Terdesak Bayar Hutang Along Wanita Empat Anak Rancang Dirompak Ditahan


Kejadian dua pekerja wanita yang disamun semasa dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mendepositkan wang tunai RM20,400 milik syarikat majikan mereka Isnin lepas merupakan satu lakonan semata-mata, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.
Menurutnya, seorang daripada pekerja wanita itu yang berusia 53 tahun mengakui telah merancangkan kejadian itu bagi memperoleh wang untuk menyelesaikan hutangnya dengan peminjam wang haram atau ah long.

Loading… “Hasil pemeriksaan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang didakwa itu, memang berlaku kejadian samun, namun kami mendapati terdapat keraguan dalam laporan yang dibuat oleh pekerja berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Susulan “insiden” itu, polis melancarkan satu operasi dinamakan Ops Cantas dan berjaya menahan tiga lelaki berumur 19, 23, dan 25 tahun yang kemudiannya mengaku telah diupah RM4,000 setiap seorang oleh kedua-dua pekerja wanita itu untuk menjalankan “samun” berkenaan.
“Berikutan itu, kami menyoal semula pekerja wanita itu dan dia mengakui merancang kejadian itu untuk mendapatkan wang bagi membayar hutangnya berjumlah RM300,000 dengan ah long,” katanya dan menambah wanita itu mempunyai empat orang anak.
Noorzainy berkata siasatan turut mendapati wanita berkenaan turut melibatkan rakan sekerja wanitanya yang bertugas sebagai pelatih pembantu penyelia berumur 25 tahun untuk terlibat sama dalam perancangan itu.
Dalam laporan polisnya Isnin lepas, wanita berkenaan mendakwa dua lelaki telah menghimpit motosikal yang dinaikinya bersama rakan sekerjanya itu sebelum menarik beg berisi wang tunai yang dibawa mereka dan memecut lari ke arah simpang tiga Jalan Dua.
Mereka juga mendakwa tidak sempat mengecam kedua-dua suspek yang memakai helmet bervisor penuh dan jenis motosikal yang digunakan kerana kejadian berlaku begitu cepat.
Susulan tangkapan ke atas kedua-dua pekerja dan ketiga-tiga lelaki itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM12,060 dipercayai sebahagian daripada wang yang kononnya disamun itu selain beberapa unit telefon bimbit.
Noorzainy berkata kesemua suspek dalam kes ini, sedang menjalani reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga  20 tahun dan dikenakan sebatan. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/terdesak-bayar-hutang-along-wanita-empat-anak-rancang-dirompak-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 537 hits
Aulia Kesuma bisa dibilang adalah wanita yang cantik dan keibuan Akan tetapi di balik rupanya yang menawan ternyata ada jiwa yang sadis hingga tega membunuh orang bahkan menghilangkan nyawa orang terdekatnya Aulia Kesuma tega menghabisi sua...
Penunggang Motosikal Buli Pemandu Wanita Ditahan

Penunggang Motosikal Buli Pemandu Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 460 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

Ibu Bapa Tolong Berhenti Lindungi Anak Wanita Kongsi Teknik Timeout Berhasil Untuk Sekolahkan Anak Degil

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 444 hits
Kanak kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka Jadi ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak di awal usia Sekiranya perbuatan yang salah dibiarkan ianya boleh membawa kepada keperibadian dan akhlak y...
Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

Wanita Sekolahkan Ibu Bapa Jangan Back Up Bila Anak Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 628 hits
Kanak kanak memang cepat belajar daripada apa yang mereka dengar dan lihat Sebab tu kita sebagai orang dewasa kena jaga percakapan dan perbuatan depan anak anak yang masih kecil Kadang kala bukan daripada kita mereka belajar tapi melalui pe...
Anak Anggota Dprd Dan Anak Pejabat Nyabu Di Kamar Kos Wanita 19 Tahun Sang Ibu Juga Anggota Dprd

Anak Anggota Dprd Dan Anak Pejabat Nyabu Di Kamar Kos Wanita 19 Tahun Sang Ibu Juga Anggota Dprd

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 514 hits
Dua anak pejabat satu di antaranya anggota dewan diamankan petugas karena menggelar pesta sabu sabu di kamar kos seorang cewek berusia 19 tahun Anak pejabat dan anggota dewan ini pun terbuka melakukan perbuatan terlarang di kos cewek Polisi...
Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 534 hits
Mak tolong jangan mati Itulah yang dikatakan seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis teresak esak saat ibunya bertarung nyawa akibat ditikam oleh bekas suami Menurut seorang wanita Turkey berusia 38 tahun telah disera...
12 Wanita Warga Asing Ditahan Ketika Layan Pelanggan Di Pusat Terapi

12 Wanita Warga Asing Ditahan Ketika Layan Pelanggan Di Pusat Terapi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 397 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Empat Lelaki Warga China Ditahan Jual Jongkong Emas Palsu

Empat Lelaki Warga China Ditahan Jual Jongkong Emas Palsu

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 357 hits
Empat lelaki warga China direman empat hari bermula Rabu selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan emas palsu menerusi aplikasi WeChat Susulan penahanan individu terbabit polis turut merampas 111 jongkong emas palsu Yuanbao seber...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan