Waran Tangkap Tidak Dikeluarkan Walau Rosmah Gagal Hadir Perbicaraan


MALAYSIA NOW
Panel tiga hakim menggunakan budi bicara memberinya peluang untuk hadir ke mahkamah pada Isnin depan.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor. Gambar: Bernama Rosmah Mansor gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi pendengaran rayuan untuk melucutkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuah melibatkan projek hibrid solar di Sarawak, susulan kebenaran sebelum ini yang melepaskan pasport kepada beliau untuk ke Singapura.
Beliau hampir diberi waran tangkap hari ini oleh panel tiga hakim diketuai hakim Hanipah Farikullah, namun diberikan peluang menggunakan budi bicara mahkamh agar dapat hadir ke mahkamah pada Isnin depan selepas dimohon peguam mewakilinya, Jagjit Singh.
Menurut perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 15 Oktober 2021, Rosmah sepatutnya pulang dari Singapura sebelum 21 November lalu.
Hanipah berkata beliau mengambil maklum penghujahan peguam bela bahawa Rosmah tidak pernah gagal hadir ke mahkamah untuk prosiding perbicaraannya.
“Perayu (Rosmah) belum pulang ke Malaysia seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam perintah bertarikh 15 Oktober 2021.
“Peguam perayu mengakui kegagalan perayu untuk hadir ke mahkamah hari ini adalah tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi.
“Oleh itu, perbicaraan ini akan ditangguhkan ke Isnin depan bagi meneruskan perbicaraan,” katanya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Sogokan itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor, sebagai ganjaran kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan penyelenggaraan operasi genset diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion daripada kementerian pendidikan melalui rundingan terus.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di Kuala Lumpur; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah kepuasan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Rosmah turut berdepan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/waran-tangkap-tidak-dikeluarkan-walau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Dilarang Hadir Perbicaraan Di Mahkamah

Rosmah Dilarang Hadir Perbicaraan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 177 hits
Berstatus kontak kasual Covid 19 MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau berstatus kontak kasual dengan seoran...
Rosmah Mohon Maaf Tak Hadir Mahkamah Minggu Lalu

Rosmah Mohon Maaf Tak Hadir Mahkamah Minggu Lalu

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 440 hits
malaysiakini comRosmah Mansor menerusi pasukan peguamnya memohon maaf kepada Mahkamah Rayuan hari ini kerana tidak hadir untuk pendengaran rayuan berkenaan kes rasuah terhadapnya minggu lalu Peguamnya Jagjit Singh menyampaikan permohonan ma...
Rosmah Gagal Gugur Sri Ram Batal Kes Rasuah Solar Hibrid

Rosmah Gagal Gugur Sri Ram Batal Kes Rasuah Solar Hibrid

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 198 hits
Rosmah Mansor sekali lagi gagal membatalkan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid di pedalaman Sarawak bernilai RM1 25 billion dan turut gagal menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes tersebut Ia selepas panel tiga h...
Pejuang Selar Layanan Istimewa Terhadap Rosmah Selepas Tidak Hadir Ke Mahkamah

Pejuang Selar Layanan Istimewa Terhadap Rosmah Selepas Tidak Hadir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 232 hits
MALAYSIA NOW Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah mahu pasport Rosmah dirampas semula selepas isteri Najib Razak itu pulang semula ke Malaysia Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Gambar Bernama Pejuang hari ini mempersoalkan layan...
Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 209 hits
Kita bukan bercakap tentang kanak kanak kita bercakap tentang orang dewasa yang tahu apa tugas liabiliti dan tanggungjawab mereka Saya tidak mahu kedengaran sukar tetapi kita perlu berpandukan perintah mahkamah jika tidak ia tidak berbaloi ...
Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 254 hits
Kegagalan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengawal harga barang di negeri itu amat dikesali Menurut Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sibuti Sarawak Zulhaidah Suboh tiada alasan kukuh yang boleh diberikan oleh kerajaan GPS berikutan kenaikan har...
Tukar Segera Menteri Gagal Kawal Harga Barang

Tukar Segera Menteri Gagal Kawal Harga Barang

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 185 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sewajarnya ditukar berikutan kegagalan beliau dan kementeriannya mengawal kenaikan harga barangan di pasaran Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahm...
Peguam Negara Gagal Dakwa Mp Pasir Salak

Peguam Negara Gagal Dakwa Mp Pasir Salak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 255 hits
Pakatan Harapan meminta Peguam Negara menjelaskan apakah motif beliau tidak mendakwa seorang Ahli Parlimen yang juga pemimpin Umno selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan ahli politik itu pada Mei lalu Menurut Majlis Presiden...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran