Terima Jela Lamaran Zahid Hamidi Tu


Untuk kali pertama secara terbuka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara jelas mempelawa PAS untuk bersama-sama dengan mereka dalam gerakan politiknya.

Bertempat di pekan Kampung Gajah Ahmad Zahid berkata Umno mengakui mereka tersilap kerana bermusuhan dengan PAS selama ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun menyalahkan seorang "atok" atas permusuhan itu.

"Selama 61 tahun Umno memerintah, 22 tahun adalah di bawah kepimpinan beliau.

"Dia ajar kami membenci PAS, dia ajar kami membenci DAP tapi sekarang mereka sedang bercium mulut sesama sendiri," katanya yang jelas merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad.

Namun Ahmad Zahid segera mahu melakukan 'pembetulan'. Katanya kesilapan itu tetap membawa hikmah.

Ketepi perbezaan atas nama Islam, Melayu

"Ya sheikh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, insya-Allah Umno di bawah kepimpinan saya, kita bercantumlah.

"Kita bercantum, kita ketepikan perbezaan di kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan bumiputera," katanya disambut tepukan dan takbir orang ramai.

Ahmad Zahid berkata demikian pada suatu majlis ceramah anjuran dua parti itu di Pasir Salak, malam ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi yang mengambil giliran berucap selepas Ahmad Zahid tidak mengulas langsung mengenai pelawaan Ahmad Zahid itu.

Sebaliknya presiden PAS itu sekadar mengulangi tentangan parti terbabit kepada Icerd dan memberi amaran untuk turun ke jalan raya jika kerajaan tetap mahu mengiktiraf konvensyen berkenaan.

Himpunan Perpaduan Ummah

Himpunan itu turut dihadiri ramai pemimpin kanan Umno termasuk Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung Annuar Musa dan Noh Omar.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan seorang lagi naib presiden Khaled Nordin tidak kelihatan.

Terdahulu dalam ucapannya, Zahid berkata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan lagi "Himpunan Perpaduan Ummah" seperti malam ini di seluruh negeri di Semenanjung.

"Tak perlu kutip duit, tak perlu minta duit beliau, insyaAllah Umno dan PAS juga tak perlu membelanjakannya.

"InsyaAllah, kita datang bukan kerana duit, bukan kerana makan, kita datang dengan semangat perjuangan Islam, Melayu, dan tanah air," kata presiden Umno.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/terima-jela-lamaran-zahid-hamidi-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

Kenapa Utusan Balun Najib Adakah Ini Arahan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 513 hits
Agak mengejutkan sebenarnya apabila Utusan sebuah akhbar milik UMNO tiba tiba membalun Najib Razak dengan menggelarnya sebagai pembohong berkaitan dana RM2 6 bilionMelalui ruangan pojok Awang Selamat akhbar itu menggunakan interbiu bekas Pe...
Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 482 hits
Sidang media oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim langsung dari Menara 1 Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Kuala Lumpur Kredit Berita TV9
Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

Zahid Dedah Tun Mahathir Tak Mahu Terima Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 368 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengenal pasti 12 ahli Parlimen Umno yang tidak diterima dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dakwa Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Loading Zahid Hamidi mendakwa presiden Bersatu menjemput beliau...
Zahid Hamidi Semakin Tempang

Zahid Hamidi Semakin Tempang

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 277 hits
Meskipun Zahid Hamidi berjaya mengelakkan dirinya daripada tekanan agar bercuti sementara sebagai Presiden UMNO dalam mesyuarat MT pada Jumaat lalu realitinya kedudukan beliau dari segi penerimaan ahli parti tidaklah menjadi semakin baik Ti...
Umno Tidak Akan Dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian

Umno Tidak Akan Dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 329 hits
UMNO tidak akan dibubarkan Zahid Hamidi Politik Berita Harian UMNO tidak akan dibubarkan Zahid HamidiJOHOR BAHRU UMNO sebagai sebuah institusi sosial Melayu yang turut membela nasib kaum lain tidak akan dibubarkan Presidennya Datuk Seri Dr ...
Police To Question Zahid Waytha Over Racial And Religious Remarks

Police To Question Zahid Waytha Over Racial And Religious Remarks

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 446 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi and Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy are among nine individuals to be summoned by police to facilitate investigation into their remarks which police believe have incited racial an...
Zahid Umno Syak Ada Tidak Kena Kerajaan Batal Icerd

Zahid Umno Syak Ada Tidak Kena Kerajaan Batal Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 438 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Foto Bernama Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun pembangkang berterima kasih atas pe...
Amaran Metmalaysia Hujan Berterusan 5 Hingga 8 Disember 2025

Pengerusi Bn Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan Dan Adun Lamag Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Jam 1 46 Pagi Ini

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Politik Veteran Sabah Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

Best Place Buy Diamonds Online Made Simple And Easy

Easy Mexican Recipe With Beef

Peranan Packaging Dalam Branding Produk Kecil Sederhana

Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Persaraan Cikgu Mak

Kabel Charger Type C Terbaik Tak Rosakkan Telefon Anda

Keunggulan Metode Para Sahabat Dalam Belajar Al Quran

Servis Landing Page Onpay Dari Pengalaman Peribadi Kepada Penyelesaian Untuk Usahawan

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Tajuk 18 Warga Jepun Dan China Ditahan Di Bukit Mertajam Kerana Aktiviti Disyaki Ilegal