Terkini Anwar Bakal Terajui Persefahaman Baru Politik Malaysia


 

June 14, 2021 Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengikuti perkembangan terbaharu, siri mengadap KeBawah DYMM YDPA sepanjang 9-11 Jun 2021 oleh sejumlah pucuk pimpinan parti politik.
GRM mengharapkan agar ia menatijahkan suatu harapan baharu terhadap jalan keluar kemelut semasa negara dan selamat daripada malapetaka politik, ekonomi dan kesihatan.
GRM juga memahami ada pelbagai kalangan yang mahu menonjolkan hasrat bagi menerajui halatuju politik negara.
Kami, GRM (Gabungan Reformis Malaysia) amat mengalu-alukan serta mencadangkan agar adanya lakaran baharu persefahaman politik Malaysia terutama dalam menangani kemelut negara hari ini. Keresahan rakyat kian memuncak. Dengan langkah ini, in shaa ALlah, suatu pelan tindakan strategik yang menyeluruh serta lebih meyakinkan boleh dibuat. Ia juga dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap orang politik.
GRM berkeyakinan dan menyokong penuh akan kemampuan Dato Seri Anwar Ibrahim bagi menerajui persefahaman baharu ini berdasarkan pelbagai faktor kekuatan yang dimilikinya. Persefahaman baharu ini juga amat penting dalam merealisasikan Harapan Rakyat.
*HARAPAN RAKYAT*
Menginsafi bahawa negara dan global sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dan ketidakpastian. Di peringkat nasional ia merentas daripada isu pandemik Covid 19 hinggalah ke persoalan kos sara hidup.
Memaklumi bahawa semua pihak, semua sektor dan semua peringkat mesti terbabit dalam melakar, membina muafakat dan kekemasan perlaksanaan kepada penyelesaian kemelut yang ada.
Justeru, berdasarkan interaksi GRM yang berterusan bersama pelbagai lapisan rakyat, adalah dirumuskan Harapan Rakyat dengan 5 Teras Strategi bagi pelan tindakan seperti berikut;
*5 TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN*
*1. Menyusun Semula Ekonomi*
Ekonomi negara perlu disusun semula mengikut keutamaan industri; berat, sederhana dan desa. Pelaburan asing berasaskan teknologi IT dan digital dibawa masuk dan diutamakan dalam memperkasa Agenda Digital Ekonomi Manusiawi Malaysia 2030 (ADEM 2030).
Bagi tujuan ini, Badan Penstrukturan Baharu Ekonomi perlu diwujudkan dengan dana RM 50 bilion sebagai modal teroka.
*2. Menyusun Semula Sektor Pekerjaan*
Sektor pekerjaan dilaraskan semula berdasarkan kekuatan ilmu, kemahiran, skil vokasional dan bakat penduduk Malaysia. Rakyat dalam sektor pekerjaan yang bakal pupus di era Revolusi Industri 4.0 akan diberi latihan semula (re-training, re-skilling) secara besar-besaran.
Langkah segera termasuklah mendaftarkan semula pekerja asing termasuk PATI, rancang jadual pengurangan pekerja asing dan tentukan industri utama untuk negara.
*3. Merombak Struktur Pendidikan Berasaskan Revolusi Industri 4.0*
Sektor pendidikan dirombak semula metodologi dan penghayatan falsafahnya yang mampu menyahut cabaran IR 4.0. Pelbagai aliran kursus terkait ilmu digital baharu diperkenalkan dalam kurikulum peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT bagi meningkatkan kebolehsaingan pelajar Malaysia di peringkat global.
Penubuhan JK Penstrukturan Pendidikan adalah perlu dengan peruntukan RM10 bilion bagi penyediaan kemudahan pembelajaran digital.
Kerjasama pendidikan dan industri, terutama dalam bidang industri tumpuan perlulah dipertingkatkan.
*4. Memperkenalkan Harga Lantai Komoditi Utama dan Fokus R&D.*
Harga lantai atau subsidi meningkatkan harga perlu diperkenalkan kepada sektor komoditi utama seperti getah, padi, sawit, koko dan sebagainya bagi petani kecil. Ia bertujuan memastikan petani kecil tidak menderita akibat kejatuhan harga dunia bagi komoditi utama.
Negara juga perlu memberikan fokus kepada R&D dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing di ladang-ladang. Manakala ladang-ladang pula distruktur semula sebahagiannya bagi pengeluaran makanan seperti penternakan yang tidak memerlukan ramai pekerja.
Demikian juga sektor pertanian lain dan penternakan, subsidi khas perlu diberikan terutamanya dalam menghidupkan Ekonomi Desa.
*5. Pemberian Subsidi Makanan Ruji dan Beberapa Keperluan Asas.*
Harga makanan ruji dan beberapa keperluan asas rakyat Malaysia diberikan subsidi. Ia bertujuan bagi memastikan rakyat cukup gizi dan keselesaan hidup samaada yang tinggal di kota mahupun perdesaan, sekaligus meringankan beban kos sara hidup.
*BERSAMA MAJU KEHADAPAN*
Sesungguhnya masa depan amat mengharapkan kita bermuafakat bersama serta melengkapkan perincian Pelan Tindakan bagi setiap 5 Teras Strategi yang dinyatakan.
Pengemblengan semua tenaga samaada pelajar, belia, wanita, pendidik, petani, pekerja, nelayan, pemandu, pegawai, budayawan, veteran, agamawan, anggota keselamatan dan pertahanan, ahli politik dan sebagainya adalah prasyarat kejayaan bersama.
Demikian juga sektor yang terbabit samaada kerajaan, swasta, koperasi, NGO masyarakat sivil, pendidikan, kesihatan, pertahanan, keselamatan, dan seumpamanya adalah rangkaian agen membina semula Malaysia Baharu.
Malaysia Baharu yang merujuk kepada keluhuran Perlembagaan, tatakelola yang baik, membina masyarakat madani serta kedaulatan undang-undang dan rakyat.
GRM yakin dengan iltizam, keikhlasan dan itqan semua pihak, negara dapat keluar daripada kemelut semasa sekaligus membina Malaysia Baharu yang gemilang.
GRM MEMBINA MALAYSIA BAHARU
MUSTAFFA KAMIL AYUB
Penyelaras GRM & Presiden RAPAT,
DR BADRUL AMIN Pengerusi Pro98,
DR IDRIS AHMAD Pengerusi Otai Reformis,
FARIZ MUSA
Ketua Kordinator Jingga 13 Malaysia,
KHAIRUL ANUAR OTHMAN Presiden ARM,
BRIG GEN (B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB
Presiden PAHLAWAN,
AZIZAN MEMALI
Presiden GRVATM,
MOHD BUSTAM OMAR
Pengerusi PEMASSA,
EDDI ARMAN MOHD YUNOS
Pengerusi GASAK,
MEJAR (B) RAZALI ALIAS
Presiden GMPN,
MUSTAFA MANSOR
Presiden MASSA,




