Syarat Syarat Spr Sempena Prk Tanjung Piai


Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sekali lagi mengingatkan calon dan parti bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai supaya tidak menjalankan aktiviti menjamu makanan dan minuman serta memberi hadiah, sama ada barangan atau wang, yang boleh mempengaruhi pengundi

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan berkata perkara-perkara itu merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Beliau turut mengingatkan calon-calon atau parti-parti politik supaya tidak menyalahgunakan aset kerajaan atau kuasa kerajaan untuk meraih undi, dan mahu semua pihak terlibat supaya berkempen secara berhemah dan mengikut etika kempen yang menjamin keharmonian masyarakat

“Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen diingatkan agar sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen pilihan raya yang bermula selepas perisytiharan calon oleh Pegawai Pengurus pada 2 Nov 2019 sehingga 11.59 malam, 15 Nov,” katanya

Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran proses serta tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam sehingga berakhirnya tempoh berkempen

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai
“Perlu juga diingatkan bahawa apa-apa tindakan ataupun pernyataan yang mengganggu mana-mana pengundi daripada menjalankan hak pemilihannya secara bebas juga merupakan satu kesalahan. Antaranya tindakan atau pernyataan yang bertujuan ataupun cenderung untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati ataupun permusuhan antara kaum; mengancam hendak menggunakan kekerasan, keganasan ataupun halangan ke atas pengundi,” katanya

Menurutnya lagi, segala arahan pihak berkuasa terutamanya SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa tempatan hendaklah sentiasa dipatuhi

“Sebarang perbuatan yang melibatkan amalan rasuah haruslah dilaporkan kepada SPRM, manakala bagi setiap kesalahan lain di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya atau di bawah Kanun Keseksaan hendaklah dilaporkan kepada PDRM

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat ataupun apa-apa keterangan mengenai pelanggaran undang-undang oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti kempen disarankan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan,” tambahnya

Azhar berkata semua pihak turut diingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi termasuklah melalui saluran media sosial, malah kesemua parti dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung semasa hari mengundi

Syarat-Syarat SPR Sempena PRK Tanjung Piai
PRK itu menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Parti Barisan Jemaah Islamiah) dan dua calon Bebas iaitu pengasas pusat tuisyen Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar

Hari mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan pada 16 Nov, manakala pengundian awal pada 12 Nov ini. - md



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/11/syarat-syarat-spr-sempena-prk-tanjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 332 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Spr Keluarkan 253 Kertas Undi Pos Bagi Prk Parlimen Tanjung Piai

Spr Keluarkan 253 Kertas Undi Pos Bagi Prk Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 379 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Laluan Khas Dibuka Sempena Prk Tanjung Piai Untuk Pengundi Bekerja Di Singapura

Laluan Khas Dibuka Sempena Prk Tanjung Piai Untuk Pengundi Bekerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 440 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Enam Calon Berentap Di Prk Tanjung Piai Termasuk Bebas Suara Tv

Enam Calon Berentap Di Prk Tanjung Piai Termasuk Bebas Suara Tv

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 322 hits
Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada 16 Disember ini menyaksikan pertembungan enam penjuru Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Tanjung Piai Zulkifly Mohd Tahir pada 11 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat p...
Prk Tanjung Piai Dan Sindrom Phinocchio Kenapa Bohong Lagi

Prk Tanjung Piai Dan Sindrom Phinocchio Kenapa Bohong Lagi

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 445 hits
Kenapa bohong lagi Kerajaan PH jelas mungkir janji manifesto mereka sendiri yang tiada lagi lantikan politik dalam agensi dan GLC jika tadbir negara Tapi apabila ditekan Lim Guan Eng DAP dakwa jika ada lembaga pengarah yang merupakan ahli p...
Two Horse Race Prk Tanjung Piai

Two Horse Race Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 651 hits
PONTIAN Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai memasuki hari kesembilan hari ini dan ketika ini parti serta calon bertanding sepatutnya sudah dapat membaca kedudukan mereka di mata penduduk dan pengundi di Tanjung Piai Walaupun PRK...
Senarai Calon Prk Tanjung Piai

Senarai Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 434 hits
Senarai Calon PRK Tanjung Piai PRK Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan BN Gerakan Parti Barisan Jemaah Islamiah dan dua calon Bebas Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine S...
Prk Tanjung Piai Wee Jeck Seng Lebih Ke Depan

Prk Tanjung Piai Wee Jeck Seng Lebih Ke Depan

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 582 hits
Wee Jeck Seng mempunyai kelebihan berbanding calon PH yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama sepenggal mempunyai kelebihan dikenali pengundi KUALA LUMPUR Selepas sembilan Pilihan Raya Kecil pasca Pilihan Raya Umum ke 14 buat kali...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai