Peniaga Kota Bharu Puas Hati Pelanggan Tak Merokok Tinjauan


N Faizal Ghazali       Rakyat Malaysia pastinya sudah sedia maklum bahawa hari ini bermulanya udara dan nafas suasana baru khususnya di kedai-kedai makan di seluruh negara

Ia susulan berkuat kuasanya peraturan dilarang merokok di premis tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan, mendapati, pengunjung kedai makan mulai patuh pada peraturan yang diperkenalkan kerajaan persekutuan itu.

Seorang peniaga, Rosli Mohamad, 40-an, berkata, beliau berpuas hati apabila rata-rata pelanggan yang datang ke kedainya mematuhi peraturan baru itu.

"Sepanjang kedai beroperasi hari ini, saya nampak pelanggan yang datang semua tak merokok. Tak seperti keadaan sebelum ini.

Boleh kena saman
"Alhamdulillah, sebagai peniaga saya rasa berpuas hati. Ini satu langkah baik yang diambil kerajaan hari ini," katanya.

Tambah Rosli, dia turut akan mengambil langkah untuk menasihati pelanggan sekiranya didapati merokok.

"Kalau pelanggan merokok di kedai ini, saya akan nasihat sebaiknya. Kalau mereka merokok, saya pun boleh kena saman. Saya juga sudah tak sediakan bekas abu rokok lagi bermula hari ini.

"Tanpa abu, asap dan puntung rokok di kawasan kedai makan saya rasa ia akan jadi lebih nyaman dan bersih," jelasnya.

Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara.

Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Harap berkekalan
Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.

Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.

Bagi Che Ros Che Haron, 36, berkata, sebagai peniaga makanan dia menyambut baik peraturan baru tersebut.

Malah katanya, pelanggan yang datang ke kedai hari ini juga didapati tidak merokok.

"Mungkin golongan perokok ini sudah rasa malu atau takut dengan penguat kuasa untuk merokok di tempat larangan. Harap keadaan ini berkekalan sampai bila-bila," jelasnya yang mengusahakan gerai nasi berlauk di Kota Bharu.

Sementara itu, bagi pekerja swasta Azizi Abdullah, 28, berkata sebagai perokok dia akur dengan larangan tersebut

"Rasa janggal sikit hari ini sebab tak boleh hisap rokok di kedai makan, selalu lepas makan hisap rokok dulu.

"Terpaksalah kita akur, kena sabarlah. Lepas makan kita cari lokasi lain untuk merokok, " ujarnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/peniaga-kota-bharu-puas-hati-pelanggan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Ramai Puas Hati Dengan Pm Tinjauan Uiam

Orang Ramai Puas Hati Dengan Pm Tinjauan Uiam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 296 hits
Orang ramai kekal berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menurut tinjauan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Dapatan penyelidikan UIA tersebut berbeza dengan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum in...
Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess Di Kota Bharu

Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Yang Pertama Dengan Tema Princess Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 672 hits
Sambutan Hari Lahir Kasih Sufi Tema Princess Yang Pertama Pada 05 Disember 2018 yang lalu genaplah usia Kasih Sufi yang pertama Terasa cepat sangat masa berlalu dalam keadaan sibuk kerja dan urusan keluarga hinggakan terasa hanya dengan sek...
Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

Ahli Parlimen Umno Puas Hati Kepimpinan Sekarang Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 268 hits
By 21 Disember 2018 Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO turut hadir Ahli ...
Dia Cakap Mau Keluar Isap Rokok Tengok Tengok Terus Hilang Peniaga Dianiaya Pelanggan

Dia Cakap Mau Keluar Isap Rokok Tengok Tengok Terus Hilang Peniaga Dianiaya Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 475 hits
Dia cakap mau keluar isap rokok tengok tengok terus hilang Peniaga dianiaya pelangganPengusaha kedai makan terpaksa berputih mata apabila ada pelanggan yang mengambil kesempatan menggunakan alasan keluar dari premis untuk merokok seketika r...
Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen

Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 478 hits
Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati NetizenLarangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen
Kb Town Western Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special Di Bandar Kota Bharu

Kb Town Western Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special Di Bandar Kota Bharu

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 1055 hits
KB TOWN WESTERN Antara Kedai Makan Terbaik Dengan Menu Special di Bandar Kota Bharu Assalamualaikum hi korang semua Daku percaya bila sebut sahaja Kelantan pasti terbayang aneka juadah juadah enak yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini...
Amvilla Homestay Menyediakan Penginapan Yang Damai Dan Selesa Di Kota Bharu Kelantan

Amvilla Homestay Menyediakan Penginapan Yang Damai Dan Selesa Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 706 hits
Assalamualaikum hi korang dari jauh ku doakan semoga korang semua senantiasa di dalam keadaan yang sihat dan menyenangkan Ameen Okay hari ini daku nak kongsikan tentang satu lagi homestay yang bagi aku agak baik cantik selesa dan paling pen...
Larangan Merokok Wajarkah Pelanggan Tampar Pelayan

Larangan Merokok Wajarkah Pelanggan Tampar Pelayan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 245 hits
Pelbagai reaksi positif dan negatif apabila larangan merokok di kedai makan atau restoran mula dikuatkuasakan Baru baru ini seorang pelayan ditampar oleh seorang pelanggan kerana melarang merokok Pelayan hanya menjalankan tugasnya kenapa di...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate