Teori Pengkaedahan Melayu Memenuhi Keperluan Teori Sastera Tempatan


 Teori Pengkaedahan Melayu adalah sebuah teori yang dikemukakan pada tahun 1989.Oleh itu, Teori Pengkaedahan Melayu boleh digolongkan sebagai teori baru jika dibandingkan dengan teori-teori lain yang datang dari luar, contohnya Teori Stilistik, Semiotik, Intertekstualiti, Feminisme, Strukturalisme, New Historisme, Sosiologi, Psikologi, dan Psikoanalisis. Teori Pengkaedahan Melayu ini adalah hasil usaha seorang sarjana tempatan, iaitu Prof. Datuk Dr. Hashim Awang, dalam usaha mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mengkaji karya-karya tempatan. Mengikut Hashim Awang teori ini mengandungi rumusan, atau formula, yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera, dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu, di mana pembentukannya adalah bertunjangkan realiti kehidupan dan keagamaan penghasil sastera (Hashim Awang, 2002:2).Keperluan Teori Tempatan
         Sudah sekian lama sarjana dan pengkritik tempatan menggunakan teori-teori luar untuk mengkaji atau menilai hasil sastera tempatan. Pada keseluruhannya teori-teori yang digunakan ini diasaskan di Barat. Mengikut Md. Salleh Yaapar (2002:xii-xiii) keadaan ini berlaku kerana negara-negara Timur telah dijajah begitu lama oleh kuasa-kuasa Barat. Penjajahan ini telah mengakibatkan amalan kesusasteraan konvensi, pemikiran dan perkembangan di negara Barat diterima sebagai rujukan dan ikutan negara-negara rantau ini. Tumpuan perhatian dalam hampir semua perkara yang berkaitan dengan penghasilan dan penghayatan kesusasteraan terus diberikan kepada negara-negara di benua Eropah dan Amerika. Selaras dengan itu, maka hampir semua yang timbul dan dikembangkan di sana, daripada kritikan baru, psikoanalisis, dan strukturalisme, hingga kepada pascastrukturalisme, dekonstruksi, dan kesusasteraan feminis, diterima dan diikuti, malah seringkali dianggap bersifat sarwajagat dan bermutu tinggi. Md. Salleh Yaapar juga menegaskan bahawa:
pengalaman manusia Barat itu kuat terikat dengan nilai-nilai dan iklim budaya mereka yang tersendiri. Justeru itu, ia tidak semestinya bersifat sarwajagat atau sesuai untuk manusia lain di tempat lain. Apatah lagi yang dirujuk dan diterima itu hanyalah pemikiran, teori, dan amalan kesusasteraan Barat daripada kategori moden dan pascamoden, manakala unsur-unsur pemikiran, teori, dan amalan daripada warisan Barat tradisional dan yang lebih bersifat kerohanian telah ditinggalkan, sedangkan unsur-unsur daripada warisan itulah yang lebih banyak analogi dan pertalian dengan khazanah di rantau ini (2002:xiv).

         Pada akhir abad ke-20, para sarjana mula mendapati bahawa tidak semua teori sastera Barat boleh digunakan untuk mengkritik sastera Melayu. Mereka mula mendapati bahawa ada aspek teori yang menimbulkan masalah. Hal ini terjadi kerana teori-teori itu berlandaskan ciri-ciri sejarah, agama, dan kebudayaan yang tidak sesuai, malah bertentangan dengan sastera Melayu. Misalnya terdapat penulis teori yang dipengaruhi oleh agama Kristian dan Yahudi dalam melahirkan konsep-konsep mereka. Ada pula teori-teori yang menentang semua agama, umpamanya yang ada kaitan dengan pandangan falsafah Friedriche Nietzsch, bahawa Tuhan itu tidak ada dan sudah lenyap. Unsur-unsur kebudayaan dalam teori-teori sastera mungkin juga akan menimbulkan masalah jika konsep-konsep yang dipinjam oleh pengkritik berasal daripada kajian masyarakat Barat dan bukan daripada kajian masyarakat Melayu Nusantara atau negara-negara Timur amnya.
         Antara pandangan terawal daripada sarjana tempatan tentang ketidaksesuaian teori Barat ialah daripada Ismail Hussein. Hujah Ismail Hussein ini telah disampaikan di dalam Ucapan Tahunan Royal Asiatic Society Malaysian Branch yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Februari 1966. Ucapan ini kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku dengan judul The Study of Traditional Malay Literature oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974. Beliau telah melontarkan rasa kecewanya terhadap penggunaan kaedah Barat yang dianggapnya tidak sesuai dan kurang tepat dalam kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap kesusasteraan Melayu, khususnya kesusasteraan tradisional. Antara lain, Ismail Hussein menegur kritikan Winstedt terhadap epik agung, Hikayat Hang Tuah, yang menurut Winstedt tidak mempunyai nilai sejarah sebaliknya hanya rentetan peristiwa yang berunsur khayalan. Kecaman ini tidak sepatutnya berlaku kerana Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya sastera dan bukan sebuah tulisan sejarah. Segala peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah sebagaimana di dalam karya klasik Melayu yang lain adalah merupakan lambang atau sindiran tajam, yang mencerminkan ketinggian pemikiran dan ketinggian nilai estetika yang kurang difahami oleh sarjana dari luar. 
         Sebuah lagi tulisan Ismail Hussein bertajuk  “Masalah Pensejarahan Sastera Melayu Baru”  dimuatkan di dalam majalah Penulis,April-Ogos, 1970. Dalam tulisan tersebut beliau menegaskan tentang keperluan mewujudkan kaedah sendiri dalam penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden. Pandangan Ismail Hussein ini dipersetujui oleh sarjana lain. A.Teeuw  menegaskan bahawa sastera Nusantara, khususnya kesusasteraan Melayu, harus memiliki teori dan kaedah pengkajian sendiri kerana kesusasteraan ini memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat istimewa yang harus dilihat daripada kaca mata orang-orang Melayu sendiri. Menurut A.Teeuw, persoalan utama ialah isi sebenar karya kesusasteraan Melayu itu yang mungkin tidak terdapat dalam kesusasteraan bangsa lain (1981: 5-8).
        
