Mandi Nak Lama Lama Pergi Taman Tak Mahu Balik Teknik Ini Ajar Anak Move On


Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.
Anak papa mama ada tak ciri macam ni? Jika ada baca perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ini yang boleh ibu bapa lakukan bila anak dalam situasi tersebut.
Anak saya pun ada ciri-ciri di atas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri
Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.

Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.
Pertama perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.
Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak. Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik mulakan awal.
Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tak macam itu.
Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham
1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah. Bila pergi kemana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya.
Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;
“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau
“Mummy punya, Eva punya”.
Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.
2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.
3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:
“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”
Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.
Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.

4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.
Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.
Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.
Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.
Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.
Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.
Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.
Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!
Sumber: OT Maryam Jamadi
The post Mandi Nak Lama-Lama. Pergi Taman Tak Mahu Balik. Teknik Ini Ajar Anak ‘Move On’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mandi-nak-lama-lama-pergi-taman-tak-mahu-balik-teknik-ini-ajar-anak-move-on/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 459 hits
Hai Assalamualaikum Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun Tahun depan dah nak sekolah dah Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan Yang saya nampak peran...
Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

Senang Jaga Sarima Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar Mandi Saja

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 373 hits
Pelakon Syatilla Melvin bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu Sarima Samheizy tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses b...
Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

Mama Adik Lapar La Ajar Anak Kecil Berpuasa Makanan Terbaik Untuk Puasa Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 685 hits
Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa Tak kisahlah separuh atau suku hari latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lap...
Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 526 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Bagaimana dengan persiapan raya Sudah buatkah Atau masih tercari cari kedai yang kena dengan bajet Malu nak pergi beraya sebab takde ...
Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

Saya Garang Dengan Anak Anak Biarlah Orang Nak Cakap Apa Asalkan Tahu Adab Faezah Elai

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 888 hits
Masalah keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan membuatkan pelakon Faezah Elai terpaksa bersikap tegas dalam mendidik anak anaknya Menurut Faezah 36 dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak anak dan tidak kisah jika ada...
Org Kata Kita Akan Maati Hari Kelahiran Kita Seminggu Bonda Pergi Anak Kongsi Mesej Terakhir Mami

Org Kata Kita Akan Maati Hari Kelahiran Kita Seminggu Bonda Pergi Anak Kongsi Mesej Terakhir Mami

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 920 hits
Hampir seminggu pemergian Pengasas Dnars iaitu Puan Faziani Rohban Ahmad 40 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani Thailand Org kata kita akan maati hari kelahiran kita Seminggu bonda pergi anak kongsi mesej terakhir mami
Saya Menyesal Terlalu Manjakan Anak Anak Nak Minta Tolong Hantar Ke Klinik Pun Anak Tak Endah Alasan Bini Tak Bagi

Saya Menyesal Terlalu Manjakan Anak Anak Nak Minta Tolong Hantar Ke Klinik Pun Anak Tak Endah Alasan Bini Tak Bagi

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 424 hits
Hancur luluh hati seorang bapa sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan sejak dua bulan lepas kerana disisihkan oleh anak anaknya sendiri Awang 46 bekas Angkatan Tentera Malaysia kesal dengan tiga anak lelaki dan s...
Teknik Mudah Ibu Ini Buat Untuk Anak Senang Makan Ubat Sekejap Dah Siap

Teknik Mudah Ibu Ini Buat Untuk Anak Senang Makan Ubat Sekejap Dah Siap

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 781 hits
Ada tak mak mak yang kena struggle nak bagi anak makan ubat jenis cecair sirap Bila dah masuk 2 tahun makin susah nak bagi sebab anak dah pandai mengelak Walaupun dah masuk elok elok dalam mulut tak sampai seminit terkeluar semua ubat Masa ...
Bila Anak Lelaki Balik

Bila Anak Lelaki Balik

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraAhad lepas anak lelaki noe balik sekejap rumah Outing hanya dibenarkan pada hari Ahad dan mesti berada di asrama balik pada pukul 6 30 petang Ali sampai pagi sebab tumpang kawan dia kebetulan kawan baik di...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri