Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah Ammar Alfian Kecewa Isteri Tetap Nak Malukan Lepas Minta Maaf


“Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah…” – Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf! Susulan pendedahan terbaharu isteri Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam di media sosial, pelakon itu akhirnya mengakui pernah melakukan kesalahan terhadap wanita itu.
Walaupun tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dimaksudkannya itu, pelakon filem Paskal berkenaan berkataan dia juga sudah berkali-kali menyatakan permohonan maaf kepada isterinya.
Bagaimanapun Ammar meluahkan kekecewaannya apabila Nelissa memilih untuk memperbesarkan isu berkenaan hingga memalukan dia kepada umum.
“Fokus saya adalah pada anak lelaki saya yang bakal lahir, tiada benda lain yang penting. Saya dah buat pilihan untuk berdiam diri dan selesaikan masalah ini antara saya dan isteri.
“Tetapi isteri saya mahu memalukan saya pada khalayak ramai, saya takkan main permainan dia,” katanya.
Ammar membuat penjelasan tersebut menerusi Instagram pada Khamis.
Perkongsian Ammar di Instagram.
Ia berikutan pada Rabu malam, Nelissa sekali lagi tampil membongkarkan perlakuan curang suaminya itu dengan mendedahkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara mereka berhubung isu berkenaan.
Nelissa membuat penjelasan tersebut selepas berang dengan kenyataan Ammar sebelum ini yang menafikan dakwaannya itu.
Sementara itu, Ammar mengakui ada melakukan tindakan yang salah terhadap Nelissa dan sudah membuat permohonan maaf.
Namun, isterinya itu enggan menerima penjelasannya dan memilih untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan berkongsi di laman sosial.
“Saya tahu apa yang saya lakukan adalah salah dan sudah pun meminta maaf berkali-kali sebelum ni pada isteri saya, tapi ini hukuman yang saya dapat dari dia. Saya reda dan terima kerana ini semua dari Allah.
Nelissa berkongsi paparan skrin perbualan mereka di Instagram.
“Seperti mana saya pernah beritahu sebelum ni, kamu semua tak boleh faham dan tak mahu dengar (penjelasan) belah pihak saya, jadi buat apa saya perlu jelaskan apa-apa. Cukup bagi saya, Nel isteri saya, ibu bapa saya dan ibu bapanya tahu.
“Isteri saya yang memilih cara penyelesaian seperti ini, harap dia berpuas hati setelah motif tercapai. Di bulan Ramadan yang mulia ini, pada semua saya meminta maaf, saya pendosa dan saya percaya Allah Akan memaafkan hambaNya yang datang padaNya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ammar berkata dia sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dan percaya ada hikmah di atas setiap apa yang berlaku.
“Ini merupakan post saya yang terakhir tentang isu ini. Tolong hormati perkahwinan saya dan beri saya ruang untuk selamatkan perkahwinan saya.
“Saya harap perjalanan hidup saya lebih tenang dan dekat pada Allah selepas ini, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya.
Sumber: mstar Online
The post “Saya Reda Dan Terima Kerana Ini Semua Dari Allah…” – Ammar Alfian kecewa isteri tetap nak malukan lepas minta maaf! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/saya-reda-dan-terima-kerana-ini-semua-dari-allah-ammar-alfian-kecewa-isteri-tetap-nak-malukan-lepas-minta-maaf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Dakwa Ammar Alfian Berlaku Curang

Isteri Dakwa Ammar Alfian Berlaku Curang

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 437 hits
Pendedahan menerusi Instagram yang dimuat naik Nelissa menerusi laman Instagramnya sebentar tadi Isteri kepada pelakon Ammar Alfian Nelissa Nezam membuat pendedahan menerusi Instagram sebentar tadi bahawa suaminya berlaku curang ketika dia ...
Suami Curang Ketika Saya Hamil 6 Bulan Isteri Dakwa Ammar Alfian Curang

Suami Curang Ketika Saya Hamil 6 Bulan Isteri Dakwa Ammar Alfian Curang

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 666 hits
Nelissa Nezam isteri kepada pelakon Ammar Alfian meluahkan dirinya menerima dugaan yang tidak disangka sangka dalam bulan ramadan ini Menurut Nelissa rumah tangganya yang berusia tiga tahun mengalami masalah apabila Ammar mengkhianati keper...
Hiburan Kesal Dituduh Menipu Isteri Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan Whatsapp

Hiburan Kesal Dituduh Menipu Isteri Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan Whatsapp

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 1254 hits
Sebelum ini isteri pelakon Ammar Alfian iaitu Nelisa Nezam mendedahkan bahawa lelaki itu curang kepadanya sedangkan dia sedang hamil enam bulan Dia kemudiannya memohon maaf kerana mendedahkan perkara itu di Instagram kerana keadaannya yang ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Kucing Tapi Jangan Sampai Menyusahkan Jiran Ini Etika Penting Untuk Pencinta Haiwan

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Tip Stok Cili Tahan Lama

Beard Stubble Fashion Trend Or Breeding Ground For Germs Insights From Medscape

New Research Links Agricultural Dust Exposure To Gut Health Issues In Farm Workers

Access Blocked What It Means For You