Terima Kasih Atas Nasihat Mua Bellaz Henti Keluarkan Keychain Kartun Wajah Anak Ramai Tak Sokong
Enggan mengeruhkan keadaan dan mendengar nasihat dari ramai orang, jurusolek terkenal, MUA Bellaz menghentikan pengeluaran keychain wajah anaknya, Nur Aisywara Nealofa.
Malah Bellaz juga memohon maaf dan bersedia dengan segala nasihat dan ucapan demi kebaikan semua.
Terdahulu, wargamaya dikatakan tidak selesa dan kurang bersetuju dengan hasratnya untuk mengeluarkan produk berkenaan. Semuanya kerana aspek keselamatan anak kecil itu serta tidak sesuai dijadikan keychain.
Kata Bellaz dia berlapang dada malah terus menghentikan penghasilkan produk berkenaan kerana mahu semua pihak puas hati dan selesa.
“Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.
“Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik,” tulisnya menerusi Instagramnya semalam.
Lebih mengharukan, Bellaz membuat keputusan untuk memberikan sahaja kepada pelanggan sebagai hadiah setiap kali membeli produknya.
“Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.
“Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi,” katanya lagi.
Susulan daripada itu, Bellaz bagaimana pun bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju yang mempunyai wajah anaknya dalam versi kartun juga.
“Minta maaf yang minta Bella batalkan jualan sebab ada pihak yang kurang selesa dengan keychain Wara.
“Nanti support baju Wara ya. Takpa kan gambar Wara kat baju nanti? Khas buat peminat Wara, Bellaz buat kartun juga,” maklumnya di Instagram.
Terdahulu, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad dikurniakan dengan tiga lagi cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali, Muhammad Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: IG MUA Bellaz
The post “Terima Kasih Atas Nasihat” MUA Bellaz Henti Keluarkan Keychain Kartun Wajah Anak, Ramai Tak Sokong! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/terima-kasih-atas-nasihat-mua-bellaz-henti-keluarkan-keychain-kartun-wajah-anak-ramai-tak-sokong/