Orang Ramai Puas Hati Dengan Pm Tinjauan Uiam




Orang ramai kekal berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menurut tinjauan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dapatan penyelidikan UIA tersebut berbeza dengan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini bahawa tahap kepuasan hati orang ramai terhadap perdana menteri telah menjunam jatuh.

Tinjauan itu merumuskan tidak ada perubahan ketara dalam tahap kepuasan orang ramai terhadap Dr Mahathir sebagai pemimpin politik dan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai parti yang memerintah sejak Ogos lepas, lapor Bernama hari ini.

Dr Mahathir masih mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum, pendapatan, pendidikan dan jantina, dengan 62 peratus daripada responden menyatakan kepuasan mereka kepada beliau pada Ogos dan Disember.

Tinjauan ini merupakan kesinambungan daripada tinjauan pertama yang dijalankan pada Ogos 2018 mengenai isu-isu semasa nasional.

Pada 19 Disember, Rafizi memetik hasil tinjauan Invoke, sebuah NGO yang diasaskannya, mendakwa tahap kepuasan hati orang ramai terhadap Mahathir merosot daripada 72 peratus pada Jun lalu kepada 53 peratus bulan ini.

Mahathir menolak dakwaan Rafizi dengan membangkitkan ramalan Rafizi mengenai keputusan PRU14. Bekas MP Pandan itu berkata PAS tidak akan menang satu kerusi pun dalam pilihan raya umum itu.

Pada 9 Mei lalu, PAS menang 18 kerusi parlimen, 90 kerusi DUN dan menawan dua negeri.

Tinjauan terbaru UIA ini juga mendapati tahap kepuasan terhadap pemimpin lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri Najib Razak meningkat atau turun sebanyak satu peratus atau kekal pada tahap sama seperti pada Ogos 2018.

Bagaimanapun, hanya Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP mencatatkan peningkatan tahap kepuasan orang ramai daripada 36 peratus kepada 45 peratus dalam tempoh yang sama.

Apabila responden ditanya parti mana yang akan mereka undi jika pilihan raya diadakan hari ini, 55 peratus memilih Pakatan Harapan (termasuk Warisan), Barisan Nasional (24 peratus) dan PAS (16 peratus).

Dalam tinjauan awal pada Ogos, 56 peratus menyatakan bahawa mereka lebih suka memilih untuk mengundi PH, berbanding BN (24 peratus) dan PAS (14 peratus).

Seperti tinjauan terdahulu, sokongan paling tinggi untuk PH ialah daripada masyarakat Cina (73 peratus) diikuti kaum India (56 peratus). Sebanyak 42 peratus masyarakat Melayu dan Bumiputera memilih PH, peratusan yang sama seperti pada Ogos.

Tinjauan pada Disember melibatkan 1469 responden manakala tinjauan pada Ogos melibatkan 1,500 responden.
Laporan Malaysia Kini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2018/12/orang-ramai-puas-hati-dengan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 453 hits
Rakyat Malaysia pastinya sudah sedia maklum bahawa hari ini bermulanya udara dan nafas suasana baru khususnya di kedai kedai makan di seluruh negara Ia susulan berkuat kuasanya peraturan dilarang merokok di premis tersebut Tinjauan Malaysia...
Tak Puas Hati Ditegur Tak Buat Kerja Adik Kelar Leher Abang

Tak Puas Hati Ditegur Tak Buat Kerja Adik Kelar Leher Abang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 569 hits
Tak puas hati ditegur tak buat kerja adik kelar leher abangSeorang pemilik sebuah bengkel membuat peralatan besi cedera parah selepas dikelar adik lelakinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di hadapan bengkel berkenaan di Bertam Per...
Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 356 hits
By 21 Disember 2018 Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut hadir Ahli ...
Tak Puas Hati Kena Marah Isteri Lelaki Bunuh Pekerjanya

Tak Puas Hati Kena Marah Isteri Lelaki Bunuh Pekerjanya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 582 hits
nbsp 25 Dis 2018 nbsp nbsp Gara gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri dipercayai motif seorang lelaki nekad membunuh seorang lelaki warga Bangladesh sebelum membuang mayatnya ke dalam Sungai Kinta Kampung Gajah Selasa lalu Ketua
Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

Polis Rasa Tak Puas Hati Punca Pergaduhan Di R R Gambang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 615 hits
KUANTAN Polis hari ini mengesahkan rasa tidak puas hati sebagai punca pergaduhan antara kakitangan gerai di Kawasan Rehat dan Rawat Gambang di sini dengan pemandu bas ekspres yang videonya tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Kuantan AC...
Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

Tak Puas Hati Selepas Kena Buang Dari Group Whatsapp Lelaki Ini Failkan Saman Terhadap Admin

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1242 hits
Tidak puas hati ditendang keluar dari group WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya bekas ahli group tersebut bertegas akan memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab Pengerusi Sukarelawan Malaysia Isham Jalil berkata di...
Najib Kalau Tak Puas Hati Boleh Klaim Dari Guan Eng

Najib Kalau Tak Puas Hati Boleh Klaim Dari Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 424 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Menteri Industri Utama Teresa Kok mengenai dakwaan pentadbiran BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2 800 ekar tanahnya dengan harga di bawah pasaran Teresa Ko...
Hati Hati Bukan Nak Curi Kereta Je Rupanya Nak Culik Orang Sekali

Hati Hati Bukan Nak Curi Kereta Je Rupanya Nak Culik Orang Sekali

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 605 hits
Sekarang ni banyak betul kes yang jadi dekat tempat letak kereta Kali ni kes ni dahsyat sikit Admin baca pun admin yang takut Seram betul Berlaku di tempat parking mall Gempar Di Twitter seorang netizen berkongsi cerita tentang kejadian yan...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim