Teringin Nak Makan Kuih Nekbat Beli Online Jer Senang


BESUT – Berbekalkan keazaman untuk terus memelihara kuih warisan tradisional Pantai Timur, ‘nekbat’ daripada hilang ditelan zaman, seorang wanita gigih menghasilkan kuih tersebut dan menjualnya sepanjang Ramadan ini.
Malah beliau turut mempromosikan kuih nekbatnya di laman Facebook juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara tunai dan secara pos.
“Perkhidmatan pos nekbat disediakan terutama kepada anak jati Terengganu dan Kelantan yang tinggal di luar kerana saya tahu mereka mesti rindu akan kuih ini. Bagi menjaga kualiti, kuih tersebut akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diposkan,” katanya.
Katanya nekbat hanya mampu bertahan selama tiga hingga empat hari hari sahaja jika terdedah pada suhu bilik, tetapi ia mampu bertahan sehingga setahun jika disimpan secara sejuk beku.
Bermula dengan modal RM300 untuk mempelajari cara membuat nekbat dengan lebih mendalam, kini Fadhilah Abd Ghani, 36, boleh tersenyum bangga apabila air tangannya itu dipasarkan di pelbagai lokasi termasuk pasar borong dan bazar Ramadan di seluruh daerah Besut.
“Saya tidak mahu nekbat hilang ditelan zaman. Sekiranya tiada pelapis seperti saya yang menghasilkannya mungkin pada masa akan datang generasi baru tidak lagi mengenali kuih tradisi ini,” katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan nekbat miliknya di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini.

Katanya sepanjang Ramadan ini dia menerima tempahan kira-kira 5,000 hingga 6,000 biji nekbat sehari dengan harga jualan RM0.20 sebiji.
“Ramai yang bertanya kenapa saya jual dengan harga murah kerana di kebanyakan tempat kuih tersebut dijual RM1 untuk tiga biji. Tetapi itulah cara saya untuk menggalakkan orang membeli kuih ini,” katanya.
Fadhilah berkata permintaan tinggi yang diterima adalah kerana ia adalah kuih ‘eksklusif’ yang hanya boleh ditemui pada bulan puasa sahaja.
Ibu kepada dua anak yang mula berniaga nekbat sejak Ramadan tahun lepas menjalankan perniagaan tersebut dengan dibantu adiknya Mohd Saifulbahri Abd Ghani, 27.
Selain dimakan ketika berbuka puasa, kuih nekbat juga merupakan juadah yang popular dihidangkan di masjid-masjid dan surau-surau selepas solat tarawih. Tambahnya, walaupun cara pembuatannya agak ringkas tetapi ia memerlukan kemahiran tersendiri untuk menghasilkan nekbat yang sedap dan menepati cita rasa para pelanggan.
“Adunan tepung yang telah dipukul sehingga kembang menggunakan mesin akan dibakar selama 15 hingga 20 minit sehingga ia gebu seperti bahulu.
“Ketika hendak dijual kepada pelanggan barulah ia disira bersama air gula yang telah dimasak bersama daun pandan. Kuih nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama kerana ia akan lembik dan hancur,” katanya. – Bernama


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/teringin-nak-makan-kuih-nekbat-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Tradisional Terengganu Nekbat Dijual Secara Online

Kuih Tradisional Terengganu Nekbat Dijual Secara Online

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1291 hits
Kuih Tradisional Terengganu Nekbat Dijual Secara Online BESUT Berbekalkan keazaman untuk terus memelihara kuih warisan tradisional Pantai Timur nekbat daripada hilang ditelan zaman seorang wanita gigih menghasilkan kuih tersebut dan menjual...
Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

Suruh Jer Amalina Balik Malaysia Buat Apa Nak Susahkan Keluarga Ainul Netizen Bidas Tweet Lelaki Pintar Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1375 hits
Suruh jer Amalina balik Malaysia buat apa nak susahkan keluarga Ainul Netizen bidas tweet lelaki pintar iniBaru baru ini Dr Amalina Bakri dan pakar perubatan di London telah menyatakan persetujuan untuk membantu Ainul Mardhiah yang menghida...
Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 380 hits
Pelakon Syatilla Melvin bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu Sarima Samheizy tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses b...
Nak Beli Kamera Atau Gopro

Nak Beli Kamera Atau Gopro

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 398 hits
Nak beli kamera atau gopro Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih diberikan kesihatan yang baik di dalam bulan puasa bulan ramadan 2019 ini syukur alhamdulilah Baik aku dalam beberapa minggu kebelakangan ini masih dalam perh...
Kecik Je Awak Ni Senang Nak Lambung Belum Masuk Kerja Gadis Ini Dapat Mesej Pelik Daripada Bakal Colleague

Kecik Je Awak Ni Senang Nak Lambung Belum Masuk Kerja Gadis Ini Dapat Mesej Pelik Daripada Bakal Colleague

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 884 hits
Tak kisah lah fresh grad ke orang dah ada pengalaman ke kalau dah dapat kerja baru pastinya akan berkobar kobar nak pindah kan Tapi malangnya bukan pada masa masa yang menggembirakan berubah menjadi mendebarkan apabila dia menerima mesej ya...
Nak Diet Tapi Nak Makan Nasi

Nak Diet Tapi Nak Makan Nasi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1126 hits
Nak Diet Tapi Nak Makan NasiAssalamualaikum Pernah dengar tak kata kata kecaman dari orang sekeliling bila kau kata nak diet lepas tu kena sound sebab makan nasi Ha kalau ada elok korang suruh dia mengucap dan cuba baca entri aku pasal diet...
Aplikator Keluhkan Tarif Ojek Online Anyar Kemenhub Bilang Masyarakat Malah Senang

Aplikator Keluhkan Tarif Ojek Online Anyar Kemenhub Bilang Masyarakat Malah Senang

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 207 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Darat Kemenhub Budi Setiyadi angkat bicara terkait keluhan aplikator ojek online Sebab permintaan layanan menurun pasca kenaikan tarif ojol Sementara dari sisi pengemudi rata rata menyatakan puas dengan tarif b...
Miskin Sangat Ke Ko Sampai Takde Rm350 Jurujual Hina Lelaki Ini Bila Dia Tak Mampu Nak Beli Ubat Sembuh Luka

Miskin Sangat Ke Ko Sampai Takde Rm350 Jurujual Hina Lelaki Ini Bila Dia Tak Mampu Nak Beli Ubat Sembuh Luka

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 923 hits
The ReporterJurujual sepatutnya faham apabila pelanggan berkata tidak maka berhentilah dari terus mencuba menawarkan produk yang hendak ditawarkan kepadanya dan angkat kaki terus berjalan mencari pelanggan lain Tetapi jurujual wanita ini pu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025