         Pandangan seterusnya diberikan oleh Umar Junus dalam tulisan artikelnya. Umar Junus  menganggap bahawa teori kesusasteraan yang berkembang di Barat adalah umpama penjara bagi pengkaji sastera tempatan. Beliau menyatakan bahawa ”kita berada dalam penjara teori kesusasteraan yang berkembang di Barat” (1991:16).
Jika pergantungan terhadap teori Barat itu satu penjara, maka ia mestilah dihapuskan, dan kita mampu untuk melakukannya. Pandangan positif ini dilontarkan oleh Kassim Ahmad. Beliau berpendapat bahawa sarjana tempatan mampu mengemukakan teori yang lebih baik dan lebih sesuai daripada teori yang diambil dari Barat, dengan syarat kita mestilah yakin dengan kebolehan sendiri. Menurut Kassim, ”Tidak ada sebab untuk menyatakan daya fikir dan daya kreatif kita kurang daripada orang Barat. Syaratnya pemikiran kita mestilah dibebaskan daripada segala bentuk tahyul dan khurafat. Salah satu tahyul itu ialah rasa rendah diri kepada kuasa manusiawi, baik dari Barat atau Timur” (1992:9).
   Mana Sikana turut memperkatakan tentang beberapa kekurangan teori Barat di dalam mengkaji sastera tempatan. Menurut Mana Sikana (1991: 8-11):
1)     Ada teori yang sudah terlalu lama dan tidak berkembang lagi seperti pendekatan sejarah dan moral.
2)     Ada teori-teori yang digunakan sudah terlalu dominan dan hampir membeku seperti pendekatan formalistik.
3)     Terdapat juga teori yang telah mengalami perubahan dan perkembangan, seperti teori psikoanalisis dan sosiologi.
4)     Ada teori yang sudah kurang berfungsi untuk menganalisis karya-karya sastera Melayu yang baru.

         Bertolak daripada kekurangan yang diperkatakan di atas, Mana Sikana telah mengemukakan pendapat dan cadangan ke arah pembinaan teori sastera tempatan. Beliau menyarankan supaya prinsip-prinsip Islam dijadikan asas pembentukan sebuah teori tempatan. Cadangan tersebut diperincikan di dalam bukunya Kritikan Sastera-Pendekatan dan Kaedah (1986).
Keperluan teori tempatan turut menjadi perbincangan di peringkat serantau.  Mengikut Chong Ah Fok (2005:23), pada akhir abad ke-20 para sarjana Melayu di Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam, telah mula menyuarakan pandangan mereka untuk mencari teori sastera sendiri. Keperluan ini disebabkan ada teori yang kurang sesuai dengan hasil karya tempatan, khususnya karya sastera Melayu, dan sesetengahnya sudah agak lama dan perlu diperbaharui. Penulis Brunei yang turut menyuarakan pendapat tentang ini ialah Yahya M.S.
               Menurut Sahlan Mohd Saman (1999) terdapat beberapa teori kritikan yang diketengahkan oleh sarjana tempatan. Antaranya ialah ”Teori Sastera Islam” yang diutarakan oleh Shahnon Ahmad pada tahun 1977, ”Puitika Sastera Melayu” yang diasaskan oleh Muhammad Haji Salleh, ”Teori Pendidikan Estetik Daripada Pendekatan Tauhid” dihasilkan oleh Mohamad Affandi Hassan, ”Pendekatan Kritikan Islam” oleh Mana Sikana, dan ”Teori Takmilah” yang dibina oleh Shafie Abu Bakar. Sahlan membincangkan isi setiap teori yang dikemukakan oleh setiap tokoh tersebut.
Sehubungan dengan itu, Hashim Awang turut  menampilkan pandangan beliau. Hashim Awang berpendapat bahawa:


“Tidak semua teori kritikan sastera dari Barat itu dapat dikatakan sesuai untuk diterapkan dalam pelaksanaan kritikan sastera di negara kita. Paling jelas ialah teori-teori yang didasarkan kepada pandangan atau gagasan Karl Marx, dan beberapa konsep tertentu dari psikoanalisa dan agama Kristian, yang memiliki banyak unsur-unsur yang bertentangan dengan pandangan hidup dan kepercayaan agama (Islam) masyarakat kita” (1983: 8). 

                        Melalui Syarahan Perdana di Universiti Malaya, Hashim Awang menyuarakan pandangannya bahawa Sastera Melayu mempunyai nilai-nilai dan keunikan tersendiri. Sastera Melayu terhasil oleh adanya pandangan hidup, kebudayaan, dan kepercayaan masyarakat Melayu sendiri, yang ternyata amat berbeza dengan masyarakat Barat. Oleh itu ia perlu dinilai atau dikaji daripada kaca mata pengkaedahan tersendiri juga. (Hashim Awang, 1997:12)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/10/teori-pengkaedahan-melayu-memenuhi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

Dap Persoal Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 43 hits
MALAYSIAKINI Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan pada Ahad ini Dalam satu kenyataannya Lim menyoal sama ada empat univer...
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Jurutera Pengurus

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Jurutera Pengurus

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 49 hits
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Portal jawatan kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Keretapi Tanah Melayu Berhad yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengi...
Perbuatan Syirik Kebanyakkan Perbuatan Orang Melayu

Perbuatan Syirik Kebanyakkan Perbuatan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 187 hits
Suatu Hari Ketika Lalu Dibelakang Rumah Terjumpa Bungkusan Pelik Di Pokok Daun Kari Tak Sangka Bila Buka Ada Sungguh Mengejutkan Assalamualaikum Saya dengan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk ...
Umno Dijangka Hantar Wakil Ke Kongres Maruah Melayu

Umno Dijangka Hantar Wakil Ke Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 66 hits
Diterbitkan Hari ini 10 25 malamSelepas PAS Umno juga kemungkinan akan menghantar pemimpin kanan menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam Ahad ini Malaysiakini difahamkan Umno yang bermesyuarat hari ini mem...
Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

Kongres Maruah Melayu Manifestasi Kegagalan Mahathir Ezam

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 62 hits
MALAYSIAKINI Bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor meminta para pemimpin khususnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk berhenti menjadi munafik dan hipokrit Katanya selepas lebih 50 tahun merdeka dengan negara sepanjang masa di...
Ummah Tuntut 6 Perkara Dalam Amanat Pm Di Kongres Melayu

Ummah Tuntut 6 Perkara Dalam Amanat Pm Di Kongres Melayu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 50 hits
Haji Aminuddin Yahaya Kembalikan Tanah Rizab Melayu perkukuh ekonomi sokong BMF GERAKAN PEMBELA UMMAH semenjak dari awal penubuhannya sangat prihatin terhadap perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Atas dasar itu UMMAH telah meleta...
Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 51 hits
Via WhatsApp Penyatuan Nasional dengan megah serta dengan yakinnya telah memberitahu bahawa mereka akan merampas kerusi Tanjung Piai Presiden Pas Hadi akan mewajibkan semua ahli2nya yang mengundi di situ untuk menyokong calon MCA Tetapi itu...
Pemandu Grab Bangsa Cina Sanggup Tunggu Gadis Ini Solat

Malaysia Wilayah Ltte

Di Kalangan Netizen Ada Keldai Lembu Anjing Dan Babi Yasin Sulaiman

Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen

13 Amalan Punca Rezeki

Bas Terbakar 35 Orang Jemaah Maut Kemalangan Di Madinah

Jadual Waktu Badan Manusia Bekerja Nak Sihat Anda Wajib Tahu

Kereta Dipenuhi Air Ketum Kemalangan Teruk



Kisah Lawak Bagaimana Coca Cola Diseludup Ke Russia

5 Lokasi Radioaktif yang Menjadi Tarikan Pelancong

Biodata Farzana Zainul Calon Dewi Remaja 2019 Yang Viral Kerana Terjatuh

Biodata Dian Fernandez Peserta Dewi Remaja 2019

5 Bandar Rahsia Yang Dahulunya Disembunyikan Dari Peta


Syok Jika Dapat 1000 Youtube Subscribers

Mawar Rashid Kena Rasuk

Maksud Rezeki

Jom Beli Peria Garing Ikan Bilis Rugi Tak Cuba

Hiburan Kamal Adli Akui Sikap Terlalu Ambil Mudah Terhadap Pasangan Punca Percintaan Berakhir

Perkukuh Fungsi Koperasi