17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah Rm150 Sehari Boleh Di Teb
17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah RM150 Sehari Boleh Di Tempah Melalui Bagasi.myAssalamualaikum. Hai semua.Tidak lama lagi musim cuti sekolah akan tiba. Jadi banyak lah perancangan yang ada untuk habiskan bersama keluarga yang tercinta. Nak pergi bercuti, berkelah ataupun buat aktiviti lasak. bercuti bunyi macam menarik sangat. nak pula kalau boleh bercuti dalam malaysia tetapi boleh rasai suasana seperti diluar negara. Apa kata jauh kan sikit tempat bercuti, sekali sekala pergi seberang laut ke Sabah.
Bila sebut sahaja percutian di Sabah, pasti ramai antara kita yang akan terfikir tentang Kundasang. Selain Kota Kinabalu, Kundasang juga semakin mendapat tempat di hati ramai pelancong tempatan dan luar negara. Jika anda belum pernah ke sini, jom kita rancang percutian penuh epik ke Sabah dan tempah salah satu daripada hotel di Kundasang yang kami kongsikan dalam artikel ini. Harganya mesra bajet, di bawah RM150 untuk sehari semalam!
Bagasi.my
Merjadi satu flatform buat pelancong luar dan dalam negeri untuk mencari tempat penginapan serta tempat percutian yang bagus. Selain menawarkan tempat penginapan yang murah, ianya menjadi tempat rujukan yang baik untuk para pelancong membaca kisah dan pengembaraan yang ada di dalam nya.
Hotel di Kundasang (Senarai Ringkas)Hotel Termurah: Postar’s Backpacker Kundasang , “Menawarkan penginapan yang termurah di Kundasang dan amat sesuai untuk tetamu yang datang solo”Lodge bajet untuk travel dengan rakan: D’Villa Rina Ria Lodge , “Pada yang datang dengan rakan-rakan, lodge ini menawarkan bilik asrama yang selesa dengan bilik air berkongsi, jadi anda boleh tidur sebilik.”Penginapan Ladang Unik: Wind Valley Farmstay , “Pada yang tidak pernah mengalami suasana ladang, penginapan unik ini memberi anda peluang untuk menikmati suasana ladang yang unik. Ia juga terletak berhampiran dengan air terjun.”Banglo yang Cantik dan Privasi: J Residence , “Banglo ini terletak agak terlindung di kaki bukit Taman Negara Kinabalu. Ianya amat sesuai untuk tetamu yang sukakan ketenangan dan suasana damai di tempat yang terpencil.”Hotel Kabin ala Hipster: Oppa 28 , “Menawarkan tema ala hipster, hotel kabin ini dihias dengan moden dan dicat dengan warna-warna terang yang ceria.”Apabila dengar sahaja Kundasang, memang ligat kepal otak nampak New Zealand Malaysia. Mana tidaknya, dah berapa ramai kawan pejabat yang pergi bila balik cerita nya mesti sangat seronok dn berbaloi. Tempat sejuk, bau segar dan nyaman.
Jadi di Bagasi.My, banyak benda yang dah dimudahkan. Contohnya bagasi.my dan senaraikan ada lebih 17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah RM150 Sehari Boleh Di Tempah Melalui Bagasi.my. Banyak la kan, tak perlu nak cari satu-persatu jua macam lagu TokTie. Jadi kenapa perlu bayar mahal sedangkan boleh dapat yang murah.
Siapa yang tidak teruja untuk buat perancangan ke Kundasang. Di sana terdapat aktiviti yang dan tempat yang menarik. Selain aktiviti, penginapan yang baik juga memainkan peranan yang penting. Ye la ka, dah penat seharian berjalan, bila sampai ke tempat penginapan semestinya nak rehatkan badan dengan selesa. Di Bagasi.My anda boleh membuat perbandingan sendiri mengenai penginapan yang di perlukan. Jarak penginapan dengan tempat yang nak dituju.
Jadi rancanglah dengan bijak dengan mengikut ksesusaian bajet anda. Jangan tak percaya ya, di Bagasi.My memang ada harga penginapan bermula dari RM150 sehari. Bijak lah mencari dan ambil masa untuk membaca review yang ada. Apa lagi, jom lah ke Kundasang bersama orang yang tersayang.
Tak percaya?!!!Klik untuk dapatkan 17 Hotel Di Kundasang Yang Mesra Bajet Bawah RM150 Sehari Boleh Di Tempah Melalui Bagasi.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2019/07/17-hotel-di-kundasang-yang-mesra-bajet-bawah-RM150-sehari-boleh-ditempah-melalu-bagasi.my.html