Tip Beri Nasihat Pada Anak Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif Sesuai


Tip beri nasihat pada anak, pakar cadangkan waktu paling efektif dan sesuai. Selalunya bila  ibu bapa mendepani kerenah anak, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Tip Beri Nasihat Pada Anak
 
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Artikel lain: Sebelum Nasihat Anak Baca Ya  Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir Hembus Ke Arahnya Antara 13 Petua Power Dr Fadzilah Kamsah Didik Anak
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif & Sesuai Empat waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.

2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
Lagi artikel: 30 Minit Sebelum Tidur Waktu Terbaik Nasihat Anak. Inilah Senjata Melembutkan Hatinya
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. ‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.

4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak. Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)
Baca lagi: Hanya 30 Hingga 60 Saat Dah Memadai Nak Nasihat Anak. Tempoh Ini Paling Berkesan
 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Tip Beri Nasihat Pada Anak, Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif & Sesuai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-beri-nasihat-pada-anak-pakar-cadangkan-waktu-paling-efektif-sesuai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Pedas Bila Waktu Sesuai Boleh Beri Pada Anak

Makanan Pedas Bila Waktu Sesuai Boleh Beri Pada Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 136 hits
Seringkali ramai ibu bapa yang tertanya tanya bilakah waktu sesuai untuk memberikan anak makan makanan yang Masyarakat kita memang gemar makan makanan yang pedas Bagaimanapun apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi dan yang sedang me...
Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 260 hits
Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 10 Dzhulhijjah Hari Raya Aidil Adha adalah merupakan salah satu perayaan terpenting dalam Isla...
Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 194 hits
Seorang lelaki berkongsi pendapatnya mengenai sikap ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap pagi Dalam hantaran tersebut lelaki itu menyenaraikan 8216 aktiviti 8217...
Mua Bellaz Hentikan Penjualan Produk Keychain Wajah Anak Terima Kasih Yang Bagi Nasihat

Mua Bellaz Hentikan Penjualan Produk Keychain Wajah Anak Terima Kasih Yang Bagi Nasihat

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 192 hits
Jurusolek dan pensohor media sosial terkenal MUA Bellaz mengumumkan bahawa dia sudah memberhentikan pengeluaran 8216 keychain 8217 wajah anak perempuannya Nur Aisywara Nealofa MUA Bellaz hentikan penjualan 8216 keychain 8217 Wara Ujar Bella...
Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 176 hits
Waktu mengandung ni selera ibu memang macam macam Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil tiba tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan tapi teringin pula nak merasa waktu meng...
Muncul Skandal Baru Sang Suami Netizen Puji Sikap Tenang Bella Astillah Siapkan Anak Sekolah Lagi Bagus

Muncul Skandal Baru Sang Suami Netizen Puji Sikap Tenang Bella Astillah Siapkan Anak Sekolah Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 121 hits
Di saat nama si suami menjadi tular dek kontroversi buruk pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan dek status dirinya yang masih lagi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz Tular sebelum ini mengenai pendedahan seorang wan...
Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ni Ain Edruce Kongsi Kisah Keguguran Anak Kedua Alami Pendarahan Teruk

Tak Pernah Aku Rasa Sakit Macam Ni Ain Edruce Kongsi Kisah Keguguran Anak Kedua Alami Pendarahan Teruk

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 123 hits
Baru baru ini pelakon dan pengacara popular Ain Edruce mendedahkan berita sedih yang telah mengejutkan ramai apabila diketahui telah keguguran ketika hamil anak keduanya Raya tidak boleh dilupakan Melalui hantaran yang dikongsikan di akaun ...
Uqasha Senrose Bakal Timang Anak Perempuan Tak Sabar Nak Tengok Kamal Adli Urus Anak

Uqasha Senrose Bakal Timang Anak Perempuan Tak Sabar Nak Tengok Kamal Adli Urus Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 137 hits
dan bakal menimang cahaya mata perempuan Menerusi majlis gender reveal yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal Uqasha pasangan ini membuat pendedahan jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi Uqasha sememangnya mengida...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut