Harapan Dr M Hajat Hari Jadi Saya Sangat Mudah Supaya Saya Dapat Menyelesaikan Tugas Memulihkan Kembali Malaysia


 Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyambut ulang tahun ke-94 hari ini mengucapkan terima kasih atas semua ucapan selamat hari jadi yang terimanya.
Katanya, hasrat beliau sempena hari jadinya adalah untuk menyelesaikan tugas memulihkan kembali Malaysia.

Loading… “Hajat hari jadi saya sangat mudah, supaya saya dapat menyelesaikan tugas memulihkan kembali Malaysia. Menjadi satu penghormatan untuk saya terus berkhidmat di negara ini,” katanya dalam laman sosial Instagram chedetofficial, hari ini, lapor Berita Harian.
Sejak malam tadi, Dr Mahathir menerima ucapan selamat ulang tahun kelahiran daripada pelbagai pihak yang dimulakan barisan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, Dewan Rakyat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-94 kepada Perdana Menteri dengan ucapan disampaikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
“Kita sama-sama mendoakan Tun dipanjangkan usia, sihat tubuh badan dan terus dilimpahi akal fikiran yang bijak serta diberi petunjuk dan hidayah untuk memimpin negara ke tahap yang makmur, aman dan sejahtera.
“Sesungguhnya, semangat gigih Tun pada usia ini akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua dalam usaha masing-masing memartabatkan negara ini. Terima kasih Tun,” katanya.
Dr Mahathir yang hadir pada sesi Dewan Rakyat hari ini, kemudian mengucapkan terima kasih atas ucapan berkenaan.
Malam tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara yang terawal membuat ucapan selamat melalui klip video dimuat naik di laman Facebook PH malam tadi, antara lain mendoakan kesihatan dan diberikan kesempatan terus berkhidmat kepada negara.
“Sempena sambutan hari ulang tahun Tun Dr Mahathir ke-94, kami mendoakan ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan diberikan kesihatan dan diberikan kesempatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara,” katanya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendoakan semoga Dr Mahathir sihat dan boleh menerajui negara.
“Saya nak ucapkan selamat hari jadi, happy birthday to you sir. Mudah-mudahan masih sihat, masih boleh menerajui negara. Maka saya ambil kesempatan ini mendoakan agar Tun (Dr Mahathir) terus berada dalam keadaan sihat, cerdas, cergas dalam memimpin negara.
“Mudah-mudahan segala apa yang rakyat Malaysia harapkan ke hadapan, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, makmur dan sejahtera akan terus dapat dilaksanakan di bawah kepimpinan YAB Tun,” katanya.
Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyampaikan ucapan: ‘Tun, selamat menyambut hari jadi ke-94, semoga Tun boleh terus sihat dan juga harap Tuhan akan lanjutkan usia lagi.’
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata: ‘Tun, usia Tun akan mencapai 94 tahun hari ini, saya mengucapkan selamat hari jadi, semoga Allah memelihara kesihatan Tun, terus sihat dan terus mencurahkan bakti kepada negara dan membimbing kami dalam pemerintahan supaya dapat kita berkhidmat yang sebaik mungkin kepada rakyat jelata. Selamat hari jadi!.’
Turut menyampaikan ucapan melalui rakaman itu beberapa menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen daripada PH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/harapan-dr-m-hajat-hari-jadi-saya-sangat-mudah-supaya-saya-dapat-menyelesaikan-tugas-memulihkan-kembali-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gulai Ayam Utara Mudah Dan Sedap Sangat

Gulai Ayam Utara Mudah Dan Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1893 hits
Assalamualaikum wbt Hai korang Semalam teringin nak makan nasi dengan gulai ayam Gulai yer bukan kari So mommy cubalah buat macam resepi arwah mak Nasib baik menjadi Hikhiks Kalau korang nak tahu kari lebih berempah dan rasa agak pedas tapi...
5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

5056 Kdn Perlu Beri Syarat Supaya Majikan Ambil Bekas Banduan Malaysia Gazette 05 07 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Lebih baik bekas banduan daripada pekerja asing Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mahu Kementerian Dalam Negeri supaya mensyaratkan kepada para majikan di negara ini mengambil bekas banduan untuk bekerja Ketua A...
30 Julai 2019 Diisytihar Hari Kelepasan Am Tambahan Malaysia

30 Julai 2019 Diisytihar Hari Kelepasan Am Tambahan Malaysia

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 989 hits
HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN BAGI SELURUH NEGARA PADA SELASA 30 JULAI 2019 SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG XVI 30 Julai 2019 Diisytihar Hari Kelepasan Am Tambahan Malaysia kita cuti u olss Alhamdulillah D...
Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 638 hits
Musim durian tengah banyak ni bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni nampak mudah Jom cuba KEK K...
Resipi Kek Span Pandan Homemade Yang Sangat Gebu Mudah

Resipi Kek Span Pandan Homemade Yang Sangat Gebu Mudah

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 922 hits
Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya Jika anda terasa nak makan kek jom cuba buat Kek Span Pandan Ia menggunakan bahan bahan yang ringkas dan mudah disediakan Malah teksturnya yang lembut dan g...
5039 Suasana Kemeriahan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Gazette Malaysia Gazette 01 07 2019

5039 Suasana Kemeriahan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Gazette Malaysia Gazette 01 07 2019

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 519 hits
Ratusan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gazette di D Saji Titiwangsa Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 01 JULAI 2019 Ahli Dewan undangan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar bersalaman dengan sebahagian pekerja kakitangan ...
Hari Ini Ridho Rhoma Kembali Dijebloskan Ke Penjara

Hari Ini Ridho Rhoma Kembali Dijebloskan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 183 hits
Setelah putusan kasasi dibacakan Jaksa Penuntut Umum maka Ridho akan langsung dibawa ke Rumah Tahan Salemba
Ainul Mardhiah Pulang Ke Malaysia Hari Ini

Ainul Mardhiah Pulang Ke Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 352 hits
Bayi 10 bulan yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di London United Kingdom Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akan pulang ke tanah air bersama kedua dua ibu bapanya esok atau lusa Hal itu dimaklumkan ibunya Nurul Erwani Za...
Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 330 hits
Sedekad atau lebih untuk Malaysia kembali jadi Harimau Asia kata Dr Mahathir nbsp Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitk
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home