Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak Azalina



“Negeri ada polis sendiri? Penjara sendiri? Siapa sebat?.. Nak hukum orang pun banyak undang-undang di bawah agensi kerajaan pusat. Jadi, perlu lihat secara menyeluruh bukan sekadar cakap tapi tidak tahu siapa pelaksananya…jadi macam-macam pertikaian.
(Berita Harian) – Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan berkenaan tidak mudah untuk dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat antaranya polis bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan.
“Negeri ada polis sendiri? Penjara sendiri? Siapa sebat?.. Nak hukum orang pun banyak undang-undang di bawah agensi kerajaan pusat. Jadi, perlu lihat secara menyeluruh bukan sekadar cakap tapi tidak tahu siapa pelaksananya…jadi macam-macam pertikaian.
“Kalau nak laksana pun, perlu pindaan menyeluruh kepada undang-undang sedia ada termasuk kuasa di peringkat kerajaan negeri kerana kita negara merdeka, ada akta dan perlembagaan, ada senarai bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.
Azalina mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengenai kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.
Sementara itu, menyentuh mengenai lawatannya, Azalina berkata beliau telah diberi penerangan mengenai pembinaan bangunan baharu Mahkamah Seksyen Sivil di sini yang dijadual siap Jun ini.
“Kita juga hari ini berbincang untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dan perisian terkini bagi melancarkan proses di premis mahkamah.
“Kita perlu fokus pada 2025, (dan) dalam belanjawan (kita) kena tengok soal latihan dan penggunaan teknologi kerana negara maju dah mula guna jurubahasa AI (kecerdasan buatan),” katanya. – BERNAMA
TAG: Azalina, syariah, sebat, Terengganu, Kuala Kubu Baharu
 
The post Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak – Azalina appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/05/01/terengganu-tidak-bincang-cadangan-hukuman-sebat-di-khalayak-azalina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Ditangkap Khalwat Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

Dua Kali Ditangkap Khalwat Janda Anak Satu Jadi Wanita Pertama Kena Hukuman Sebat Di Terengganu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 346 hits
Seorang ibu tunggal anak satu menjadi individu pertama yang dikenakan hukuman sebat di Terengganu selepas wanita itu membuat pengakuan bersalah atas kesalahan khalwat berulang Hukuman itu diperintahkan oleh Hakim Kanan Syarie Rosdi Harun di...
Cadangan Sebat Di Khalayak Ramai Hanya Gimik Politik

Cadangan Sebat Di Khalayak Ramai Hanya Gimik Politik

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 226 hits
Che IbrahimKita sebenarnya sudah berulang kali diulit dengan cadangan pelaksanaan sebat syarie di khalayak ramai Masyarakat begitu teroja mendengarnya dan menanti nanti detik pelaksanaannya sebagai bukti Islam semakin dimartabatkan Isunya p...
Faisal Halim Melecur Tahap Empat Netizen Gesa Pelaku Dikenakan Hukuman Berat

Faisal Halim Melecur Tahap Empat Netizen Gesa Pelaku Dikenakan Hukuman Berat

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 236 hits
Tonggak utama Selangor FC Faisal Halim melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid semalam Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor Datuk Seri Shahril Mokhtar mengenai perkembanga...
Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 293 hits
Cadangan tambah baik gaji penjawat awam diumum 1 Mei PMOleh MOHD RASDAN AHMAD19 April 2024 6 18 piAnwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam hari ini PETALING JAYA Cadangan penambahbaika...
Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru Yang Meriah

Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru Yang Meriah

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 392 hits
Sambutan hari guru akan tiba ada banyak tema pakaian hari guru yang boleh dipilih Pemilihan tema pakaian untuk sambutan hari guru sememangnya penting untuk menimbulkan mood dan rasa gembira semasa sambutan hari guru diadakan Berkenaan Cadan...
Bincang Bantu Umno Raih Sokongan Melayu Di Konvensyen Penganalisis Beritahu Pkr

Bincang Bantu Umno Raih Sokongan Melayu Di Konvensyen Penganalisis Beritahu Pkr

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 160 hits
freemalaysiatoday com 21 Apr 2024 09 15 AMAzmi Hassan berkata PN ketika ini dilihat sebagai gabungan terbaik mewakili kepentingan orang Melayu Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Umno perlu dilihat sebagai rakan yang boleh diharapkan...
Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 206 hits
Nak amik kerakyatan malaysia kena pandai berbahasa malaysia Ye supaya ia dapat memupuk semangat malaysia Bahasa ibunda itu bahasa tambahan Sepatutnya bukan setakat ini tapi sekolah vernakular juga patut dimansuhkan Semua bahasa ibunda di aj...
Divonis Lebih Ringan Mahasiswa Ui Pembunuh Adik Kelas Lolos Dari Hukuman Mati

Divonis Lebih Ringan Mahasiswa Ui Pembunuh Adik Kelas Lolos Dari Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 265 hits
Vonis ini lebih ringan dari tuntutan jaksa penuntut umum yang menuntut hukuman mati
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kem Baha Transit Ke Pucak Gunung

Lokomotif Ckd6h Guna Kuasa Hibrid

Nikmati Keunikan Rasa Korea Bersama Mb Gangjeong Chicken Yang Pedas Menggoda Di Marrybrown

That B Tch Is A Genius Why My Inner Feminist Dreams Of A Sponsored Life

Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Bandingkan Harga Internet Home Fibre Malaysia Unifi Vs Maxis Vs Time