Lawan Politik Elit Puaka Rosakkan Negara Anwar



KEADILAN menolak politik golongan elit puaka yang merebut kuasa demi kekuasaan dan kekayaan.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam senario negara yang gawat hari ini masih ada golongan elit yang berusaha mempertahan dan merebut kekuasaan tanpa mempedulikan kesensaraan rakyat di bawah.
Sehubungan itu, beliau menasihati ahli-ahli parti agar terus berprinsip memperjuangkan politik yang membawa perubahan kepada sistem bobrok pemerintahan di Malaysia.
“Sebab itu ianya adalah agenda ‘sedaya upaya kita membawa perubahan’. Politik bukan percaturan rebut kuasa peringkat elit. Sekarang ini ada orang, yang sama ada pertahan atau merebut kuasa.
“Tidak peduli lagi aspirasi rakyat. Kerana politik bagi mereka ialah mencari kekayaan dan kuasa. Ini pemikiran golongan elit puaka yang tidak merasai derita rakyat dan merasakan kekuasaan itu boleh direbut dengan kekayaan dan kuasa. Bukan aspirasi rakyat. Kita tidak akan berganjak bahawa kuasa itu dipikul sebagai amanah dan dari aspirasi rakyat.
“Walaupun disebut dalam titah DiRaja mesti merangkul semua kekuatan. Tetapi kekuatan-kekuatan itu mesti mewakili bawah. Tidak boleh satu dua orang dengan satu dua kekuatan menuntut seolah-olah mereka sahaja yang mempunyai mandat dan keupayaan.
“Ini bagi saya walaupun kita dalam proses perbincangan dan rundingan dengan semua pihak, kita tidak berganjak dari prinsip ini. Dalam rundingan yang kita lakukan kita tekankan tatakelola baik, ubah dari paradigma percaturan politik hanya untuk rebut kekayaan,” katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional tahunan KEADILAN, pagi tadi.
Menurut Anwar, Malaysia memerlukan perubahan yang sistemik dari hujung sehingga ke pangkal kuasa.
Atas sebab itu, katanya, banyak pihak yang menyoal mengapakah beliau berjuang puluhan tahun tetapi tetap tidak mampu bertakhta di puncak kuasa.
“Saya jawab kita berjuang untuk merubah sistem, keangkuhan kuasa, walau pimpinan silih berganti ia tidak menceminkan hasrat untuk membawa perubahan.
“Kalau tengok (diwar-warkan) ini kekuatan Melayu Islam, tetapi tengok tindakan, bobroknya sama. Perjuangan bukan slogan tetapi keikhlasan hati nurani menterjemahkan dalam pemikiran dan dalam bentuk amal,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar tidak menolak sepanjang dua dekad perjuangan KEADILAN, wujud individu atau kelompok yang membina empayar dan menyalahgunakan kedudukan untuk mengumpul harta, terutama bekas-bekas pimpinan yang telah meninggalkan parti.
Justeru, beliau mengingatkan pimpinan dan anggota yang kekal berjuang agar mengutamakan untuk menggilap perjuangan Reformasi total serta tidak berganjak daripada prinsip berkenaan.
“Jadi harus menggilap idealisme bahawa perjuangan parti ini harus mengutamakan prinsip, tolak rasuah, tolak keangkuhan, tolak salah guna kuasa. Kita di Ranting, Cabang, pimpinan pusat apatah lagi, harus dapat dan membawa aspirasi sedemikian,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyentuh soal ekonomi negara yang semakin mendesak
Katanya, pengangguran telah mencecah 800,000 dan jumlah penduduk yang bekerja tidak sepenuh masa telah mencapai 2.1 juta orang.
“Masalah Covid ini berkait dengan ekonomi. Soal pengangguran, jumlah sekarang hampir 800,000 juga yang bekerja tidak sepenuh masa 2.1 juta. Pimpinan KEADILAN harus faham takrif Jabatan Statistik itu, berkerja sejam dalam seminggu dianggap ada kerja. Kerja satu jam seminggu maka lepaslah ‘soru’, nak makan tak cukup.
“Ini tidak termasuk yang bekerja tetapi kategori miskin. Bila kita adakan PKP, orang tak boleh kerja dan bantuan sedikit. Orang lebih melarat hidup dia.
“Kita kena faham (realiti) ekonomi bukan dari menteri. Menteri kalau tanya pelaburan masih baik, meyakinkan, ekonomi terkawal dan rakyat selesa. Pimpinan ini tidak faham derita rakyat kerana elaun mereka tinggi dan selesa,” katanya lagi.
Anwar turut menjangkakan ekonomi pada 2021 akan kekal lembab dan Malaysia masih sukar untuk keluar dari kemelesetan ekonomi sekiranya masalah Covid 19 tidak diatasi secara tuntas terlebih dahulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32373

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

Anwar Pkr Tidak Boleh Terlalu Keras Untuk Menolak Segala Bentuk Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam keadaan...
Negara Perlu Di Urus Bukan Melalui Kacamata Politik Kepartian

Negara Perlu Di Urus Bukan Melalui Kacamata Politik Kepartian

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 224 hits
Tetapi memerlukan orang politik yang berimej dan beraura untuk menguruskan negara Parlimen perlu dibuka atas status mageran hanya untuk bukan isu politik dan kuasa PRU PRN PRK wajar ditangguh Bolehkah KEAJAIBAN ini berlaku Berdasarkan PELAN...
Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

Pkr Perlu Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 535 hits
PKR tidak boleh terlalu keras dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana mana parti politik sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional menurut presidennya Anwar Ibrahim Dalam keadaan kita tiada keupayaan atau bersikap terlal...
Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

Desak Pm Buka Parlimen Berpotensi Jadikan Politik Negara Tak Stabil Kata Pn Melaka

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 311 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata pemimpin politik perlu menjunjung titah Yang di Pertuan Agong sebelum ini supaya semua pihak menghentikan pergolakan dan segala usaha yang boleh menggugat kestabilan polit...
Buka Parlimen Kenyataan Peguam Negara Ibarat Hina Istana Negara Anwar Ibrahim

Buka Parlimen Kenyataan Peguam Negara Ibarat Hina Istana Negara Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 293 hits
Firdaus AzilJun 26 2021 Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada usaha yang sistematik menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan Parlimen Gambar fail Astro AWANIDalam pada itu Anwar berkata tidak perlu me...
Terkini Anwar Bakal Terajui Persefahaman Baru Politik Malaysia

Terkini Anwar Bakal Terajui Persefahaman Baru Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 281 hits
June 14 2021 Gabungan Reformis Malaysia mengikuti perkembangan terbaharu siri mengadap KeBawah DYMM YDPA sepanjang 9 11 Jun 2021 oleh sejumlah pucuk pimpinan parti politik GRM mengharapkan agar ia menatijahkan suatu harapan baharu terhadap ...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menggubah Bunga Hiasan Meja

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna