Terima Kasih Mca Segera Tinggalkan Bn Tok Mat


SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa MCA supaya segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan bukannya membuat resolusi untuk membubarkan BN.
Tegasnya, MCA tidak seharusnya mengheret parti komponen lain ke dalam polemik dalamannya dan keputusan perwakilannya untuk membubarkan BN menunjukkan ia tidak mahu dilihat meninggalkan BN sendirian dan dipersalahkan jika keputusan itu dianggap langkah ke belakang dalam sistem demokrasi negara.
“Sebagai parti yang berprinsip, MCA harus lebih tegas. Keluar sahaja dari BN seperti parti-parti lain yang telah meninggalkan BN tanpa syarat. Keputusan sebegini akan memudahkan UMNO dan parti komponen untuk membangunkan semula BN. Tindakan MCA tidak memudahkan BN untuk ‘move on’. Ia telah menunda proses rejuvenasi BN.
“Saya sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang membebankan ketika kita berada dalam kedudukan paling susut dalam perjalanan politik kita dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan.
“Dalam politik, yang dituntut ialah perjuangan yang bermaruah dan budaya politik yang benar dan baik. Jika kemenangan sahaja ukuran untuk perjuangan politik, maka itu adalah ‘perdagangan’ dan bukan perjuangan.
BN bukan bahan dagang. Dalam baik dan lemahnya, BN adalah perjuangan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohamad berkata, parti komponen lain iaitu UMNO, MIC, MyPPP dan PBRS telah menegaskan bahawa BN akan terus menjadi platform yang dipertahan dan diperjuangkan serta percaya bahawa sistem dua parti dalam arena politik Malaysia mesti diperkuatkan.
Ujar beliau, cadangan MCA untuk menubuhkan gabungan baharu juga tidak akan banyak bezanya dengan BN lebih-lebih lagi jika ia hanya dianggotai parti-parti bukan dari Pakatan Harapan.
Beliau berkata, mewujudkan semula satu gabungan parti baharu hanyalah perubahan kosmetik dan BN memerlukan lebih daripada penjenamaan nama dan logo.
“Rakyat Malaysia akan terus ingat segala kebaikan dan kekurangan, mahupun kesalahan BN dan mereka juga tahu bahawa jalan sebaiknya adalah BN menghadapi semua kelemahannya dan membaikinya dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya.
Beliau mengingatkan MCA bahawa BN adalah instrumen politik paling berjaya dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara perdagangan, perindustrian dan membangun paling berjaya dalam tempoh 60 tahun.
The post Terima Kasih MCA, Segera Tinggalkan BN – Tok Mat appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/terima-kasih-mca-segera-tinggalkan-bn-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mudah Tumbangkan Tok Mat Kata Penganalisis

Tak Mudah Tumbangkan Tok Mat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 447 hits
PKR perlu meletakkan calon yang setanding atau lebih dikenali untuk bertanding di kerusi DUN Rantau sekiranya pilihan raya semula di kawasan itu diadakan Menurut penganalisis politik ini kerana populariti penyandangnya Mohamad Hasan atau le...
Terima Kasih Semua Nieyl Dah Sihat

Terima Kasih Semua Nieyl Dah Sihat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Nieyl nak ucapkan terima kasih kepada korang yang mendoakan kesihatan nieyl Tak kurang juga ada yang DM PM Whatsapp personal Terima kasih tau Alhamdulillah Selepas dua kali jumpa doktor yang berlainan Semala...
Bn Belum Terima Permohonan Rasmi Mca Keluar Parti Rileksmedia

Bn Belum Terima Permohonan Rasmi Mca Keluar Parti Rileksmedia

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional tidak ada menerima sebarang permohonan rasmi daripada MCA untuk keluar daripada gabungan itu kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau bagaimanapun berkata apa jua keputusan yang akan diambil pa...
Rantau Dr Streram Tak Sangka Tok Mat Fail Rayuan Keputusan

Rantau Dr Streram Tak Sangka Tok Mat Fail Rayuan Keputusan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 360 hits
SEREMBAN Bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Dr S Streram tidak menjangka Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya sebelum ini Beliau berkata Mohamad keli...
Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

Tok Mat Fail Rayuan Batal Keputusan Mahkamah Spr

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 281 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau adalah terbatal dan tidak sah...
Tok Mat Mesti Dimenangkan Di Prk Rantau Dan Umno Mampu Bangkit Semula Dengan Syarat

Tok Mat Mesti Dimenangkan Di Prk Rantau Dan Umno Mampu Bangkit Semula Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 447 hits
Dengan syarat pemimpin umno Yang blacklist ctos Ccris korup penyamun disingkir pecat letak jawatan Dan dijauhi Tidak Ada sebab Untuk tidak sokong umno jika sudah bersih dalam Masa Yang sama elok diperhatikan sejauh Mana hadi Dan zahid mampu...
Tok Mat Kemuka Notis Rayuan

Tok Mat Kemuka Notis Rayuan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 321 hits
NORAFIDAH ASSANMohamad ketika sidang media di Bangunan Umno negeri hari ini SEREMBAN Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap keputusan Hakim Pilihan Raya Datuk Azim...
Terima Kasih Cikgu

Terima Kasih Cikgu

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 242 hits
MASZLEE ketika bertemu Norlisman di Bilik Kunjungan Bangunan Sementara Parlimen Khamis lalu NSTP Mohd Yusni Ariffin Terima kasih pakcik Oleh Veena RusliKUALA LUMPUR Dr Maszlee Malik sukar menahan air mata yang bergenang sambil menatap wajah...
Soal Soeharto Guru Korupsi Demokrat Nilai Kubu Jokowi Tak Tahu Terima Kasih

Soal Soeharto Guru Korupsi Demokrat Nilai Kubu Jokowi Tak Tahu Terima Kasih

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 341 hits
Menurut Ferdinand kejadian itu menimbulkan kesan koalisi capres cawapres nomor urut 01 Joko Widodo dan Ma ruf Amin tidak menghormati pemimpin terdahulu
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Kuatkan Lutut Dengan Buah Mengkudu

Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam