Sambutan hari guru akan tiba, ada banyak tema pakaian hari guru yang boleh dipilih. Pemilihan tema pakaian untuk sambutan hari guru sememangnya penting untuk menimbulkan mood dan rasa gembira semasa sambutan hari guru diadakan.
Kredit – Abdul Rahman Saad
Tema pakaian hari guru yang berdasarkan pakaian pelajar sekolah pastinya akan mengimbau kembali zaman persekolahan para guru. Selain itu, pastinya murid-murid akan teruja apabila melihat bagaimana guru kesayangan mereka mengenakan pakaian ‘pelajar sekolah’. Tema ini sangat sesuai dijadikan sebagai tema pilihan kerana ia tema yang simple melibatkan pakaian sekolah biasa, baju pengawas dan baju pengawas pusat sumber sekolah contohnya.
Kredit – Ppki Smk Geting
Bagi sebuah sekolah yang mempunyai pelbagai kaum dari kalangan guru akan menampakkan kepelbagaian serta perbezaan pakaian tradisional yang akan digayakan oleh guru-guru di sekolah. Bagi murid pula, mereka akan dapat mengenali pakaian tradisional yang pelbagai sebagai tanda mewakili kaum masing-masing. Murid juga akan didedakan dengan pakaian sari, baju kurung, cheong sang dan lain-lain pakain tradisi.
Kredit – SK Sungai Petani
Tema pakaian hari guru yang sangat santai! Guru boleh pilih untuk mengenakan jenis pakaian yang disukai mengikut profession apakah yang diperagakan sekiranya diri mereka tidak menjadi seorang guru. Hasil pemilihan tema ini juga kita akan dapat melihat kelainan seorang guru menggayakan pakaian kerja selain dari guru. Mungkin ada yang akan jadi doktor, peguam, polis, askar dan sebagainya.
Kredit -SMK Sultan Tajul Ariffin Manong – Rasm
Untuk tema pakaian hari guru ini pula, para guru boleh memilih untuk memperagakan pakaian berasaskan cerita dongeng Melayu. Kebiasaannya boleh mengenakan pakaian orang zaman dahulu yang mana mengenakan pakaian kain batik, corak baju melayu lama dan kain sarung contohnya.
Kredit – Suwaibah Rahudin
Bagaimana kalau seorang guru hadir ke sekolah mengenakan pakaian orang kampung? Pastinya menimbulkan keriuhan dikalangan murid-murid yang berasa teruja melihat guru mereka berpakaian lain daripada kebiasaan. Tema pakaian kampung ini guru boleh mengenakan pakaian yang simple dan boleh juga membawa prop sendiri seperti penyapu dan sebagainya untuk menghayati tema pakaian kampung.
Kredit – SK SRI KINTA
Antara tema hari guru yang santai dimana guru-guru boleh mengenakan pakaian ala-ala Aloha Hawai. Umum mengetahui, percutian di Hawai menggambarkan pakaian yang dikenakan adalah pakaian kemeja dengan corak bunga-bunga yang pelbagai. Dengan gaya santai, guru juga boleh mengenakan spek hitam sebagai gaya untuk memperagakan di sambutan hari guru di sekolah.
Kredit – Ruhil Amani
Melalui tema pakaian hari guru jenis ‘pakaian tradisional kesultanan Melayu’ ini akan membawa guru-guru menyelusuri semula zaman kesultanan Melayu yang dahulu. Guru boleh mengenakan pakaian tradisional Melayu bersama dengan tengkolok dan juga boleh juga mengenakan pakaian lengkap seperti seorang pendekar Melayu.
Senarai Cadangan Tema Pakaian Hari Guru yang Meriah 19
Tema pakaian hari guru bercuti pastinya syok untuk para guru kenakan. Dimana para guru boleh merasa santai dan secara bebas memilih untuk mengenakan pakaian kasual, bergaya dan trend kini. Boleh juga rancangkan dengan memilih warna sedondon dikalangan guru. Kenakan pakaian seolah-olah ingin bercuti akan memberi mood guru-guru sedang dalam percutian.
Kredit Cikgu Aman
Tema yang rare untuk sambutan hari guru. Tema pakaian hari guru yang berasaskan pakaian pengantin baru boleh diperagakan oleh guru-guru. Melalui tema ini murid-murid dapat mengenali jenis pakaian pengantin yang sebenar dan pelbagai. Kebiasaannya pakaian pengantin dikenakan adalah warna putih, pakaian melayu dan lain-lain. Boleh juga kenakan pakaian formal untuk guru lelaki.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |