Pemilihan Bersatu Jangan Sokong Anak Emas Bersikap Terbuka Muhyiddin Diberitahu


 
Muhyiddin Yassin akan lebih dihormati jika tidak menyebelahi mana-mana kumpulan dalam membuat keputusan berhubung kepimpinan masa depan parti itu.PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin perlu bersikap terbuka dan tidak menyebelahi mana-mana kem dalam membuat keputusan berhubung kepimpinan masa depan parti itu, kata penganalisis.
Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata pertimbangan paling penting harus diutamakan Muhyiddin ketika ini adalah kelangsungan Bersatu mengambil kira beberapa perkembangan semasa termasuk kekalahan pada PRK Kuala Kubu Baharu, minggu lalu.
“Jalan terbaik adalah Muhyiddin perlu kekal neutral dan tidak terlalu cenderung dengan mana-mana kem jika benar kewujudannya seperti diperkatakan.
“Presiden akan lebih dihormati dan menjamin kestabilan parti untuk satu jangka masa yang lama,” katanya mengulas desakan akar umbi Bersatu supaya syarat bertanding jawatan ‘top 5’ pada pemilihan parti akan datang digugurkan seperti dilaporkan FMT, semalam.
Peraturan Bersatu menetapkan hanya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selama dua penggal layak bertanding jawatan presiden yang kini disandang Muhyiddin, timbalan (Ahmad Faizal Azumu) dan naib (Radzi Jidin serta Ronald Kiandee).
Difahamkan, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat MPT Bersatu dalam masa terdekat dan pimpinan diketuai Muhyiddin perlu membuat keputusan berkaitannya segera memandangkan pemilihan parti dijangka tidak lama lagi iaitu September depan.
Sumber turut mendedahkan kepada FMT telah ada percaturan perjalanan parti oleh segelintir pemimpin Bersatu yang dilabel ‘anak emas’, selain susunan jawatan termasuk kedudukan setiausaha agung yang kini disandang Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.
Ariff berkata kegagalan Bersatu mengubah saf kepimpinannya yang disifatkan segelintir pihak mempunyai kelemahan boleh menyebabkan kepercayaan ahli semakin terhakis.
“Sebelum keretakan ini mula bertapak, struktur organisasi dalaman Bersatu perlu dipulihkan dan dikukuhkan,” katanya.
Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Muhyiddin selaku pemimpin berpengalaman mampu membuat keputusan terbaik dalam memastikan Bersatu mempunyai pemimpin pelapis yang baik.
“Namun beliau perlu bersikap terbuka tanpa memberikan dorongan kepada mana-mana kumpulan, maksudnya semua mesti dilihat sama rata dan diberi peluang untuk memimpin berdasarkan kemampuan.
“Jangan bergantung kepada kumpulan tertentu membentuk ‘cai’ dalam pertandingan, jika tidak dibendung boleh membawa kepada perpecahan parti,” katanya.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berpandangan Bersatu perlu mengelakkan ada persepsi struktur pimpinan parti itu telah ‘disusun’ oleh pihak tertentu walaupun menerusi proses pemilihan.
“Ini perlu dielakkan oleh Bersatu supaya tidak terjebak dengan apa yang dialami Umno, perkara itu memberi stigma negatif,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/pemilihan-bersatu-jangan-sokong-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Bersatu Nak Selamatkan Anak Emas Atau Orang Parti

Dilema Bersatu Nak Selamatkan Anak Emas Atau Orang Parti

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 219 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kekalahan Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional pada PRK Kuala Kubu Baharu minggu lalu mungkin mengubah dinamik pemilihan parti itu susulan timbul desakan supaya syarat bertanding jawatan top 5 digugurkan Perat...
Tak Puas Hati Lantikan Mourhrna Tunggu Pemilihan Ahli Bersatu Diberitahu

Tak Puas Hati Lantikan Mourhrna Tunggu Pemilihan Ahli Bersatu Diberitahu

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 180 hits
Mourhrna Anetha Reddy sebelum ini adalah ketua wanita sayap bersekutu Bersatu PETALING JAYA Dr Chong Fat Full berkata pelantikan Mourhrna Anetha Reddy sebagai naib ketua sayap bersekutu Bersatu hanya untuk sementara jika ahli tidak berpuas ...
Bersatu Jangan Sentap Lek Lu

Bersatu Jangan Sentap Lek Lu

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 178 hits
BERSATU JANGAN SENTAP HAL MACAM NI DULU PKR DAH LALUI MASA TOK GURU ADA PUN PAS DAH BUAT KENYATAAN MASA TU DALAM PAKATAN RAKYAT LAGI BILA TIBA MESYUARAT HADI AWANG KATA PAS TAK CADANG LANTIK ANWAR AKAN TETAPI TENGKU RAZALIGH Ini yang Sanusi...
Syl Minta Rp105 Juta Untuk Biaya Kebutuhan Pribadi Ke Anak Buah Beli Keris Emas Hingga Khitanan Cucu

Syl Minta Rp105 Juta Untuk Biaya Kebutuhan Pribadi Ke Anak Buah Beli Keris Emas Hingga Khitanan Cucu

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 231 hits
Selain untuk membayar keris emas beberapa kebutuhan pribadi SYL yang ditanggung ke anak buahnya
Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 365 hits
PAS deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said that Perikatan Nasional is yet to decide on its prime minister candidate but Bersatu a member party of the PN announced that it is backing former premier Tan Sri Muhyiddin Yassin as...
Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 426 hits
Apa yang kita langgar mungkin ada kesalahan pada peringkat undang undang kecil parti yang tertakluk bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Oleh itu isu kekosongan kerusi sebagaimana BERSATU nyatakan atau uar uarkan sebelum ini sangat tidak be...
Jangan Undi Pembangkang Mp Bersatu Kongsi Derita Dengan Pengundi Kkb

Jangan Undi Pembangkang Mp Bersatu Kongsi Derita Dengan Pengundi Kkb

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 253 hits
Dr Zulkafperi Hanapi berkongsi dengan pengundi Kuala Kubu Baharu cabaran menjadi wakil rakyat pembangkang Seorang Ahli Parlimen Bersatu menyeru pengundi DUN Kuala Kubu Baharu menyokong calon kerajaan dengan berkongsi pengalaman beliau berkh...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor