Banyak Tinggal Solat Macam Mana Nak Ganti Semula



Saya tertarik melihat perkongsian yang telah ditulis oleh Ustaz Ebit Lew di laman sosialnya bahawa, manusia sekarang tidak ramai yang menitik beratkan perihal solat, sedangkan ia merupakan salah satu kewajipan yang wajib dilakukan.
Solat merupakan arahan yang diberikan secara langsung kepada Nabi SAW sewaktu peristiwa Isra’ Mikraj. Hal itu menunjukkan bahawa taraf dan kepentingan solat adalah suatu yang tidak boleh diabaikan dan dipandang ringan.
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(Surah An-Nisa, 4:103)
Pengorbanan Para Syahid Dalam Menunaikan Tanggungjawab Sebagai Hamba
Kita dapat lihat banyak penceritaan yang dibawakan mengenai kesusahan umat yang terdahulu untuk menunaikan kewajipan dalam Islam. Antaranya ialah;
#1 – Bilal Bin Rabbah
Bilal bin Rabbah merupakan antara tujuh manusia terawal yang memeluk Islam walaupun ia ditentang hebat oleh kaum kafir Quraisy ketika itu.
Bilal yang pada awalnya memeluk Islam secara sembunyi, telah diketahui oleh majikannya lalu diseret di tengah padang pasir dalam keadaan yang panas terik dan telah diletakkan batu besar di atas perutnya.
Walau diuji dengan sebegitu rupa, namun keimanan dan jihadnya terhadap Islam masih lagi kukuh sehingga akhirnya beliau telah dibebaskan daripada seorang hamba dan menjadi muazin yang disegani hingga kini.
#2 – Sumayyah Binti Khayyat
Sumayyah binti Khayyat dan keluarganya merupakan hamba kepada Hudzaifah bin Mughirah yang sangat kuat kepercayaannya kepada penyembahan berhala.
Sumayyah dan suaminya, Yasir telah dijemur di tengah panas terik dan diletakkan batu di atas badan oleh Abu Jahal dan pengikutnya agar mereka kembali menyembah agama nenek moyang mereka.
Namun, disebabkan oleh kecintaan yang tinggi terhadap agama Islam, pegangan mereka tidak berubah sehingga menjadikan mereka manusia pertama yang syahid dalam Islam.
#3 – Rakyat Palestin
Jika dilihat keadaan rakyat Palestin yang telah mengalami perang selama bertahun lamanya, mereka tetap menunaikan solat.
Walaupun mereka sedang dilanda perang yang tidak berkesudahan, namun hati mereka tidak gentar untuk setia kepada Tuhan. Malah, mereka yakin akan diganjari syahid jika meninggal dalam situasi tersebut.
Lunaskan Hutang Anda Dengan Allah
Bagaimana dengan situasi kita yang hidup dalam keadaan harmoni dan tiada halangan untuk menunaikan solat, namun masih liat dengannya.
Kita sering memandang enteng dan menyangkakan hidup kita lama lagi, di hari tua nanti boleh beribadah dengan banyaknya. Namun, yakinkah kita akan sempat menempa hari tua?
Bagaimana jika kematian menjengah sebelum sempat kita bertaubat kepada Allah? Bagaimana kita menghadap Allah dalam keadaan umur kita yang banyak dihabiskan dengan maksiat dan hiburan semata-mata?
Adakah pernah soalan-soalan di atas bermain di benak minda kita atau mungkin kita masih lalai dalam nikmat dunia yang diberikanNya?
Para ulama’ mengatakan bahawa, dengan terlintasnya persoalan tersebut dalam pemikiran kita, maka Allah sedang mengetuk pintu hati kita untuk kembali kepadaNya.
Lalu, ada yang bertanya, adakah Allah akan menerima taubat walau kita telah meninggalkan solat sepanjang 40 tahun hidup?
Adakah Allah masih memandang amalan kita sedangkan sebelum ini kita banyak bermaksiat kepadaNya? Dan, bagaimana untuk kembali solat sedangkan sebelum ini kita tidak pernah menunaikan solat atau jarang-jarang sahaja melakukannya.
وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampu, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah An-Nisa, 4:110)
Hukum Qada’ Solat
Jumhur ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum qada’ solat. Ada yang mengatakan bahawa, wajib untuk qada’ solat sama ada ditinggalkan secara sengaja atau tidak. Namun, ada sesetengah pendapat ulama’ mengatakan bahawa tidak wajib qada’ solat kerana ia adalah perbuatan bid’ah. Maka, cukup sahaja dengan memperbanyakkan solat sunat dan taubat kepadaNya.
Wajib Qada’ Solat
Menurut jumhur ulama dan pendapat Imam Syafi’e, wajib untuk qada’ solat kerana ia merupakan suatu kewajipan yang dikenakan ke atas Muslim.
فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Maksud: “Maka, adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak Wajib Qada’
Manakala, daripada pandangan beberapa ulama’ lain mengatakan bahawa tidak wajib qada’ solat. Cukuplah dengan memperbanyakkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diyah, solat taubat dan juga tahajjud. Amalan sunat lain seperti sedekah juga boleh dilakukan untuk meminta keampunan daripada Allah SWT.
Walau bagaimanapun, pendapat yang paling tepat dan perlu diambil ialah dengan mengqada’ solat. Hal ini ada dibahaskan dengan lebih lanjut dalam beberapa kitab dan juga tafsir seperti Fikh Al-Manhaji.
Dalam kitab ini juga ada disebutkan; “Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.”
Cara untuk mengerjakan solat qada’ adalah melakukan solat seperti biasa dengan niat yang sama, iaitu:
“Sahaja aku solat Fardu Maghrib, qada’ kerana Allah Ta’ala.”
Dari segi masa untuk melakukannya, ada pendapat yang mengatakan bahawa, ia boleh dilakukan sejurus selepas sedar tentang kealpaannya. Namun, ada pendapat lain yang mengatakan bahawa ia perlu dilakukan pada waktu solat tersebut.
Sebagai contoh, jika kita tertinggal solat Zohor, maka kita perlu mengqada’nya pada waktu Zohor selepas menunaikan solat wajib (pada waktu tersebut). Namun, untuk mengelakkan daripada terlupa untuk gantikan solat, maka lebih baik jika dilakukan apabila terus teringat.
Jika sepanjang hidupnya tidak pernah menunaikan solat, maka cara yang betul untuk menggantikannya ialah dengan menunaikan solat qada’ setiap selepas kali solat fardu. Jika tidak diyakini bilangan yang ditinggalkan dan bimbang kematian menjengah terlebih dahulu, kita tidak perlu bimbang dengan urusan itu, kerana Allah Maha Mengetahui dan Memahami hambaNya yang ingin bertaubat.
Kesimpulan
Walau apa jua keadaan yang sedang dilalui, seseorang itu tidak boleh mencari alasan untuk meninggalkan solat. Ia merupakan tiang agama, dalam erti kata lain ia merupakan amalan yang paling penting untuk membentuk akidah dan juga keimanan diri sendiri.
Hutang dengan manusia wajib dilunaskan, begitu juga hutang dengan Allah.
Rujukan: Hukum Qada’ Solat – Dr Zulkifli Al-Bakri
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Banyak Tinggal Solat, Macam Mana Nak Ganti Semula appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/banyak-tinggal-solat-macam-mana-nak-ganti-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parenting Anak Ada Tabiat Buruk Macam Mana Nak Hilangkannya

Parenting Anak Ada Tabiat Buruk Macam Mana Nak Hilangkannya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 452 hits
Assalamualaikum semua Semua anak kecil mempunyai tabiat buruk masing masing dan kadang kadang tu susah sangat nak menghilangkan tabiat buruk dia orang Walaupun puas kita ibu bapa ni tegur dia orang jentik tangan piat telinga apa semua bagai...
Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Pu Abu Perli Nama Anak Panjang Sangat

Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Pu Abu Perli Nama Anak Panjang Sangat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 422 hits
Selepas berusia 3 minggu akhirnya PU Abu mendedahkan wajah anak sulungnya menerusi laman Instagram miliknya bersama kapsyen yang membuatkan tanda tanya di kalangan netizen BACA PU Abu memuat naik gambar wajah anaknya bersama kapsyen mengata...
Macam Mana Nak Apply Adsense Dalam Blog Saya Cuba Nak Kongsi Pengalaman Saya

Macam Mana Nak Apply Adsense Dalam Blog Saya Cuba Nak Kongsi Pengalaman Saya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 524 hits
Assalammualaikum Entri ni khas untuk ingatan untuk diri saya sendiri dan juga khas untuk CikAni ku sayang eh ambik tagline ChefWan untuk maknya pulak hehehehe Sebelum ni memang saya sangat sangat teringin nak apply Google Ads kat blog sendu...
Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Dekat Mana Tu

Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Dekat Mana Tu

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 536 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah Kita masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini Tanpa kita sedari sekejap sahaja masa berlalu Seperti baru semalam kita melangkah ke tahu...
Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki Sebab Lasak Dia Lain Macam

Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki Sebab Lasak Dia Lain Macam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 396 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Sebelum mempunyai anak kita pastinya meng...
Kenapa Bilah Kipas Tetap Berat Dengan Habuk Walaupun Sentiasa Berputar Macam Mana Boleh Melekat

Kenapa Bilah Kipas Tetap Berat Dengan Habuk Walaupun Sentiasa Berputar Macam Mana Boleh Melekat

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 358 hits
Habuk atau debu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan Disebabkan oleh merekalah kita terpaksa mengemas rumah hampir setiap hari bagi mengelakkannya daripada terkumpul dengan banyak Debu ini adalah sangat ringan sehinggakan ia mampu diter...
Kemana Sudah Kau Balik Sini Semula Mana Airnya Kisah Seram Mayat Suami Dimakan Oleh Syaitan

Kemana Sudah Kau Balik Sini Semula Mana Airnya Kisah Seram Mayat Suami Dimakan Oleh Syaitan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 827 hits
Kejadian ini diceritakan secara turun temurun Kisahnya begini pada suatu ketika ada sepasang suami isteri dan seorang anaknya tinggal di atas bukit agak jadi dari perkampungan Dipendekkan cerita si suami jatuh sakit lalu meninggal dunia Men...
Najib Persoal Pihak Mana Banyak Buat Gerakan

Najib Persoal Pihak Mana Banyak Buat Gerakan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 386 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mempersoalkan peranan pihak pihak yang mempertikaikan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional semasa kekalahan gabungan itu selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Bekas Pe...
Cukup Payah Anak Nak Makan Paling Banyak Pun Dua Sudu Je Ada Trik Mama Ni Kongsikan

Cukup Payah Anak Nak Makan Paling Banyak Pun Dua Sudu Je Ada Trik Mama Ni Kongsikan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 512 hits
Ibu mana yang tidak tertekan bila anak langsung tak mahu makan Sudah bermacam macam resipi dan menu kreatif ibu sediakan tapi anak masih menolak makanan Jika hal ini terjadi pada usia anak dua tahun ke atas pastinya tidak mengapa kerana mer...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025