Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar



(Malaysiakini) – PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional, menurut presidennya Anwar Ibrahim.
“Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.
“Malah sekarang ini pun, selain PH, kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang, tapi janganlah cuba bolot kuasa, nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender…Hal sedimikan tak boleh dipersetujui.
“Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam PN.
“Kita harus ambil sikap lebih berlapang dada dalam kerjasama untuk selamatkan negara. Negara sudah tak boleh (dalam keadaan sekarang), kerana nakhoda sekarang kapalnya sudah tiada haluan, hanyut,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.
Anwar yang juga pengerusi PH berkata, kesediaan untuk bekerjasama itu juga termasuk dengan pihak yang dahulu dianggap sebagai “musuh” memandangkan PKR telah bekerjasama dengan pihak yang dianggap sebagai musuh sebelum ini.
Anwar tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, namun beberapa hari lalu Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin tidak akan membentuk kerjasama pilihan raya dengan PH.

Pejuang sebaliknya mungkin akan mengusahakan kerjasama dengan Warisan dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam PRU15, katanya.
Menurut Mahathir, Pejuang tidak ingin terkesan dengan “beban” yang digalas gabungan itu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Sementara itu, sejumlah pemimpin Umno pula secara terbuka bercakap tentang tidak akan bersama-sama PN dalam PRU akan datang.
Sebelum ini, memang timbul spekulasi Anwar merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pemimpin Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak – kedua-duanya sedang berdepan perbicaraan di mahkamah pada masa ini.
Dalam ucapan khas itu, Anwar bagaimanapun berkata usaha ke aras kerjasama tidak seharusnya menggadaikan prinsip tadbir urus yang baik.
“Sudahlah, pimpinan silih berganti, perdana menteri silih berganti, tetapi masih ada isu mengumpul kekayaan, rampas khazanah…Tetapi semua kata mereka berjuang menentang rasuah (walaupun) kekayaan melimpah.

“Kalau rakyat izinkan perkara ini berlaku, ini bermakna negara kita akan terus dilanda krisis dan malapetaka, dan tidak mungkin dapat keberkatan daripada Allah untuk selamat dari (krisis) Covid-19 dan ekonomi,” katanya lagi.
Selain wabak Covid-19 dan vaksinasi, dia juga membangkitkan kematian dalam tahanan sebagai antara isu yang sedang dihadapi negara pada masa ini.
‘Penggunaan logo diputuskan secara perbincangan’
Sementara itu, Anwar memberi peringatan kepada PKR agar tidak membiarkan perbezaan pendapat yang kecil diperbesarkan.
Membangkitkan cadangan Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berhubung penggunaan logo parti dalam PRU15 yang dibantah DAP, Anwar berkata perkara itu akan diputuskan menerusi perbincangan.
“Tiada siapa boleh paksa kita, kita juga tak boleh memaksa mereka.
“Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu sempurnakan tugas dan berganding bahu dengan lebih erat dengan rakan kita – DAP dan Amanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata sekarang bukan masanya untuk membincangkan penggunaan logo oleh PH dalam PRU15.
Mengingatkan gabungan itu telah mencapai “persefahaman umum” berkenaan perkara itu, Loke berkata PH pada masa ini patut memberi tumpuan sepenuhnya ke arah membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/06/pkr-perlu-kerjasama-dengan-semua-parti-politik-kata-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam keadaan...
Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 465 hits
June 7 2021 SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dijangka akan bertemu d...
Pkr Terbuka Kerjasama Pelbagai Parti Demi Selamatkan Rakyat

Pkr Terbuka Kerjasama Pelbagai Parti Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 447 hits
KEADILAN mengambil pendirian untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan rakan seperjuangan sejak sekian lama seperti DAP dan Amanah dalam bergerak seiring sebagai pembangkang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam P...
Gempar Anwar Minta Siap Sedia Terima Kerjasama Semua Pihak Termasuk Tun M Dan Umno

Gempar Anwar Minta Siap Sedia Terima Kerjasama Semua Pihak Termasuk Tun M Dan Umno

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 290 hits
MhdailyPKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap...
Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 349 hits
Profits double for Robert Kuok s PPB Group Robust demand for palm oil and sugar doubled the profits of PPB Group the company controlled by Malaysia s richest man Robert Kuok According to a Forbes report PPB s net profit rose to RM420 2 mill...
Mengimbau Bagaimana Parti Politik Memperlekehkan Institusi Raja

Mengimbau Bagaimana Parti Politik Memperlekehkan Institusi Raja

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 243 hits
HAMDAN TAHAAsalamualaikum kepada sahabat Ada yang minta saya ulas isu berkait dengan raja raja melayu dan Yang di petuan Agung apabila ada seorang lelaki di tangkap dan di siasat kerana di katakan menghina raja raja dan Agung Orang yang di ...
Biro Politik Pkr Pernah Beri Amaran Keras Pada Iswardy

Biro Politik Pkr Pernah Beri Amaran Keras Pada Iswardy

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 223 hits
Pimpinan KEADILAN mengambil maklum sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di Pertuan Agong KEADILAN mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang P...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Gunung Berapi Shinmoedake Meletus Di Jepun

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality

Bangladesh Chief Adviser Muhammad Yunus Arrives For Official Visit

Buy Low Sell High Pelaburan Emas Boleh Untung Ke

Begedil Dan Orang Suka Tunjuk Kekayaan