Terbelakah Nasib Pelajar India Di Bawah Ph T Mohan


Kasthuri Jeevendran
  KUALA LUMPUR – Walaupun sebelum menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), bukan sahaja pemimpin India dalam Pakatan Harapan (PH) namun hampir semua pemimpin dalam perikatan itu berjanji menjaga kebajikan masyarakat yang dikatakan terabai untuk sekian lama.

Bagaimanapun apabila kuasa berada dalam tangan, lain pula yang jadinya.

Semuanya seolah-olah tunggang terbalik, malah tidak kedengaran lagi suara pemimpin India yang suatu ketika dahulu begitu lantang.

Sebagai contoh, pelajar dalam masyarakat India terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program matrikulasi 2018 dan 2019 terus menghadapi masalah untuk mengikutinya sehingga menyaksikan Ahli Dewan Negara, Datuk T Mohan meluahkan rasa kecewa.

Mohan yang juga Naib Presiden MIC berkata, jawapan yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia ketika sidang Dewan Negara tentang jumlah pengambilan pelajar India lepasan SPM hanya omong kosong.

Katanya, kerajaan PH telah memperuntuk 1,804 tempat dan 1,212 pelajar India mengikuti program matrikulasi walhal sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukan 2,200 tempat.

“Ini adalah satu penurunan yang cukup drastik, mengapa angka itu semakin berkurangan sedangkan melalui janji manifesto serta cakap-cakap atas pentas sebelum PRU itu sudah memberi bayangan yang sebaliknya.

“Untuk makluman, kerajaan BN sebelum ini melalui Pelan Tindakan Masyarakat India telah memperuntukkan 2,200 penempatan untuk pelajar lepasan SPM dari Masyarakat India ke matrikulasi pada tahun 2018.

“Walaupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan Pakatan Harapan menafikan perkara tersebut dengan menyatakan ianya hanya sekadar ‘one off’ namun perkara itu telah didedahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan itu tidak benar seperti didakwa PH.

“Jika kita teliti rekod pengambil yang terdahulu, kita akan lihat peningkatan dalam jumlah
pengambilan pelajar India secara berperingkat pada setiap tahun bermula tahun 2009 lagi. Selepas pelancaran Pelan Tindakan Masyarakat India pada tahun 2017, jumlah tersebut telah ditetapkan pada kadar 2,200 untuk tahun seterusnya.

“Namun sedemikian, BN telah tetap dikritik oleh PH kerana kononnya tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada masyarakat selama memerintah sebaliknya mereka boleh melaksanakan dasar lebih baik dari itu tapi apa sudah jadi sekarang,” katanya.

Mohan melontarkan persoalan bagaimana selama ini pimpinan PH begitu lantang mengkritik kononnya peluang tidak diberikan dengan sewajarnya namun apabila sudah mempunyai kuasa untuk mengubah kedudukan itu, mereka bukan sahaja ‘merampas’ hak kaun India, sebaliknya terus berpolitik.

“Apa yang sedang dilakukan oleh keempat-empat Menteri India ini yang pada awal lantikan begitu gah bercakap tentang perjuangan untuk masyarakat India tetapi kini bunyi pun tidak ada.

“Sebelum kamu-kamu ini berkuasa, dengan begitu hebat kamu mengkritik BN kononnya telah menzalimi masyarakat India, tidak cukup itu anda juga bergolek-golek di jalanan dengan mengadakan demonstrasi tentang bagaimana kebajikan tidak terjaga.

“Tetapi selepas berkuasa, bukan sahaja tidak nampak apa-apa yang di janjikan, apa yang telah di berikan itu juga telah di rampas atau di ubah kononnya semua itu hanya sekadar sementara sahaja.

“Sebenarnya adakah kita akan terbela di bawah kerajaan yang jelas langsung tidak berminat mahupun komited dalam menjaga hak serta kebajikan dan kepentingan masyarakat India di negara ini? Ini baru satu isu saya belum senaraikan yang lain lagi.

“Ini adalah satu pengkhianatan kepada ratusan pelajar yang sebenarnya lebih daripada layak, dan paling menyedihkan kini tidak ada pimpinan dalam kerajaan ketika yang sanggup bangkit berjuang atau bersuara dan melaksanakan apa yang telah dijanjikan. Malu, sangat memalukan,” tegasnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/terbelakah-nasib-pelajar-india-di-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Kabur Pelajar Di Bawah Umur Pemuda Di Gunungkidul Dibekuk Polisi

Bawa Kabur Pelajar Di Bawah Umur Pemuda Di Gunungkidul Dibekuk Polisi

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 378 hits
Kanit Reskrim Polsek Semin Ipda Mahmet Ali Bahonar menambahkan jika FAR merupakan residivis atas kasus serupa Saat ini lanjut Mahmet kasus FAR ini masih dalam proses pengembangan termasuk apakah ada korban lainnya
Apple Menghentikan Jualan Iphone Se 6 6 Plus Dan 6s Plus Di India

Apple Menghentikan Jualan Iphone Se 6 6 Plus Dan 6s Plus Di India

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 198 hits
Jualan peranti iPhone di India masih lagi menyusut sungguhpun peranti untuk pasaran tempatan telah dipasang di Bangaluru menurut laporan Sungguhpun begitu keuntungan meningkat kerana penjualan model yang dijual pada harga yang lebih tinggi ...
2 Maut 29 Cedera Selepas Buaian Gergasi Di Funfair India Patah

2 Maut 29 Cedera Selepas Buaian Gergasi Di Funfair India Patah

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 415 hits
The ReporterDua maut manakala 29 lagi cedera selepas buaian gergasi yang dinaiki patah dua ketika sedang berhayun dalam kejadian yang berlaku di sebuah funfair di Gujarat India lapor Daily Mail Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 40 peta...
India Space Launch Delayed By Technical Problem

India Space Launch Delayed By Technical Problem

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 312 hits
The launch of India s second lunar mission has been halted less than an hour before the scheduled blast off due to a technical problem The countdown stopped 56 minutes before the launch after a technical snag was observed in launch vehicle ...
Realme 3i Dilancarkan Untuk Pasaran India Sebuah Realme 3 Dengan Rekaan Lebih Premium

Realme 3i Dilancarkan Untuk Pasaran India Sebuah Realme 3 Dengan Rekaan Lebih Premium

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 224 hits
Peranti terbaru Realme tahun ini adalah Realme X ia boleh dikatakan peranti utama mereka Tetapi sebelum Realme X Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah fokus utama mereka dan Realme C2 pula adalah peranti paling murah mereka Terkini Realme telah ...
India Batalkan Misi Ke Bulan Satu Jam Sebelum Peluncuran Roket

India Batalkan Misi Ke Bulan Satu Jam Sebelum Peluncuran Roket

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 256 hits
Upaya mendaratkan rover di permukaan bulan itu dibatalkan karena hambatan teknis 56 menit sebelum jadwal peluncuran
Lelaki Di Tahan Jadikan Tiga Warga India Sebagai Buruh Paksa

Lelaki Di Tahan Jadikan Tiga Warga India Sebagai Buruh Paksa

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 317 hits
KUANTAN Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menjadikan tiga lelaki warga India sebagai buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kuala Lipis Lipis dekat sini Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata suspek yang berumur 36 tahu...
17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah Rm150 Sehari Boleh Di Teb

17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah Rm150 Sehari Boleh Di Teb

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 444 hits
17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah RM150 Sehari Boleh Di Tempah Melalui Bagasi myAssalamualaikum Hai semua Tidak lama lagi musim cuti sekolah akan tiba Jadi banyak lah perancangan yang ada untuk habiskan bersama keluarga yang terc...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya