6156 Ppim Mahu Semua Agensi Berkaitan Lebih Proaktif Tangani Daging Import Haram Sinar Harian 16 12 2020




SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua agensi berkaitan agar lebih proaktif menangani isu berkaitan daging import haram.
PPIM dalam kenyataan pada Selasa berkata, agensi seperti Jabatan Perkhidmatan dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar diminta lebih berhati-hati agar isu penyeludupan daging sejuk beku tidak halal ke Malaysia tidak berulang.
PPIM mendakwa, adalah amat mengejutkan apabila tiada satu pun agensi kerajaan yang dapat mengesan aktiviti berkenaan walaupun ia merupakan satu operasi yang besar.
"Sebanyak 1,500 tan daging yang ditemui itu bukanlah jumlah yang kecil. Lebih membimbangkan adalah sama ada daging-daging sedemikian sudah lama berada di pasaran dan menjadi santapan umat Islam di Malaysia.
"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan dengan perbuatan khianat ini.
"PPIM juga mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperketatkan lagi penggunaan logo halal Malaysia dan proses pengiktirafan, verifikasi serta semua yang berkaitan dengan soal-soal pengimportan daging tersebut," menurut kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, PPIM turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan apa sahaja bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dari segi logistik, pentadbiran dan pengurusan pengimportan daging berkenaan.
"Mereka mesti dibawa ke muka pengadilan. Carilah mereka sehingga ke lubang cacing sekali pun.
"Amatlah menyedihkan ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab halal terulung dunia dan sebagai penjana ekonomi negara yang utama, pengkhianat berkenaan masih bermaharajalela," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan hasil risikan Maqis yang membongkar kertel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina ke Malaysia. 
Sindiket berkenaan membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia. 

Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM MAHU SEMUA AGENSI BERKAITAN LEBIH PROAKTIF TANGANI DAGING IMPORT HARAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2020/12/6156-ppim-mahu-semua-agensi-berkaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

6148 Daging Import Haram Ppim Mahu Semua Agensi Lebih Proaktif Kenyataan Media Ppim 15 12 2020

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 439 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia merasa amat terkejut dengan penemuan daging yang telah dihalalkan di sebuah gudang di Johor Bahru baru baru ini 1 500mt daging yang ditemui itu bukanlah satu jumlah yang kecil dan apa yang lebih membimbangk...
6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

6129 Proses Dokumentasi Lemah Punca Penyeludupan Daging Haram Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM Kelompongan dalam sistem pemantauan dan pengurusan daging import oleh pihak berkuasa dikenal pasti antara punca berlakunya penyeludupan daging haram ke negara ini Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata ...
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 517 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 598 hits
LAPORAN KHAS JOHOR BAHRU Pihak berkuasa kini memantau 24 jam gudang kartel daging sejuk beku di Senai di sini bagi mengelakkan bahan bukti utama tersebut hilang atau dilarikan kumpulan sindiket berkenaan Pihak berkuasa tidak menolak kemungk...
6131 Klik Je Sedekah Online Anda Lebih Selamat Dan Mudah Tv Ppim 03 12 2020

6131 Klik Je Sedekah Online Anda Lebih Selamat Dan Mudah Tv Ppim 03 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 387 hits
Eh biar betul Nak sedekah pun boleh kena tipu Sekarang ni macam macam kes scammer minta sedekah Kita ni dah tulus niat nak derma sebab kesian dan nak tolong orang Tapi kalau nasib tak baik dan kita tak berhati hati itu yang orang ambil kese...
6152 Jakim Perlu Perketat Penggunaan Logo Halal Malaysia Ppim Berita Harian 15 12 2020

6152 Jakim Perlu Perketat Penggunaan Logo Halal Malaysia Ppim Berita Harian 15 12 2020

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 601 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memperketatkan penggunaan logo Halal Malaysia PPIM dalam satu kenyataan berkata langkah tegas itu termasuk dalam segala proses pengiktirafan pengesahan ...
777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Sepanjang Tahun 2020

777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 476 hits
Orang kata nak berjaya kena ada mentor yang berilmu pasukan yang mahu sama sama berjaya dan usaha yang tak kenal lelah Bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan juga mustahil apa bila sekali lagi Richworks berjaya melahirkan 777 usahawan dengan...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord

Sal Priadi Nyala Chord

Doa Malam 15 Okt 2025