Hadiah Untuk Anak Rita Rudaini Terima Pingat Negeri Perlis


Alhamdulillah, satu lagi momen manis buat pelakon cantik kesayangan ramai, Rita Rudaini, apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.
Majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, Perlis itu menjadi saksi Rita diiktiraf atas sumbangan beliau dalam dunia seni dan kerja-kerja kebajikan yang selama ini beliau lakukan dengan penuh keikhlasan.

Mak ayah, siapa yang ikut perjalanan hidup Rita, pasti tahu betapa kuatnya beliau sebagai seorang wanita dan ibu. Lebih 20 tahun dalam bidang seni, Rita kekal istiqamah, menjaga nama baik diri dan anak-anak, serta konsisten memperjuangkan kualiti lakonan.
“Saya anggap ini rezeki untuk anak-anak saya, Rayyan dan Arjuna, serta semua yang sentiasa sokong saya sejak dulu,” kongsi Rita dengan penuh rasa syukur.
Semangat Seorang Ibu, Kuat Demi Anak Kita sendiri tahu, bukan mudah jadi ibu tunggal yang membesarkan anak-anak lelaki yang sedang membesar. Tapi Rita buktikan, bila hati kita kuat dan niat kita ikhlas, Allah sentiasa bantu dan buka jalan.
Beliau anggap anugerah ini sebagai hadiah besar buat kedua-dua anak kesayangan, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang menjadi sumber kekuatannya setiap hari.
“Setiap usaha ikhlas dan jujur pasti Allah balas, cepat atau lambat. Anugerah ini bukti keikhlasan itu dihargai,” katanya lagi.

Pesan Buat Anak Seni & Semua Ibu Ayah Rita turut berkongsi, kejayaan ini bukan sekadar untuk dirinya seorang, tapi jadi tanggungjawab besar untuk terus menjaga maruah sebagai anak seni dan jadi contoh yang baik.
“Saya harap ini jadi motivasi untuk kawan-kawan artis lain supaya terus berkarya dengan penuh dedikasi, jaga maruah diri dan profesyen kita,” katanya yang sentiasa menjaga imej bersih dalam kerjaya seninya.

Bukan itu saja, Rita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Perlis, semua penerbit, pengarah, rakan media dan paling penting, para peminat yang setia menyokong dirinya selama ini.
“Tanpa sokongan semua, saya takkan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini semua rezeki Allah, hasil doa ramai orang,” katanya penuh rendah hati.
Majalah Pa&Ma ucapkan tahniah buat Rita Rudaini! Semoga terus kuat, terus jadi ibu hebat dan contoh terbaik untuk anak-anak dan masyarakat.
 
The post “Hadiah Untuk Anak…” Rita Rudaini Terima Pingat Negeri Perlis appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hadiah-untuk-anak-rita-rudaini-terima-pingat-negeri-perlis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Pingat Jasa Baik Rita Rudaini Anggap Rezeki Anak

Terima Pingat Jasa Baik Rita Rudaini Anggap Rezeki Anak

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 480 hits
Bukan sekadar pelakon tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar 49 akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik sempena ulang tahun keputeraan...
Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 282 hits
Saat ramai mengangkat Fasha Sandha sebagai ratu drama siapa sangka di sebalik ketabahan dan komitmennya dalam dunia seni beliau turut dihargai dalam arena yang lebih besar Terbaru sempena ulang tahun ke 82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin...
Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 418 hits
KUANTAN Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul Uloom Al Islamiah Sungai Salan Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima Anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah 2...
Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 331 hits
BANGI Kerajaan negeri Pahang telah menyalurkan bantuan berjumlah RM26 juta kepada anak anak Pahang yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2022 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata j...
Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

Tahniah Fasha Sandha Terima Anugerah Pingat Jasa Baik Penyuntik Semangat Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 289 hits
Aktres jelita Fasha Sandha melakar kenangan manis apabila dikurniakan Pingat Jasa Baik sempena Ulang Tahun Keputeraan ke 82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam maj...
Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 426 hits
Seorang wanita menangis di hadapan anggota polis selepas video dirinya menghantar ibu kandung ke pusat jagaan warga emas tular dan mengundang kecaman ramai Wanita itu tampil menyesal dan akhirnya menjemput semula ibunya pulang Sorotan utama...
Dikritik Gara Gara Tak Bertudung Rita Rudaini Sekolahkan Netizen Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat

Dikritik Gara Gara Tak Bertudung Rita Rudaini Sekolahkan Netizen Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 313 hits
Pelakon Rita Rudaini tampil menyelar sikap segelintir pihak yang suka menghakimi kehidupan orang lain dan berterusan mengkritik penampilannya yang tidak berhijab dan menutup aurat sepenuhnya Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram S...
Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 167 hits
Rita Rudaini Bidas Komen Netizen Pelakon terkenal tanah air Rita Rudaini Mokhtar baru baru ini menerima Pingat Jasa Baik sempena ulang tahun keputeraan ke 82 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Satu Pengiktirafan Buat Rita Rudain...
Besarkan Tiga Anak Istimewa Ini Hadiah Terindah Ibu Pelajar Autistik Raih Stpm 4 0

Besarkan Tiga Anak Istimewa Ini Hadiah Terindah Ibu Pelajar Autistik Raih Stpm 4 0

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 324 hits
Saya Besarkan Tiga Anak Istimewa Ini Hadiah Terindah ibu pelajar autistik Setiap anak adalah anugerah setiap kejayaan mereka adalah hadiah paling berharga buat seorang ibu Itulah yang dirasai oleh Puan Norlaila Ismail 54 apabila anak istime...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As