkin berat sebelah dan prejudis terhadapnya.
Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya. Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan 2022.
Hakim Mohamed Zaini berkata beliau akan memastikan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar kerana hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.
“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar kekal di sana. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab saya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh, dibicarakan secara adil seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah.
Hakim berkata dakwaan Rosmah mungkin berlaku prejudis kerana beliau (Hakim Mohamed Zaini) akan membuat perbandingan antara kenyataan dan pembelaannya dalam kes ini, adalah tidak berasas.
“Dalam kes solar, apabila membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima kenyataan bagi mencabar tertuduh, saya memutuskan bahawa tiada soalan perlu ditanya berkaitan fakta kes pengubahan wang haram di sini.
“Semasa membuat keputusan itu, saya memutuskan bahawa nilai probatif bagi isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak melebihi kesan prejudis yang mungkin dialami oleh tertuduh.
“Dalam apa jua keadaan, peguam responden (Rosmah) semasa membuat penghujahan, meyakinkan saya bahawa isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kenyataan dalam kes solar tidak mempunyai kaitan dengan isu dalam kes ini,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah yang tidak hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Pada 2 Nov, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar itu boleh secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram tersebut.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/terkini-rosmah-gagal-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Najib Gagal Masukan Bukti Baharu Dalam Rayuan

Terkini Najib Gagal Masukan Bukti Baharu Dalam Rayuan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 203 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya
Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 181 hits
Kita bukan bercakap tentang kanak kanak kita bercakap tentang orang dewasa yang tahu apa tugas liabiliti dan tanggungjawab mereka Saya tidak mahu kedengaran sukar tetapi kita perlu berpandukan perintah mahkamah jika tidak ia tidak berbaloi ...
Rosmah Gagal Gugur Sri Ram Batal Kes Rasuah Solar Hibrid

Rosmah Gagal Gugur Sri Ram Batal Kes Rasuah Solar Hibrid

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 159 hits
Rosmah Mansor sekali lagi gagal membatalkan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid di pedalaman Sarawak bernilai RM1 25 billion dan turut gagal menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes tersebut Ia selepas panel tiga h...
Waran Tangkap Tidak Dikeluarkan Walau Rosmah Gagal Hadir Perbicaraan

Waran Tangkap Tidak Dikeluarkan Walau Rosmah Gagal Hadir Perbicaraan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 153 hits
MALAYSIA NOW Panel tiga hakim menggunakan budi bicara memberinya peluang untuk hadir ke mahkamah pada Isnin depan Isteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor Gambar Bernama Rosmah Mansor gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi penden...
Rosmah No Show In Court Today Still In Singapore

Rosmah No Show In Court Today Still In Singapore

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 149 hits
Datin Seri Rosmah Mansor was supposed to return from her trip to Singapore by Nov 21 but there was no sign of her in the Court of Appeal today She was supposed to appear for the hearing of her appeal to disqualify Datuk Seri Gopal Sri Ram a...
Ismail Sabri Gagal Dapat Markah 90 Askar Terpaksa Menjerit Kepada Nadma

Ismail Sabri Gagal Dapat Markah 90 Askar Terpaksa Menjerit Kepada Nadma

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 149 hits
Muak menunggu ATM turun bantu mangsa banjirATM bertindak Jumaat tanpa tunggu Agensi Pengurusan Bencana NADMA teragak agak mengerahkan ATM bagi usaha bantuanKerajaan Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tenteraATM mula bergerak s...
Court Suspends Arrest Warrant Against Rosmah Orders Her To Be In Court On Monday

Court Suspends Arrest Warrant Against Rosmah Orders Her To Be In Court On Monday

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 164 hits
Rosmah Mansor did not attend the proceeding in the Court of Appeal today as she was supposed to PUTRAJAYA Rosmah Mansor has been ordered to be present in the Court of Appeal on Monday to follow her appeal proceeding to disqualify Gopal Sri ...
Lelaki Gagal Dihubungi Keluarga Ditemui Mati Lemas

Lelaki Gagal Dihubungi Keluarga Ditemui Mati Lemas

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 212 hits
Lelaki gagal dihubungi keluarga ditemui mati lemas SEPANG Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui tersangkut di sebatang paip di bawah Blok 3 Flat Taman Permata Dengkil di sini yang terjejas akibat banjir pada Isnin Ketua Polis Daerah...
Salam Dari Zaman Silam Gagal Tunai Janji Hapus Tol Wujud Pula Sistem Tol Menyusahkan Pengguna Jalan Raya

Salam Dari Zaman Silam Gagal Tunai Janji Hapus Tol Wujud Pula Sistem Tol Menyusahkan Pengguna Jalan Raya

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 191 hits
ASUWADI ISMAILISMAIL SABRISaya semak di media sosial ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan implementasi baru PLUS yang tidak membenarkan tambah nilai Touch N Go di exit lebuhraya mereka Pembayaran tol tanpa tunai mungkin kedeng...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan