Terima Kasih Abah


Terima kasih Abah! Sempoi, ambil kisah, suka mengusik buat rakyat sayang Muhyiddin yang bakal meletak jawatan isnin ini


Di hujung pemerintahan beliau, Kes Covid-19 kategori 3 hingga 5 menurun di 3 negeri & 3 Wilayah hasil pelbagai keputusan vaksinasi yang dirancang bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan memberikan portfolio kepada Khairy Jamaluddin, sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia untuk mengendalikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hingga ke hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perkembangan awal positif dengan penurunan bilangan kes kategori 3 hingga 5 di 3 negeri meliputi Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor selain kesemua 3 Wilayah Persekutuan.

Seperti yang dijangkakan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya ada kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

Khairy mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang berkhidmat “Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Malah sepanjang ucapan tersebut beliau lebih banyak mengulangi perkara yang sama sudah dilaporkan pihak media tempatan sebelum ini mengenai pelbagai isu berkaitan dengan PICK.

Penampilan beliau itu seperti beri isyarat awal pengunduran dirinya susulan spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan esok.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet pun kehilangan jawatan masing-masing secara automatik.


Untuk terakhir kalinya beliau sempat memberikan petunjuk untuk memberikan situasi keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia sebelum mengundur diri

Buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di Labuan semalam dengan data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) bagi hospital juga menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang bertambah baik.

“Contohnya, purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri-negeri Lembah Klang juga telah menurun.

“Pada 31 Julai, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang dan jumlah itu menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos hasil perancangan rapi kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi,” katanya dalam kenyataan pengumuman kemudahan sektor ekonomi kepada individu lengkap divaksin hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap trend penurunan sama dapat diteruskan untuk mengurangkan beban kes Covid-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU) yang memerlukan rawatan lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.

Muhyiddin diberi jolokan 'Abah'. Kenangan Bersama Pentadbiran abah pada sepanjang 100 hari permulaan pentadbiran beliau yang lalu Kaca mata rakyat sering melihat seseorang yang bergelar pemimpin lebih-lebih lagi jika berstatus nombor satu pastinya sibuk dengan urusan negara, mana mungkin 'ambil kisah' cerita-cerita rakyat biasa di media sosial atau mengusik mereka.

Namun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan walaupun sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang 100 hari pentadbirannya ditambah pula negara berdepan penularan pandemik COVID-19, sifat kebapaan beliau terserlah sehingga diberi jolokan 'Abah' kerana mengambil tahu bermacam-macam hal rakyat yang dikongsikan di media sosial.

Lihat sahajalah bagaimana perdana menteri kelapan itu sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac lepas, bukan setakat bersahaja ketika menyampaikan perutusan mahupun pengumuman berkaitan COVID-19, tetapi turut menyelitkan isu-isu yang mendapat tempat di hati rakyat seperti kumpulan Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'.

Seorang pentadbir kumpulan tersebut, Azlan Mohd Shukri, 47, menyifatkan tindakan perdana menteri 'mengusik' isu yang dianggap remeh oleh segelintir pihak secara sendiri telah memenangi hati rakyat walaupun baru sahaja mentadbir negara.

"Bukan (perdana menteri) sebelum ini tidak bagus, semua ada pendekatan masing-masing, tetapi bila ini (Muhyiddin) usik isu yang kita anggap mungkin tidak penting, ia sangat mengejutkan, mengiktiraf usaha rakyat untuk mengisi masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac.

Terima kasih rakyat Malaysia – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sekali gus menyumbang kepada usaha untuk mencapai imuniti kelompok. "Begitu juga ada masa cara berpakaian beliau ketika mengumumkan sesuatu sangat santai, berkemeja biasa, singsing lengan dan ini buat kita terasa dekat, kadang-kadang rasa sedih seolah-olah beliau keletihan bekerja untuk rakyat," katanya kepada Bernama.

Kepedulian Muhyiddin terhadap isu-isu warganet bukan itu sahaja, malah beliau telah mengejutkan rakyat apabila menghadiahkan tripod kepada YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra' dalam tempoh empat hari selepas Bernama menyiarkan kisah pasangan itu pada 8 Mei.

Penerima, M.Sugu, 29, dan S.Pavithra, 28, yang tinggal di kuarters milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Siput, Perak bukan sahaja terkejut, malah tidak percaya perdana menteri akan memberikan hadiah kepada mereka berserta kad ucapan dengan kata-kata semangat.

"Siapalah kami ini untuk dapat hadiah daripada perdana menteri. Kami sangat berterima kasih, tidak sangka perdana menteri tahu mengenai kami walaupun beliau sibuk," kata Pavithra yang popular dengan masakannya kini mempunyai seramai 626,000 pelanggan akaun YouTube.

Perkongsian Sugu Pavithra mengenai hadiah daripada Muhyiddin menerima pelbagai reaksi daripada warganet antaranya Awie Amri yang menulis "Siapa sayang PM terbaru kita like sikit" dan Muhamad Syafiq Ahmad Zainal menyatakan "Perdana Menteri kita sporting dan kelakar," tulisnya di ruangan komen.

Muhyiddin membuktikan walaupun sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang 100 hari pentadbirannya. Turut memuji ialah pengguna dengan nama VB Creation yang menyatakan: "Walaupun sibuk dengan jadual kerja beliau tetap tampil memberikan peralatan penting untuk memberi galakan kepadanya (Pavithra) dalam usaha untuk meningkatkan taraf kehidupannya. Tiada PM pernah melakukan ini sebelum ini, anda telah cipta sejarah yang menunjukkan anda sayangkan negara. Tabik hormat & semoga Tuhan sentiasa merahmati PM yang disayangi. Amen".

Tidak ketinggalan mencuit hati rakyat apabila Muhyiddin ketika dalam perutusan khas Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tambahan) pada 6 April secara berseloroh menyatakan beliau tahu terdapat pihak yang mengubah ucapannya menjadi lagu rap.

Remix 'ke sana, ke sini' itu dihasilkan oleh Bass Agents terdiri daripada dua individu iaitu Nick Chia dan Chia Khoo Hoong yang menyatakan "Kami fikirkan ia mungkin kelakar apabila menggabungkan suara perdana menteri dalam muzik kami untuk tingkatkan kesedaran," tulis mereka di laman Instagram.

Gurauan perdana menteri yang beliau juga tahu ada suami memakai baju kelawar isteri serta ada yang berbasikal di dalam rumah semasa PKP bukan sahaja menghiburkan rakyat, malah merasakan dekat di hati walaupun beliau hanya berucap di kaca televisyen.

"Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau buang tabiat orang kata. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah (kerana PKP)," kata Muhyiddin.

Bersempena hari lahir ke-73 beliau pada 15 Mei lepas, rakyat Malaysia daripada semua kaum mempamerkan rasa sayang kepada perdana menteri dengan mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mendoakan kesejahteraan beliau menerusi pelbagai platform media sosial milik perdana menteri.

Fatin Nazira Ammir Hamzah antaranya melontarkan ucapan "Selamat hari lahir untuk Abah...semoga Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah SWT, terus kuat dalam memimpin Malaysia semampu Abah".



Lee Seong Boon pula mengucapkan "Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selamat Hari Lahir kepada anda. Semoga Tuhan sentiasa merahmati anda", manakala Mageswari Murugiah mengucapkan "Selamat Hari lahir Tan Sri, Perdana Menteri yang terbaik untuk rakyat dalam waktu sukar ini".

Ternyata sikap bersahaja, sempoi dan 'usik' isu warganet telah berjaya meletakkan Muhyiddin di hati rakyat pelbagai kaum. Terima kasih Abah!.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/terima-kasih-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Mengucapkan Terima Kasih Kerana Diberi Peluang Berkhidmat Untuk Negara

Khairy Mengucapkan Terima Kasih Kerana Diberi Peluang Berkhidmat Untuk Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 175 hits
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Menteri Sains Teknologi dan Ino...
Terima Kasih Kepada Sitiyangmenaip Menang Hadiah Ga

Terima Kasih Kepada Sitiyangmenaip Menang Hadiah Ga

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 254 hits
Assalamualaikum wbt Saya nak ucapkan kepada kerana sudi mengirimkan hadiah GA yang dianjurkan oleh beliau baru baru nie Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa dengan GA nie apapun rezeki tak pernah salah alamat betul tak Cerita di sebalik par...
Alhamdulillah Ala Kulli Haal Terima Kasih Allah Atas Segalanya

Alhamdulillah Ala Kulli Haal Terima Kasih Allah Atas Segalanya

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 742 hits
Alhamdulillah Terima kasih Allah atas segalanya Apa yang Engkau pinjamkan semuanya melengkapi keperluanku Walau sedikit walau mungkin aku tak suka tetapi pemberian Allah itulah yang sebaik baik kurnia yang tak mampu kau tolak Alhamdulillah ...
Terima Kasih Doakan Untuk Arwah Isteri Saya

Terima Kasih Doakan Untuk Arwah Isteri Saya

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 147 hits
Suami kepada arwah Siti Sarah Raisuddin Shuib di perkarangan bilik mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Tun Razak susulan kematian penyanyi Siti Sarah Raisuddin Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak he...
Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 592 hits
Hilmi MalikOgos 16 2021 Anwar berkata keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini Gambar failKUALA LUMPUR Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang D...
Muhyiddin Mohon Ampun Kepada Rakyat Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

Muhyiddin Mohon Ampun Kepada Rakyat Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 129 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon ampun kepada seluruh rakyat Malaysia atas peletakan jawatannya selepas kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya diserang kumpulan kleptokrat yang bersekon...
Mahfuz Ucap Terima Kasih Pada Pemuda Pas Sahkan Surat Agong

Mahfuz Ucap Terima Kasih Pada Pemuda Pas Sahkan Surat Agong

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 250 hits
August 1 2021 Tindakan Dewan Pemuda Pas yang mahu melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu hanya mengesahkan kesahihan kewujudan warkah Ist...
Terima Kasih Shuib Jaga Sahabat Saya Sampai Akhir Hayat Azharina Azhar

Terima Kasih Shuib Jaga Sahabat Saya Sampai Akhir Hayat Azharina Azhar

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 326 hits
Penyanyi terkenal Azharina Azhar KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Azharina Azhar berterima kasih kepada selebriti Shuib kerana telah menjaga dan mendidik sahabat baiknya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sehingga ke akhir hayatnya Menurut p...
Dsv Payung Vide0 Kembar Bikin Netizen Ucap Terima Kasih Sebab Sangat Terhibur

Dsv Payung Vide0 Kembar Bikin Netizen Ucap Terima Kasih Sebab Sangat Terhibur

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 210 hits
Nampaknya selepas pelakon Shahiezy Sam hang4t menjadi bualan netizen di media sosial berikutan salah seorang atlet Olimpik mempunyai wajah seiras dengannya kini giliran Datuk Seri Vida atau DSV pula yang tvlar Jika ada yang mengatakan DSV d...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Khasiat Lobak Putih

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Ayam Masak Merah Untuk Tetamu

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu