Terasa Rindu Nak Pergi Bercuti Ke Cameron Highland


Dua tiga hari ini, saya asyik teringat dan terbayang suasana dan pengalaman percutian yang pernah saya lalui ketika berkunjung ke Cameron Highland.
 
Mungkin sebab cuaca di Kuala Lumpur yang tak menentu sejak kebelakangan ini, dan kadang-kadang terasa agak panas. Saya mengimpikan untuk berada di kawasan tanah tinggi yang lebih dingin dan nyaman udaranya.
 
Tahun ini saya masih belum berkesempatan untuk datang bercuti ke Cameron Highland. Saya rasa kalau boleh macam nak setiap tahun datang bercuti ke sini.
 
Kalau dapat datang bercuti ke Cameron Highland nanti, saya tak ada pun pasang niat nak buat lawatan ke tempat-tempat menarik yang ada disini, sebabnya hampir kebanyakkan tempat menarik di Cameron Highland telahpun saya kunjungi.
 
Kalau boleh cuma nak datang sini dan lepak-lepak santai sahaja. Tapi ada beberapa tempat yang saya pertimbangkan. Antaranya
 
(1) Ladang teh Cameron Valley Tea Ladang teh ini terletak di laluan yang sama untuk menuju ke Tanah Rata. Lokasinya betul-betul ditepi jalan menjadikan tempat ini mudah untuk dikunjungi.

Ladang Teh Cameron Valley Tea ini juga mempunyai pemandangan ladang teh yang tak kurang menariknya. Kalau kebetulan pada waktu itu cuaca agak redup, bolehlah jalan-jalan dalam kawasan ladang.
 
Kalau suasana agak panas, boleh lepak-lepak dekat cafe sahaja.

Sambil minum teh, kita boleh saksikan gelagat pelancong asing dan pengunjung yang seronok bergambar dan bersiar-siar dalam kawasan ladang.

Kalau nak lepak lama-lama dekat sini pun tak ada siapa yang nak kacau. Yang penting kenalah ada order something.
Baca juga: Cameron Valley Tea – Jalan-jalan dalam kawasan ladang dan minum teh
 
(2) Minum teh dan makan kek sambil menikmati pemandangan bunga-bungaan di Cameron Lavender Kalau sebelum ini, kita minum teh sambil melihat pemandangan yang serba hijau, kali ini kita tukar pemandangan kepada sesuatu yang lebih berwarna-warni.

Cameron Lavender Garden adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Dekat sini terdapat bunga lavender dan lain-lain jenis bunga dengan warnanya yang pelbagai.

Dekat tingkat atas ada cafe yang kita boleh order teh dan lain-lain produk pastri.
Baca lagi: Cameron Lavender Garden – Taman Lavender yang indah di Cameron Highland
 
Oh ya, cuma yang tak berapa bestnya, kalau nak masuk ke Lavender Garden ini, kita akan dikenakan caj masuk RM10 seorang.
 
(3) Lepak santai di Time Tunnel Muzium Bagi yang masih belum pernah sampai di Time Tunnel Muzium di Cameron Highland, untuk pengetahuan anda tempat ini sebenarnya mengumpulkan pelbagai produk antik dari era 60an ke 80an.
 
Kalau anda datang ke sini, bersama dengan seseorang yang lahir sekitar tahun 60an macam tu, pasti mereka sangat kenal dengan barang-barang yang dipamerkan disini.
 
Saya teringat makanan yang kami pernah order semasa berkunjung ke sini.

Nanti kalau dapat datang bercuti ke sini sekali lagi, saya nak terus pergi ke cafe dia sahaja. Tak nak dah masuk dalam muzium sebab dah pernah pergi.

Kali ni nak lepak-lepak dekat cafe dia sahaja.
 
Kalau anda minat nak tahu apa yang menarik di Muzium Time Tunnel Cameron Highland, jemputlah baca posting saya yang sebelum ini – Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland
 
(4) Jalan-jalan dekat Pasar Malam Cameron Highland Apa yang menarik sangat dengan pasar malam di Cameron Highland?
 
Saya rasa pasar malam di sini biasa-biasa sahaja. Cuma kalau nak cari produk keluaran tempatan seperti strawberi, jagung dan sayur-sayuran boleh diperolehi dengan mudah disini.
 
Dari segi harga, saya tak berani nak kata harganya murah.

Tapi alang-alang dah berada disini, bolehlah luangkan sikit masa dan jalan-jalan dekat pasar malam ini.
 
Kali terakhir saya datang ke sini, sebelah malamnya ada kabus tebal mula menyelubungi kawasan ini.

Sebelum nak borong strawberi saya syorkan buat dulu perbandingan harga dekat tempat lain.

Saya rasa kat tempat lain, mungkin boleh dapat harga lebih rendah berbanding dekat sini. Kalau setakat nak cuba satu dua pek, beli je dekat pasar malam ini. Senang.
Baca lagi: Pasar malam Cameron Highland – Apa yang menarik disini?
 
(5) Makan malam stimbot di Restoran Taman Abang Percutian ke tempat sejuk seperti di Cameron Highland ni memang tak lengkap kalau tak makan steamboat!

Kat mana nak makan steamboat bila bercuti di Cameron Highland?
 
Biasanya saya akan pergi ke Restoran Taman Abang yang terletak di Tanah Rata.

Untuk tempat penginapan di Cameron Highland, biasanya saya juga akan pilih yang terdapat di sekitar Tanah Rata.
 
Satu lagi perkara yang saya suka dengan Cameron Highland ni ialah, kadar sewa untuk penginapan di Cameron Highland tidaklah terlalu mahal.
 
Kebiasaannya, saya akan buat semakan harga di laman web Airbnb. Kalau kebetulan jumpa tempat penginapan yang cantik dengan harga yang berpatutan, saya akan buat tempahan.
 
Lagi satu yang saya suka dengan Airbnb, kita boleh buat tempahan menggunakan Travel Credit. Bagi anda yang masih belum pernah jadi ahli di laman web Airbnb, boleh berbuat demikian dengan melayari halaman ini.

Setelah anda buat pendaftaran, anda boleh tebus Travel Credit bernilai RM165 yang boleh digunakan sebagai diskaun untuk tempahan anda.
 
Harap-harap dapat pergi dalam masa terdekat ini nanti.
 
 
The post Terasa rindu nak pergi bercuti ke Cameron Highland appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/rindu-bercuti-ke-cameron-highland/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 527 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Bagaimana dengan persiapan raya Sudah buatkah Atau masih tercari cari kedai yang kena dengan bajet Malu nak pergi beraya sebab takde ...
Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 485 hits
Mandi nak mandi lama lama Pergi playground tak nak balik Pergi supermarket nak lari ke sana ke mari Main mainan orang lain tak nak pulang Pergi kedai mainan nak bawa mainan keluar dari kedai Anak papa mama ada tak ciri macam ni Jika ada bac...
Zoo Negara Nak Bangkrup Baik Tutup Je Lah Netizen

Zoo Negara Nak Bangkrup Baik Tutup Je Lah Netizen

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 473 hits
Penulisan di bawah merupakan penulisan yang viral di media sosial dan tidak semestinya ia mencerminkan pendirian rasmi The Reporter 17 Mei lalu media tempatan melaporkan Zoo Negara berada dalam situasi terdesak memerlukan pengunjung yang le...
Susah Nak Jaga Rambut Sebab Bertudung Ini 5 Tips Untuk Korang

Susah Nak Jaga Rambut Sebab Bertudung Ini 5 Tips Untuk Korang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 507 hits
Setiap wanita mesti nak rambut dia yang sihat termasuklah wanita yang bertudung Walaupun korang bertudung hampir seharian tidak semestinya rambut korang perlu dibiarkan tanpa penjagaan rapi tau Korang kena jaga rambut korang kalau tak nanti...
Nak Berjaya Dalam Hidup Jom Amalkan Tips Ni

Nak Berjaya Dalam Hidup Jom Amalkan Tips Ni

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 491 hits
Kadangkala pengalaman dan kejayaan orang lain tu lah akan menjadi inspirasi untuk kita dan boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri supaya kita dapat memperolehi masa depan yang lebih baik Mungkin benda tu nampak remeh tapi kalau diama...
Nak Vakum Ke Tak

Nak Vakum Ke Tak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 437 hits
13 Mei 2014 Perlukah daku melaksanakan tugasan ini Alhamdulillah jiran kepada jiran Master rupa rupanya telah mendapat cahaya mata Punyalah kami tak sedar maklumlah keluar semasa matahari terbit sampai rumah tatkala mentari telah lama terbe...
Bantu Rakyat Terlebih Dahulu Baru Sembang Nak Tawar Biasiswa Lebih Rm 11 Juta Kepada Rakyat Palestin

Bantu Rakyat Terlebih Dahulu Baru Sembang Nak Tawar Biasiswa Lebih Rm 11 Juta Kepada Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 468 hits
Malaysia tiada duit Habis kena rembat dengan kerajaan terdahulu Najib ambil letak dalam 1MDB bla bla bla Bantuan sara hidup rakyat pun terpaksa ditamatkan Sebab tu PTPTN kena ada duit bla bla bla hutang negara Begitulah bunyinya bila puak P...
Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian Kecewa Isteri Tetap Nak Malukan Lepas Minta Maaf

Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian Kecewa Isteri Tetap Nak Malukan Lepas Minta Maaf

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 1035 hits
Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf Susulan pendedahan terbaharu isteri Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam di media sosial pelakon itu akhirnya mengakui pernah melakuk...
Hamilkan Bayi Lelaki Ibu Berisiko Overdue Nak Bersalin Cepat Banyakkan Jalan Kaki

Hamilkan Bayi Lelaki Ibu Berisiko Overdue Nak Bersalin Cepat Banyakkan Jalan Kaki

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 407 hits
Bila kandungan melepas tarikh jangkaan bersalin ibu berdebar Macam macam yang bermain di fikiran Bimbangkan si kecil proses bersalin nanti Ibu yang kandungan overdue Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan Kandungan melepasi tarikh ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding