Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor | Throwback balik trip travel cik en ke Johor Melaka bulan April lepas. Tiba tiba cik en Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor. Dalam tekak ini tengah cuba merasa balik kesedapan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari tu. Nasinya yang cukup sempurna dan kelembutan kambing dia. Haishhh. Bila lagi nak repeat ke Johor pun entah la. Dari Perak ke Johor pun makan masa setengah hari. Kalau la ada cawangan lain yang lebih dekat memang nak pi juga hujung minggu ini. | Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Anyway cik en tak berharap tinggi untuk makan di Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini sebab selesai sahaja urusan di Kluang dah lewat. So cik en anggap kalau kedai Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini dah tutup atau nasi dah habis, cik en dah redha. Hahahha. Masa ini tak pekena lagiNasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari so macam tak kisah la kalau tak dapat merasa. Kalau sekarang memang mau menangis depan restoran kalau dah gi jauh jauh tapi tak dapat makan. Tapi orang kata dah nama rezeki so memang time sampai, masih ada semua cuma orang dah mula kurang mungkin juga bukan waktu cuti.
Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Cik en memilih Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari dan kawan cik en Nasi Arab Ayam. Untuk Kambing of course la masak kari yang pekat likat dan sedappppp. Untuk Ayam pula macam ayam stim dan ada kuah kari asing. Ada diletak sayur campuran kobis, tomato dan timun. Orang kata, kalau dah makan kambing kena la order air limau. Potong balik orang sebut. So kami berdua order limau suam. Selesai makan kami terus ke Melaka dan terus check in di The Imperal Heritage Hotel Melaka
Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Anyway, cik en suka nasi Arab sebab rasa dia memang buat cik en teringat ingat so tak mustahil la sekarang ini(saat entri ini ditaip) cik en tengah craving giler nak makan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini. Jadi cik en nak akhiri entri cik en ini dengan share detail Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari sebelum cik en akan bawa ke mimpi jap lagi.
Restoran Kari Kambing 40 HariAir Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor019-627 2243Waktu Operasi : Setiap Hari Jam 7.30 pagi hingga 3.30 PetangFacebook : Restoran Kari Kambing 40 Hari
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2019/07/Restoran-Kari-Kambing-40-Hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29