Kartel Daging Haram Pihak Berkuasa Negeri Mesti Segera Tangani Kebimbangan Pengguna


 


KUANTAN - Pihak berkuasa negeri Pahang diminta mengambil langkah bagi mengekang penularan perkara-perkara tidak diingini dan boleh menjejaskan keharmonian berikutan isu kartel daging haram import ketika ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, isu ini sangat sensitif di mana kini semakin serius berdasarkan berita-berita yang dibongkarkan dan tersebar, sekali gus menuntut kesahihannya disahkan segera.
“Kerana daging halal ini merupakan penggunaan atau barangan harian di kedai-kedai makan yang menggunakan daging import sebegini menjadi hidangan kepada ramai pelanggan. Jadi kesahihan isu ini menuntut tindakan serius agensi terbabit.
“Juga perlu supaya segera umumkan syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti tidak menggunakan daging yang halal. Kerana jenama yang digunakan di pasaran sekarang ini terlalu banyak, dan juga dibimbangi menjejaskan pihak lain yang tidak bersalah.
“Ada pengilang tempatan yang beroperasi dengan baik pematuhan halal boleh terkena kesan negatif jika kartel terlibat tidak didedahkan ke pengetahuan awam segera,” ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja dan Kepenggunaan PAS Pusat.
Tambah beliau, penguatkuasaan untuk memantau dan melakukan pemeriksaan dan penyeliaan ke atas semua pemegang permit import daging-daging daripada luar untuk pasaran negeri Pahang juga perlu segera dijalankan.
“Kita khususkan kepada negeri Pahang ini sebab kita rasa bahawa ianya tidak dapat lari, Pahang tak dapat lari daripada terlibat dengan isu kartel daging halal ini. Jadi, kita mengharapkan ianya diberikan satu perhatian yang sangat serius, tindakan segera dan tegas diambil.
“Ini untuk melindungi umat Islam terutama sekali daripada terpedaya dengan isu halal dan haramnya daging yang mereka gunakan setiap hari. Dan melindungi juga sensitiviti daripada pengusaha-pengusaha tempatan yang tulen,” ujarnya.
Isu didedahkan media sejak sebulan lalu ini telah disusuli dengan beberapa lagi siri laporan pembongkaran dan reaksi dari banyak pihak, namun bercampur baur dengan berita tokok tambah dan palsu dimainkan terutama di media sosial.
Kian menggempar dan melaratkan kebimbangan awam apabila tular muat naik yang tidak sahih dan disensasikan bersama kisah-kisah rekaan atau ulangan cerita lama hingga meletuskan kesangsian besar terhadap jualan daging.
Bagaimanapun, kesan isu ini telah menampilkan agensi-agensi terlibat dalam rantaian perbekalan daging ini memberi jaminan dan kesediaan meningkatkan kawal selia yang ketat atas perkara berkaitan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/isu-kartel-daging-haram-pihak-berkuasa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dedah Segera Kartel Daging Haram Elak Rakyat Terus Beli Dpmmnj

Dedah Segera Kartel Daging Haram Elak Rakyat Terus Beli Dpmmnj

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 303 hits
Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor Muhammed Farhan Basheer KUALA LUMPUR Jenama daging yang terbabit dengan kartel penipuan label halal perlu didedahkan segera bagi mengelak umat Islam di Malaysia terus memb...
Isu Kartel Daging Haram Senator Pas Kemuka Usul Tergempar

Isu Kartel Daging Haram Senator Pas Kemuka Usul Tergempar

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 400 hits
Ahli Dewan Negara hari ini mengemukakan usul penangguhan mesyuarat untuk membincangkan isu berkaitan daging kartel haram yang menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia secara salah dan berniat menipu Usul yang dikemukakan Senator Asm...
Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR 13 Jamadilawal 1442H Isnin Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasatnya Menteri di Jabatan Perdana M...
6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 330 hits
SHAH ALAM 11 Jamadilawal 1442H Sabtu Satu jawatankuasa khas membabitkan beberapa badan bukan kerajaan perlu ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa menyiasat isu kartel daging yang diragui status halal dan kualitinya Pengerusi Persatuan Pen...
Dewan Negara Bahas Usul Isu Kartel Daging Haram

Dewan Negara Bahas Usul Isu Kartel Daging Haram

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Dewan Negara hari ini membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17 dengan pihak pencadang dibenar...
Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 225 hits
Dr Ibrahim Ali KUALA LUMPUR Isu kartel daging haram bukan perkara baharu dan ianya ibarat setitik air dalam lautan kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali Katanya sebelum ini sudah banyak pendedahan menge...
Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 305 hits
Berhenti beli produk jenama diragui mula sokong gerakan BMF BANGI Pihak berkuasa diminta mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya yang dijual di pasaran tempatan Saran...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula