Terengganu Tetap Kenakan Syarat Untuk Persinggahan Kapal Persiaran


Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 14 November - Kerajaan Terengganu tetap akan mengenakan syarat dan garis panduan bagi persinggahan kapal persiaran di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menegaskan, usaha untuk membawa kapal mewah bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu itu masih di peringkat perbincangan.

Katanya, segala cadangan pelaksanaan untuk mengurus kehadiran pelancong tersebut akan dirujuk kepada kerajaan, pejabat Mufti Terengganu dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ada sedikit salah faham dalam laporan semalam, sebenarnya yang berlaku adalah sekiranya mereka datang ke sini, kita (rakyat Terengganu) tidak dibenarkan untuk naik ke kapal mereka.

“Dan kita juga tidak akan menyedia dan membenarkan sekitar 4,500 pelancong dan krew kapal itu terlibat dengan aktiviti maksiat termasuk minuman arak.

“Kita akan sediakan bot dan bas khusus untuk membawa mereka melawat tempat-tempat menarik di Terengganu ini, mereka hanya turun ke darat sekitar tujuh jam sahaja dan tidak bermalam di daratan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Piala Batik Arfa 2019 sempena Festival Batik Ganu Kite di Noor Arfa Craft Complex (NACC) Batik Pavilion, Chendering, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat segala aktiviti di atas kapal mereka.

“Kita juga  tak tahu apa yang ada serta berlaku di atas kapal dan semua yang mereka jalankan di sana berada di luar bidang kuasa kerajaan,” tambah beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga berkata, pada asasnya kerajaan negeri bersetuju untuk membuka ruang kepada pengendali kapal persiaran singgah di Terengganu.

“Tinggal lagi apa yang boleh, apa yang tidak boleh dan apa yang perlu dibuat, jadi saya rasa tidak ada lagi maklumat yang lengkap dan jelas,” ujar beliau semalam.

Ia susulan sebuah portal berita yang memetik laporan Channel News Asia (CNA) semalam mengatakan bahawa kerajaan Terengganu bersedia untuk melonggarkan syarat bagi membawa masuk kapal persiaran ke negeri itu.

Pelonggaran syarat itu dikatakan menyentuh isu judi dan arak yang didakwa mampu menarik lebih ramai kehadiran pelancong



Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/terengganu-tetap-kenakan-syarat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Warga Singapura Ditemukan Lemas Dalam Kolam Kapal Persiaran

Kanak Kanak Warga Singapura Ditemukan Lemas Dalam Kolam Kapal Persiaran

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 604 hits
Langkawi Seorang kanak kanak lelaki warga Singapura ditemukan mati lemas di dalam kolam sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise di sini petang tadi Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak ka...
Langkawi Mandi Sendiri Budak Mati Lemas Di Kolam Kapal Persiaran

Langkawi Mandi Sendiri Budak Mati Lemas Di Kolam Kapal Persiaran

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 387 hits
Seorang kanak kanak lelaki warga Singapura ditemukan mati lemas di dalam kolam sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak kanak it...
Ini Syarat Dan Tata Cara Untuk Mendapat Pembebasan Pbb Di Dki Jakarta

Ini Syarat Dan Tata Cara Untuk Mendapat Pembebasan Pbb Di Dki Jakarta

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 320 hits
Pemprov DKI Jakarta menggratiskan Pajak Bumi dan Bangunan untuk sejumlah kalangan dari guru pensiunan pejuang bahkan hingga mantan presiden Kebijakan itu tercantum dalam Peraturan Gubernur Nomor 42 Tahun 2019
Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 366 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Projek Tambakan Laut Di Perairan Selatan P Pinang Semua Syarat Dipatuhi

Projek Tambakan Laut Di Perairan Selatan P Pinang Semua Syarat Dipatuhi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 365 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Syarat Syarat Spr Sempena Prk Tanjung Piai

Syarat Syarat Spr Sempena Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 671 hits
Syarat Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini sekali lagi mengingatkan calon dan parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya tidak menjalankan aktiviti menjamu makanan dan minuman ser...
Kenapa Tiket Kapal Terbang Pergi Sabah Sarawak Lagi Mahal Dari Pergi Filipina Dan Indonesia Ini Jawapannya

Kenapa Tiket Kapal Terbang Pergi Sabah Sarawak Lagi Mahal Dari Pergi Filipina Dan Indonesia Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 816 hits
Anda semestinya tertanya tanya mengapa harga tiket penerbangan menjadi sangat mahal dan dalam beberapa situasi lain harga tiket dijual pada harga yang murah Sebagai contoh persoalan yang sering bermain di dada media sosial mengapa harga tik...
Kementerian Pengangkutan Tidak Pernah Perkenal Syarat Dasar Baharu

Kementerian Pengangkutan Tidak Pernah Perkenal Syarat Dasar Baharu

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 295 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi