Rosmah Gagal Gugur Sri Ram Batal Kes Rasuah Solar Hibrid



(Malaysia Now) – Rosmah Mansor sekali lagi gagal membatalkan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 billion dan turut gagal menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes tersebut.
Ia selepas panel tiga hakim diketuai hakim Hanipah Farikullah yang bersidang bersama-sama M Gunalan dan Hashim Hamzah sebulat suara membenarkan bantahan awal dikemukakan pihak pendakwaan pada 15 November lalu.
Hanipah berkata hakim bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa memberikan relief perisytiharan yang dimohon Rosmah.
“Selepas meneliti dan mempertimbang hujahan serta nas perundangan dikemukakan, kami mendapati bantahan kedua ditimbulkan oleh responden adalah isu perundangan yang menyentuh merit dan bidang kuasa mahkamah perlu diputuskan terlebih dahulu.
“Kami dapati relif yang dimohon adalah berbentuk pengisytiharan (deklarasi). Kami berpendapat bahawa relif dimohon mestilah tergolong dalam perkara yang dibenarkan oleh Kanun Tatacara Jenayah. Bagaimanapun tiada peruntukan didalam akta tersebut memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membuat keputusan berbentuk pengisytiharan,” kata Hanipah.
Rosmah hari ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan kes itu.
Permohonan itu dibuat atas dakwaan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah persekutuan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes rasuah itu tidak sah.
Rosmah diwakili oleh Akberdin Abdul Kader dan Jagjit Singh.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor.
Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah gagal gugur Sri Ram, batal kes rasuah solar hibrid

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/06/rosmah-gagal-gugur-sri-ram-batal-kes-rasuah-solar-hibrid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Rosmah Batal Kes Rasuah Ditolak Mahkamah

Permohonan Rosmah Batal Kes Rasuah Ditolak Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 255 hits
AGENDA DAILY Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Februari lalu untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah Langkah isteri bekas Perdana Menteri Datin Ser...
Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

Rosmah Gagal Pulang Mengikut Jadual

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 244 hits
Kita bukan bercakap tentang kanak kanak kita bercakap tentang orang dewasa yang tahu apa tugas liabiliti dan tanggungjawab mereka Saya tidak mahu kedengaran sukar tetapi kita perlu berpandukan perintah mahkamah jika tidak ia tidak berbaloi ...
Keputusan Kes Rasuah Zahid Pada 24 Januari 2022

Keputusan Kes Rasuah Zahid Pada 24 Januari 2022

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 264 hits
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan diketahui pada 24 Januari ini Hakim Mahkamah Tingg...
Gagal Hadir Mahkamah Wanita Warga Emas Dikenakan Waran Tangkap Kes Bunuh Amah Indonesia

Gagal Hadir Mahkamah Wanita Warga Emas Dikenakan Waran Tangkap Kes Bunuh Amah Indonesia

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 255 hits
MahPUTRAJAYA 9 Dis Mahkamah Persekutuan di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita warga emas yang sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia selepas dia gagal hadir pada prosiding ...
Court Of Appeal Dismisses Rosmah S Bid To Nullify Her Solar Corruption Trial

Court Of Appeal Dismisses Rosmah S Bid To Nullify Her Solar Corruption Trial

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 330 hits
Rosmah Mansor failed for the second time to nullify her corruption case linked to the RM1 25 billion solar hybrid energy project for 369 rural schools in Sarawak The Court of Appeal today unanimously allowed the prosecution s preliminary ob...
Waran Tangkap Tidak Dikeluarkan Walau Rosmah Gagal Hadir Perbicaraan

Waran Tangkap Tidak Dikeluarkan Walau Rosmah Gagal Hadir Perbicaraan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 213 hits
MALAYSIA NOW Panel tiga hakim menggunakan budi bicara memberinya peluang untuk hadir ke mahkamah pada Isnin depan Isteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor Gambar Bernama Rosmah Mansor gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi penden...
Sri Pahang Gagal Peminat Tidak Gembira Jika Dollah Kekal Dan Di Angkat Sebagai Pengurus

Sri Pahang Gagal Peminat Tidak Gembira Jika Dollah Kekal Dan Di Angkat Sebagai Pengurus

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 285 hits
KUANTAN Rata rata peminat bolasepak Pahang tidak gembira mendapat perkhabaran bekas jurulatih Sri Pahang FC bakal diangkat sebagai pengurus baru skuad Tok Gajah untuk saingan liga M musim hadapan Dollah adalah antara individu yang berada da...
Kes Src Kenapa Tidak Didakwa

Kes Src Kenapa Tidak Didakwa

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 164 hits
KES SRC1 8 Disember ini keputusan rayuan Najib Razak akan diketahui umum Punya lah lama kita tunggu dah lebih 6 bulan Mengikut laporan dia ada 307 alasan rayuan Itu mungkin penyebab keputusan perlu masa panjang Namun dengan 307 alasan kepad...
Elmina Lakeside Mall Membawa Warna Kesenian Dan Komuniti Sempena Sambutan Ulang Tahun Pertama

Mudah Betul Nak Tanam Pokok Daun Bawang Guna Kotak Telur Je

Kerana Seorang Lelaki

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Teknik Penanaman Dutch Bucket Potensi Dan Pelaksanaannya Di Malaysia

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia Diiktiraf Fifa