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/terkini-anwar-bakal-terajui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Riwayat Politik Muhiyiddin Bakal Berakhir Anwar Tolak Jawatan Tpm Pm I Boleh Dengar La Tapi Jangan Ketepikan Langsung

Riwayat Politik Muhiyiddin Bakal Berakhir Anwar Tolak Jawatan Tpm Pm I Boleh Dengar La Tapi Jangan Ketepikan Langsung

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 243 hits
INI YG DIPERKATAKAN LOCKMAN ADAM Gempar Hishamuddin bakal PM Azmin TPM antara cadangan plan pengunduran Muhyiddin June 10 2021 8 12 pmPergolakan politik semasa nampaknya memberi ruang sebebasnya untuk semua pihak mencatur kepemimpinan negar...
Grm Sokong Langkah Politik Anwar Bentuk Muafakat Politik Baru

Grm Sokong Langkah Politik Anwar Bentuk Muafakat Politik Baru

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 366 hits
Gabungan Reformis Malaysia menyokong sebarang langkah politik terbaharu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia dan membawa keluar negara dari pandemik Covid 19 Menurut koordinator GRM Mustaffa Kamil ...
Wartawan Dedah Sebab Utama Tiada Ahli Baru Bakal Ganti Lee Kwangsoo Dalam Running Man

Wartawan Dedah Sebab Utama Tiada Ahli Baru Bakal Ganti Lee Kwangsoo Dalam Running Man

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 384 hits
Pastinya ramai yang tertanya tanya sama ada Lee Kwang soo akan digantikan selepas pengunduran dirinya daripada Running Man nanti Baru baru ini bekas wartawan hiburan bernama Lee Jin ho telah memuat naik satu video baru di YouTube bagi membe...
Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 482 hits
PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap terlal...
Choi Siwon Dilapor Bakal Terajui Drama Oh My Lord Bersama Lee Sunbin

Choi Siwon Dilapor Bakal Terajui Drama Oh My Lord Bersama Lee Sunbin

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 388 hits
Rindu nak tengok Choi Si won berlakon kan Jangan bersedih lagi sebab khabarnya ahli Super Junior itu bakal menerajui sebuah siri asal TVing tak lama lagi Menurut laporan media Choi Si won dilamar untuk menjadi hero drama Oh My Lord Berdasar...
Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 400 hits
June 7 2021 SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dijangka akan bertemu d...
Lawan Politik Elit Puaka Rosakkan Negara Anwar

Lawan Politik Elit Puaka Rosakkan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 262 hits
KEADILAN menolak politik golongan elit puaka yang merebut kuasa demi kekuasaan dan kekayaan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam senario negara yang gawat hari ini masih ada golongan elit yang berusaha mempertahan dan me...
Masa Nak Masukkan Doh Tu Matikan Jap Api Baru Masukkan Rahsia Burger Malaysia Jadi Cantik Bulat

Masa Nak Masukkan Doh Tu Matikan Jap Api Baru Masukkan Rahsia Burger Malaysia Jadi Cantik Bulat

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 553 hits
Ramai yang tertanya tanya bagaimana cara nak menghasilkan adunan doh burger Malaysia yang cantik dan bulat tanpa hangit Bukan mudah nak menghasilkanya kerana adunan ini sangat mudah untuk masak dibahagian luar tetapi tidak masak sepenuhnya ...
Terkini Total Lockdown Dijangka Akan Gagal Kluster Baru Tempat Kerja Terus Bertambah

Terkini Total Lockdown Dijangka Akan Gagal Kluster Baru Tempat Kerja Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 206 hits
June 5 2021 INFOGRAFIK Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 43 kluster baharu melibatkan tempat kerja direkodkan dalam tempoh tiga hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama dilaksanakan Daripada jumlah tersebut sektor p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah