Teringin Anak Kembar Zulin Aziz Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan
Teringin anak kembar, Zulin Aziz minta doakan impian dikurniakan zuriat jadi kenyataan. Anak adalah penyeri rumah tangga. Bagi Zulin Aziz, sudah lama pelakon ini menanam impian untuk memiliki zuriat namun masih belum diberi kesempatan bergelar seorang ibu.
Teringin Anak Kembar
Ketika hari raya pertama, Zulin pernah membuat satu hantaran dilaman Instagramnya, dengan kapsyen, “Tahun depan kita raya berempat ya? Nak kembar. Tolong doakan kami please.”
View this post on Instagram
A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)
Rentetan daripada perkongsian itu yang berjaya menarik perhatian warga maya, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, memetik Sinarplus menganggap sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.
“Saya teringin sebab rasa macam ‘cute’ pula ada anak kembar.
Zulin Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan
“Dalam keluarga saya memang ada (anak kembar), sebab itu saya teringin sangat,” katanya.
Pada masa sama, beliau mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berusaha semoga impian mereka untuk dikurniakan cahaya mata tercapai. justeru, Zulin berharap orang ramai turut mendoakan impiannya itu tercapai.
Malah, dirinya juga tidak melatah setiap kali disoal tentang zuriat kerana baginya soalan yang diajukan hanya sebagai permulaan sebelum perbualan dan mungkin hanya topik itu sesuai untuk diajukan ketika itu.
“Kalau kita dah kata soalan sama, jadi kita dah terbiasa. Jadi tak perlu nak sakit hati.
“Dulu tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, bila nak ada anak. Jadi soalan itu kita anggap sebagai pembuka bicara lah dia nak berborak dengan kita je.
“Selalu kita nak borak dengan orang, pertama sekali terfikir yang obvious pasal dia.
“Macam Zulin dah kahwin, mungkin pasal berat badan atau anak. jadi jangan ambil hati dia nak buat topik borak je” jelasnya.
Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.
Sumber: Instagram Zulin Aziz dan Sinarplus
Baca artikel lain juga: Saya Baru Lepas Gugur Zulin Aziz Alami Keguguran, Terguris Hati Di Tanya Soal Hamil!
Yang Penting Yakin Ramai Geram Tengok Gelagat Anak Kembar Dr Halina Ajar Adik Baca Flash Card, Cute Betul!
Anak Kembar Di Tinggalkan Dalam Kereta Berkunci, Mak Ayah Pergi Beraya, Wargamaya Panas Hati!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Teringin Anak Kembar, Zulin Aziz Minta Doakan Impian Dikurniakan Zuriat Jadi Kenyataan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/teringin-anak-kembar-zulin-aziz-minta-doakan-impian-dikurniakan-zuriat-jadi-kenyataan/