Muhyiddin Mohon Ampun Kepada Rakyat Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan


AGENDA DAILY
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon ampun kepada seluruh rakyat Malaysia atas peletakan jawatannya selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya diserang kumpulan kleptokrat yang bersekongkol dengan blok pembangkang dan berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berjuang menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan ketika ini.
Perdana Menteri dalam perutusan terakhirnya berkata keengganannya bersekongkol dengan kumpulan perasuah sebagai punca kemelut politik berulang sekali lagi sehingga kerajaan PN hilang majoriti dan meminta maaf terhadap segala salah silap sepanjang mentadbir negara.
“Saudara saya yang saya kasihi sekalian saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan kepada saudara dan saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara dan saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini.
“Namun sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah dan juga silap di sana sini jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf. Saya berharap kerajaan baru nanti akan dapat dibentuk dengan secepat mungkin supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa,” katanya dalam siaran langsung yang dipancarkan di kaca televisyen seluruh negara.
Muhyiddin berkata redha dengan ketentuan yang memaksanya untuk mengambil langkah berundur dan menyifatkan jawatan tersebut bukan suatu kemegahan, baginya prinsip yang dipegang selama ini tidak boleh dikorbankan semata-mata demi menyelamatkan kumpulan kleptokrat.
“Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya redha dengan ketentuan Ilahi ini. Sesungguhnya jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan, ia datangnya suatu bebanan tanggungjawab yang amat berat dalam memimpin negara.
“Saudara-saudari tahu dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dan dunia sebelum ini, pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik. Saya boleh mengambil jalan mudah dengan saya mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi saudara-saudari sekalian, itu bukan, bukan pilihan saya. Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat. Saya sekali-sekali tidak akan mengganggu kebebasan badan kehakiman apa lagi membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk terus kekal berkuasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata cuba mempertahankan pentadbiran kerajaan sedia ada dengan meminta semua pihak termasuk pembangkang untuk bekerjasama tetapi ia ditolak dan tiada pilihan lain selain berundur selari dengan Perlembagaan negara.
“Saya telah melakukan pelbagai ikhtiar hingga ke akhir untuk nak menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional setidaknya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi tetapi saudara-saudari sekalian ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk berkuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan saudara saudari sekalian,” ujarnya lagi.
Namun, Muhyiddin menerimanya sebagai satu ketentuan Allah dan mengganggapnya sebagai satu lagi episod dalam sejarah perjuangan politiknya.
“Bagi saya apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya lagi.
Tengahari tadi, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini ( ISNIN )



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-mohon-ampun-kepada-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Majikan Ucap Terima Kasih Kepada Muhyiddin Miti Atas Dasar Pro Perniagaan

Kumpulan Majikan Ucap Terima Kasih Kepada Muhyiddin Miti Atas Dasar Pro Perniagaan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 298 hits
MALAYSIA NOW MEF berkata kerajaan sentiasa berhubung dengan pihak berkepentingan mengenai keperluan sektor perniagaan Seorang pekerja sedang mencuci kereta pelanggan selepas kerajaan membenarkan pusat cucian kenderaan beroperasi selepas tig...
Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

Anwar Sambut Baik Muhyiddin Letak Jawatan Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 669 hits
Hilmi MalikOgos 16 2021 Anwar berkata keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini Gambar failKUALA LUMPUR Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang D...
Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 277 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya Beliau juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen BN yang bersetuju bahawa keabsahannya...
Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 251 hits
Walaupun tampuk pimpinan beliau telahpun dibubarkan pada Isnin namun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui slogan Kerajaan Prihatin akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan sehaluan yang memerintah sebelum ini Menurutnya beliau akan sent...
Terima Kasih

Terima Kasih

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 713 hits
TERIMA KASIH Assalammualaikum wbt Cuma dua patah perkataan Ringan sahaja sebutannya tapi berat pada lisan sesetengah daripada kita Ada yang sangat sangat murah dengan ucapan terima kasih pada lisannya Sikit sikit terima kasih tak apalah kal...
Terima Kasih Sebab Jaga Ayah Video Pemuda Kongsi 3 Permintaan Ter4khir Bapa Sebelum Men1nggal Dunia

Terima Kasih Sebab Jaga Ayah Video Pemuda Kongsi 3 Permintaan Ter4khir Bapa Sebelum Men1nggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 399 hits
Berbaktilah kepada kedua orang kita selagi mereka masih hidup dan ketika hay4t dik4ndung badan Itu pastinya menjadi pegangan ramai di antara kita yang menghargai jasa dan peng0rban4n ibu bapa yang menjaga kita bagai men4tang minyak yang pen...
Lirik Terima Kasih Sulu Wat Mit

Lirik Terima Kasih Sulu Wat Mit

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 423 hits
cukup penguntung asai aku udah bekelala enggau nuan darabaka tiun enggau lagubaka lesung enggau alubakanya meh nuan sulu meruan ditisi ku cukup pengaga dalam atikubegulai enggau
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 183 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Terima Kasih Shuib Jaga Sahabat Saya Sampai Akhir Hayat Azharina Azhar

Terima Kasih Shuib Jaga Sahabat Saya Sampai Akhir Hayat Azharina Azhar

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 387 hits
Penyanyi terkenal Azharina Azhar KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Azharina Azhar berterima kasih kepada selebriti Shuib kerana telah menjaga dan mendidik sahabat baiknya Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sehingga ke akhir hayatnya Menurut p...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Kkv Alamanda

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Custom Kecil Tapi Berimpak Besar

Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta