Terima Pingat Jasa Baik Rita Rudaini Anggap Rezeki Anak


Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.

Anugerah tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada sumbangannya dalam dunia seni tanah air selama hampir 28 tahun, termasuk usaha murni beliau dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan kisah ketabahan seorang wanita yang membesarkan dua anak lelaki sendirian, tanpa pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk mengundur diri dari terus berkarya dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan ini. Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” tulisnya penuh rasa rendah diri menerusi perkongsian di Instagram.
Rita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang terbabit dalam pencalonan dan pengiktirafan itu.
“Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan. Dari dulu sampai sekarang,” katanya lagi.
Lebih menyentuh hati, Rita menyifatkan pengiktirafan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi buat seluruh warga seni yang terus berjuang dalam industri kreatif tanah air, serta sebagai satu penghormatan kepada negeri kelahirannya, Perlis Indera Kayangan.

“Alhamdulillah… 28 tahun saya dalam industri seni kreatif sedikit sebanyak dapat mengharumkan negeri kelahiran saya, Perlis Indera Kayangan… dan diiktiraf oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” kongsinya.
Rita turut menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri Raja Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid atas jemputan istimewa yang diberikan kepadanya dan rakan selebriti, Dr Ezani, untuk menjayakan persembahan khas ketika waktu santapan majlis berkenaan.
“Terima kasih Tuanku Permaisuri Raja Perlis Tuanku Tengku Fauziah yang menjemput Patik dan Dr Ezani berlakon di waktu santapan… Menjunjung kasih Tuanku untuk Pingat Jasa Baik (PJB) Perlis,” tambah Rita.
Dalam dunia seni yang sering kali menuntut kekuatan mental dan fizikal, perjalanan Rita sebagai seorang pelakon, ibu tunggal dan wanita berdikari bukanlah sesuatu yang mudah. Namun hari ini, segala usaha, air mata dan pengorbanan itu akhirnya diberi tempat yang selayaknya.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebutan pingat ia adalah simbol ketabahan seorang wanita bernama Rita Rudaini.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sumber: ritrud727
 
 
The post Terima Pingat Jasa Baik, Rita Rudaini Anggap Rezeki Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terima-pingat-jasa-baik-rita-rudaini-anggap-rezeki-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiah Untuk Anak Rita Rudaini Terima Pingat Negeri Perlis

Hadiah Untuk Anak Rita Rudaini Terima Pingat Negeri Perlis

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 149 hits
Alhamdulillah satu lagi momen manis buat pelakon cantik kesayangan ramai Rita Rudaini apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik sempena ulang tahun keputeraan ke 82 Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail baru baru ini...
Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 153 hits
Aktres jelita Fasha Sandha melakar kenangan manis apabila dikurniakan Pingat Jasa Baik sempena Ulang Tahun Keputeraan ke 82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam maj...
Dikritik Gara Gara Tak Bertudung Rita Rudaini Sekolahkan Netizen Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat

Dikritik Gara Gara Tak Bertudung Rita Rudaini Sekolahkan Netizen Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 175 hits
Pelakon Rita Rudaini tampil menyelar sikap segelintir pihak yang suka menghakimi kehidupan orang lain dan berterusan mengkritik penampilannya yang tidak berhijab dan menutup aurat sepenuhnya Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram S...
Usah Risau Rezeki Anak Dijamin Allah Swt

Usah Risau Rezeki Anak Dijamin Allah Swt

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 209 hits
Usah Risau Rezeki Anak Dijamin Allah SWTAllah SWT telah menetapkan setiap rezeki buat anak anak kita sebagaimana firman Nya dalam al Quran Yakinlah Allah SWT Maha Pemurah dan sentiasa mencukupkan keperluan kita sekeluarga
Hiburan Kieda Crepe Mohon Maaf Akan Berusaha Jadi Lebih Baik Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina

Hiburan Kieda Crepe Mohon Maaf Akan Berusaha Jadi Lebih Baik Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 197 hits
Sebelum ini usahawan dan pempengaruh terkenal menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik videonya yang mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes Pekerja Kieda Crepe menjelaskan bahawa Kieda sudah tidak terlibat dalam produksi makanan di...
Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 165 hits
Saat ramai mengangkat Fasha Sandha sebagai ratu drama siapa sangka di sebalik ketabahan dan komitmennya dalam dunia seni beliau turut dihargai dalam arena yang lebih besar Terbaru sempena ulang tahun ke 82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin...
Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 105 hits
Rita Rudaini Bidas Komen Netizen Pelakon terkenal tanah air Rita Rudaini Mokhtar baru baru ini menerima Pingat Jasa Baik sempena ulang tahun keputeraan ke 82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Satu Pengiktirafan Buat Rita Rudain...
Pakcik Cakap Kena Kiss Dia Kenapa Ibu Bapa Tak Boleh Lagi Anggap Semua Dewasa Itu Selamat Buat Anak Kita

Pakcik Cakap Kena Kiss Dia Kenapa Ibu Bapa Tak Boleh Lagi Anggap Semua Dewasa Itu Selamat Buat Anak Kita

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 148 hits
Baru baru ini satu kes yang sangat menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa telah tular Seorang ibu meluahkan kekecewaannya apabila kes gangguan seksual terhadap anaknya diklasifikasikan sebagai NFA Lebih menyedihkan pelaku...
Kalau Tahu Down Syndrome Baik Tak Ada Anak Wanita Ini Takkan Lupa Kata Kata Jahat Bekas Suami

Kalau Tahu Down Syndrome Baik Tak Ada Anak Wanita Ini Takkan Lupa Kata Kata Jahat Bekas Suami

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 102 hits
Kisah wanita ini sememangnya meruntun hati Seorang ibu diuji dengan kelahiran anak istimewa namun pada masa yang sama terpaksa menelan kata kata paling menyakitkan daripada suaminya Bagi Aisyah Ellyy ibu dari Indonesia ini pengalaman melahi...
Warga Emas Maut Dipercayai Dipukul Anak Guna Kerusi

Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Cuktech Rai Kemerdekaan Dengan Peranti Untuk Kemudahan Setiap Hari

Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As

Bung Mokhtar Grs Ph Buat Pakatan Umno Sabah Sedia Gerak Solo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl Metropolis Park

Aidex And Cybercon 2025 Redefining Ai Digital Intelligence And Cyber Resilience

Fila Love All Drops With Southeast Asia S Creative Heat

Witness In Guan Eng Case Robbed Incident Unrelated To Trial Police Say

Pharmaniaga Completes Regularisation Plan To Exit Pn17 Early 2026

13mp Education That Upholds Human Dignity