Terkini 7 Jenama Daging Haram Berjaya Didedahkan


 BOB KELANANG








Geram bila kita baca berita viral baru-baru ni mengenai kartel daging yang diserbu setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Lebih geram lagi bila tak ada satu pendedahan pun dibuat oleh pihak yang berkaitan mengenai apa jenama yang dipalsukan cop halalnya, siapa dalang kartel tersebut, dan apa nama syarikat yang mengedarkannya.

Lebih bertambah geram lagi bila pada awalnya ada statement pihak berkuasa kata nak dedah nama syarikat tersebut, tapi tiba-tiba semalam Timbalan Menteri Perdagangan, Datuk Rosol Wahid mula spin pula kata tidak boleh didedahkan nama syarikat tersebut sebab mengganggu siasatan kononnya.

Nah, mana kita tak panas hati bila baca berita macam tu. Siap kempen lagi kata daging kat pasaran tu semua halal jangan risau boleh beli. Siap tunjuk lagi pekerja dia jalan-jalan dalam supermarket tunjuk ada logo halal kat packaging daging yang dijual. Padahal, berita sebelumnya semua cakap pasal daging tak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai, atau daging berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah diseludup untuk dijual di negara kita.

Lebih memanaskan hati, bila pendedahan tersebut menyatakan bahawa operasi kartel tersebut telah berjalan selama 40 tahun dengan rasuah telah diberi kepada kakitangan pelepasan kontena, kakitangan yang check isi kontena dan pelbagai lagi kakitangan pihak berkuasa. Hatta disebut bahawa kartel tersebut turut menawarkan habuan wanita kepada pihak yang dirasuah.

Apalah punya bala semua ini. Berpuluh tahun kita disajikan barang yang syubhah lagi tidak jelas sumbernya. Pihak berkuasa enjoy makan duit haram siap dapat habuan wanita lagi. Ini bukan isu birokrasi susah nak apply sijil Halal. Tapi ini isu rasuah, salah guna kuasa agensi berkaitan, penyeludupan, penipuan cop halal, penipuan sumber daging dan juga masalah kejar harga murah.

Kalau nak tahu, jenama yang dibawa masuk oleh kartel ni pun sebahagiannya memang dah ada sijil Halal yang sah baik dari Malaysia atau negara asalnya. Tapi diselit dan dicampur juga dengan daging yang tidak halal kemudian dipack semula menggunakan jenama dan cop halal yang telah dipalsukan. Maknanya, kartel ini memang nak buat untung full margin lah makan pukul keliling. Sebab tu dapat jual murah sebab bangkai yang di'supply'nya, maka harga modal pula sudah tentu jauh lebih murah. Siap ada laporan yang kata mereka guna bangkai kangaroo, kuda dan macam-macam lagi.

Jadi, atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, saya risau bila jenama ini tidak didedahkan. Kalau perkara ini berterusan, maka umat Islam di negara kita ini akan terus-terusan memakan bangkai tanpa sedar. Apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging dan merosakkan kita semua.

Maka, malam tadi puas saya baca berpuluh berita mengenai serbuan yang dibuat pihak berkuasa terutama di Johor, akhirnya setelah puas mencari, ada lah terjumpa satu dua laporan media yang tak dipadam jenamanya dan terpapar dalam berita. Sebab kebanyakan berita, wartawan dah kaburkan jenama jadi susah kita nak cari.

Bila dapat berita yang tak kaburkan jenama tu, cepat-cepat saya screenshot dan cari satu persatu jenama tersebut. Hasilnya, anda boleh lihat di dalam gambar yang saya sertakan. Sebahagian jenama tersebut, saya percaya ramai daripada kita sudah pun pernah memakannya. Masalah yang berlaku adalah campuran daging bangkai dengan daging yang halal, maka disebabkan sebelum ini kita tidak tahu, sama-sama kita berharap apa yang pernah kita makan dahulu adalah bahagian yang halal bukan yang haram.

Lagi pula konsep dalam fiqh, bila kita termakan benda yang kita tidak tahu asal muasalnya, maka ia dimaafkan. Yang dah berlalu tu lupakanlah dan mohonlah keampunan ALLAH, semoga kita sama-sama diampunkan oleh ALLAH Taala jua hendakNYA. Tapi, untuk masa yang ke hadapan ni, bila kita dah tahu ada campuran barang tak halal, maka automatik semuanya dah jadi syubhah dan diragui buat kita. Takkan kita nak makan lagi ye tak??

Jadi, di sini terpulang kepada anda sama ada mahu terus membeli daging frozen import atau tidak. Setelah banyak pendedahan dibuat, kita pun belum tentu pasti akan kehalalan jenama daging frozen import lain yang tidak didedahkan di sini. Untuk mengelak termakan barang yang syubhah atau haram, maka sebaiknya kita tinggalkan terus memakan apa jua jenama daging frozen import. Dalam bisnes, bila tiada permintaan, maka tiadalah supply. Yang jadi masalah, bila dah tahu ada yang syubhah kita tetap terus membelinya, maka sebab itulah kartel ni masih boleh bertahan walaupun dah naik turun mahkamah dan didenda. Pasti akan ada kartel lain yang mengambil alih demand dan pasaran yang kosong tadi dimasa akan datang.

Kepada pekedai pula, saya percaya ramai yang akan terkesan dengan penjualan daging import selepas ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa rezeki itu telah tertulis oleh ALLAH Taala buat kita semua. Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Apabila kita meninggalkan sumber rezeki yang haram dan syubhah, insyaALLAH akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas.

Ingatlah kembali pesan orang tua-tua kita dahulu kala. “Jangan beli daging import, sebab kita tak tahu kesahihan barang tersebut.” Akhirnya setelah berpuluh tahun, baru hari ini kita nampak kebenaran pesanan orang tua kita dahulu.

Akhir kata dari saya, carilah barang yang halal, utamakan sumber yang halal dan tinggalkanlah barang yang syubhah dan diragui. Negara kita pun belum darurat lagi, tak mati pun kalau tak makan daging frozen. Masih banyak penjual daging segar temparan. Sokonglah buatan Malaysia, dan Paling penting ingat; BUY MUSLIM AND HALAL FIRST!!

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/terkini-7-jenama-daging-haram-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 284 hits
Berhenti beli produk jenama diragui mula sokong gerakan BMF BANGI Pihak berkuasa diminta mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya yang dijual di pasaran tempatan Saran...
Mana Bahaya Daging Haram Atau Gaji Haram

Mana Bahaya Daging Haram Atau Gaji Haram

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 241 hits
Semua orang pakat resah pasal kartel daging haram Seolah olah termakan daging haram ini satu Dosa yang amat besar Tak payah risau lah Kalau termakan pun Konsep Dosa ni hatta seseorang Jahil hatta tidak sedar terlupa akan kesalahan dia Ianya...
Jangan Risau Kalau Termakan Daging Haram

Jangan Risau Kalau Termakan Daging Haram

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 184 hits
Oleh OMAR ZIN ahmad dusuki abdul raniKUALA LUMPUR Umat Islam dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang jika tidak mengetahui bahawa daging yang dimakan adalah dari sumber yang haram di sisi agama Pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani be...
6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 394 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa semua agensi berkaitan agar lebih proaktif menangani isu berkaitan daging import haram PPIM dalam kenyataan pada Selasa berkata agensi seperti Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysi...
Dewan Negara Bahas Usul Isu Kartel Daging Haram

Dewan Negara Bahas Usul Isu Kartel Daging Haram

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Dewan Negara hari ini membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17 dengan pihak pencadang dibenar...
Laporan Polis Terhadap Isu Kartel Daging Haram Pemuda Umno

Laporan Polis Terhadap Isu Kartel Daging Haram Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 439 hits
1 Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan pendedahan media massa berkaitan kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status Halal 2 Pendedahan ini telah menimbulkan kere...
Hikmah Pas Jadi Kerajaan Kartel Daging Haram Dibanteras

Hikmah Pas Jadi Kerajaan Kartel Daging Haram Dibanteras

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 311 hits
Korang sedar atau tidak dah 40 tahun rakyat Malaysia makan daging yang tidak disembelih dengan ikut syarak Islam jadi hidangan rakyat Malaysia 40 tahun adalah tempoh yang panjang malah admin pun masih belum lahir ketika kartel ini wujud Mal...
Kartel Daging Haram Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna

Kartel Daging Haram Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Pihak berkuasa negeri Pahang diminta mengambil langkah bagi mengekang penularan perkara perkara tidak diingini dan boleh menjejaskan keharmonian berikutan isu kartel daging haram import ketika ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang And...
Jenama Daging Tidak Halal

Jenama Daging Tidak Halal

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 1895 hits
Samad Abd SamadDaging improt luar negara selama 40 tahun hasil daging haram yang telah diubah menggunakan jenama cop namun daging itu terdiri daripada babi kuda dan kangaro menyebabkan menyembelihan yang haram diperingkat antarabangsa
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya