Kari Kambing Nak Lempeng
Assalamualaikum...
GARA-GARA ternampak Lempeng Pekak Kambing Semalam yang lalu di wall fb Sk beberapa hari lepas, terus tekak ni teringin sangat nak makan Kari Kambing, hahaha. Ceritanya, Khamis lepas.. pejabat Pak Inche buat sambutan hari raya yang terlajak. Jadi, adalah makanan berlebihan tu, kawan Pak Inche tolonglah bungkuskan untuk kawan-kawan. Lepas tu, Pak Inche dah letak tepilah yang dia punya, ada Nasi Tomato, Kari Ikan dan Ayam Masak Merah sebungkus tiap satu. Tup-tup masa nak balik tu, bungkusan Pak Inche tak ada, telah tertukar dengan kawan dia yang lain. Kelam kabut balik pakai sauk ajelah agaknya. Yang tu ada dua bungkus Nasi Tomato dan tiga bungkus Ayam Masak Merah, hahahahah. Kelako… Nangis kawan tu sampai rumah tengok nasi ada sebungkus, ayam merah sebungkus, dahlah anak ramai, adeh. Nak ngantokan jauh pulak, anggaplah rezeki masing-masing
Jadi, sebab nasi tomato tu ada lagi sebungkus, teringin pulak nak makan dengan kari kambing. Tapi sebenarnya yang paling teringin nak makan dengan lempeng pekak, hahaha. Jadi, kita buat karinya dulu, nanti besok-besok boleh layan dengan lempeng pekak.. gituuuu. Oh, ya.. daging kambing ni Sk beli yang kiub frozen dari pasaraya NSK. Sekarang suka beli simpan buat stok dan ni sebenarnya dah beli dari sebelum puasa, hahaha.
Resepi Kari Kambing Sk
1 bawang besar (potong baji)1" halia (hiris)1 batang serai (ketuk)
Rempah Tumis1 kulit kayu manis1 bunga lawang2 biji pelage5 bunga cengkih
Bahan Kisar3 sb cili kering dikisar 6 ulas bawang merah dikisar3 ulas bawang putih diketuk2 tangkai daun kari2 sb rempah kari daging campur dengan sedikit air jadikan pesminyak untuk menumisAir secukupnya15 kiub daging kambing2 biji kentang potong 41 asam keping1/2 sb garam1/2 senduk susu cairTomato (Sk tak ada stok)
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, halia, serai, tumis hingga bawang layu.2. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga terbit minyak.3. Masukkan daun kari dan rempah tumis, tumis lagi dan masukkan pes kari.4. Tumis lagi hingga terbit minyak. Tambah air sedikit-sedikit sambil dikacau, biar sekejap hingga terbit minyak, ulang beberapa kali hingga rempah cantik di kuali.5. Selepas itu bolehlah masukkan kentang dan kambing, tambah air secukupnya dan masak sehingga kambing empuk.6. Masukkan asam keping dan garam.7. Masukkan susu cair, kacau rata dan mendidih, tutup api.
Nota : Jika menggunakan periuk noxxa, untuk langkah ke 5, tekan HP 15 kali dan letakkan tombol di Pressure. Bila sudah selesai, off kan HP lepaskan wap. Buka tutup periuk dan onkan fungsi stir fry. Boleh teruskan langkah 6 dan 7
Jangan letak terlalu banyak air jika anda menggunakan periuk noxxa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/07/kari-kambing-nak-lempeng.html