Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah | Selamat tahun baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1442. Pagini KakYa nak kongsikan Doa Akhir Dan Doa Awal Tahun Hijrah buat pembaca blog KakYa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kalian semua. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. Panduan doa akhir tahun dan awal tahun Islam ini KakYa dapat melalui perkongsian di blog akuislam.com .
Sepertimana yang kita tahu, Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan Muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir bulan Zulhijjah
Doa Akhir Tahun HijrahBilakah waktu untuk membaca doa ini
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah
Bacaan doa tersebut adalah:
Bacaan dalam Rumi
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim,
Alhamdulillahi rabbil alamin,Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam. Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,
Wa lam tansahuu,Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,
Fa inni astagfiruka fagfirlii,Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni
Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallamWahamdulillahi rabbil alamin
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian
Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu
Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku
Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku
Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka)
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Ya Allah, perkenankanlah
Doa Awal Tahun HijrahDoa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram
Doa tersebut adalah:
Men
Doa dalam Rumi
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Alhamdulillahi rabbil alamin,Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,
Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,Wa ‘ala fadlikal ‘azim,wajudikal mu awwali
Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,
Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,Yaa zal-jalaali wal ikraam,Ya arhamarrahimin,
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallamWahamdulillahi rabbil alamin
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah
Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami
Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka)
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Ya Allah, perkenankanlah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/08/doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah.html