Maladi Melayu Ramai Tetapi Tidak Kuat



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Wildebeest: Bergantung kepada bilangan tetapi terus menjadi mangsa1. BILANGAN yang besar secara logiknya bererti kekuatan.
2. Manusia dan haiwan bergantung kepada bilangan untuk kekuatan.
3. Kekuatan memperkukuhkan jaminan keselamatan dan kelangsungan (survival).
4. Oleh kerana itulah haiwan mangsa bergerak berkumpulan dan haiwan pemangsa memburu dalam kumpulan keluarga yang kukuh.
5. Mereka bertindak demikian kerana naluri (instinct).
6. Manusia bertindak dengan serupa tetapi lebih terperinci dan kompleks kerana selain “instinct” manusia berfikir.
7. Kemampuan berfikir memisahkan manusia daripada haiwan dan meletakkan darjatnya di atas haiwan.
8. Manusia yang tidak menggunakan daya fikir samalah darjatnya dengan haiwan.
9. Tetapi bagi manusia, bilangan yang ramai sahaja tidak menjamin kemajuan, keselamatan dan kelangsungan.
10. Manusia memerlukan kecerdikan (intelek) dan kepandaian. Ilmu sahaja tidak bermakna kalau tidak disertai kepandaian menggunakannya.
11. Sebab itulah nenek moyang kita menyebut mengenai cerdik pandai. Seorang cerdik yang berintelek tinggi (IQ tinggi) tidak berguna kalau tidak pandai menggunakan ilmu yang dipelajarinya.
12. Hari ini, banyak orang cerdik tetapi tidak pandai sebab tidak tahu menggunakan ilmu yang dipelajari dan malas menggunakan tulang empat kerat.
13. Masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan Bumiputera, dikatakan semakin hari semakin tidak pandai walaupun pelajaran tinggi.
14. Akibat maladi (penyakit) ini, majoriti orang Melayu dan Bumemiputera tidak pun sedar bahawa mereka lemah dalam semua bidang dan dieksploitasi walaupun bilangan mereka ramai.
15. Malah oleh sebab bilangan yang ramai itulah mereka dijadikan mangsa eksploitasi sejak turun-temurun.
16. Ironinya tidak ramai orang Melayu dan Bumiputera sedar hal ini. Seperti ribuan haiwan “wildebeest” yang menyerbu Sungai Mara untuk ke seberang yang subur sehingga terlupa buaya-buaya lapar yang menunggu untuk membaham mereka, maka lebih kurang begitulah orang Melayu dan Bumiputera.
Gambar hiasan: Melayu mudah teruja dengan bayangan kekuatan17. Akibat penyakit malas berfikir dan suka bersenang-senang maka jadilah orang Melayu dan Bumiputera yang ramai itu “mangsa” golongan pemangsa sama ada pemangsa politik, aristokrasi atau ekonomi.
18. Mula-mula orang Melayu dijadikan mangsa oleh golongan aristokrat yang memperkenalkan diri sebagai dewan dari kayangan, maharaja, raja, sultan, penghulu, panglima dan sebagainya.
19. Sebab itulah sebelum dan ketika zaman penjajahan Eropah di alam Melayu wujud beratus-ratus empayar dan kesultanan Hindu-Budha-Islam.
20. Semua mereka menggunakan konsep kedaulatan dan taat setia yang berpaksikan agama dan adat resam sebagai asas penguasaan (subjugation) ke atas umat.
21. Bangsa penjajah sekadar meneruskan kaedah ini dengan memperalatkan golongan aristokrat, agama dan perdagangan. Hanya Portugis menggunakan kekerasan kerana mereka lebih memegang kepada perang salib (crusade) dan penyebaran agama Kristian sedangkan Inggeris dan Belanda bermotifkan ekonomi.
22. Maka selama hampir 450 tahun (1511 hingga 1957), bangsa-bangsa penjajah bersekongkol dengan aristokrat Melayu, agamawan dan pedagang, termasuk migran, bagi memecah dan memerintah bangsa Melayu.
23. Penjajah Eropah “menfrancaiskan” agama Islam, bahasa Melayu dan adat resam Melayu kepada raja-raja Melayu yang patuh kepada mereka sebagai cara mendapatkan taat setia orang Melayu.
24. Mereka mengamalkan dasar “tokenism” dengan kononnya memberi keistimewaan kepada orang Melayu, misalnya dengan mewujudkan tanah rizab Melayu yang hanya sesuai untuk pertanian cukup makan dan dihalang daripada bersaing dengan kepentingan komersial mereka. Tanah rizab Melayu tidak diboleh ditanam dengan getah.
25. Tetapi sampai hari ini pun majoriti orang Melayu masih tidak sedar kerana minda mereka masih terjajah seperti yang dimanifestasikan oleh kegilaan terhadap Kelab Bola Manchester United dan semua yang kebaratan.
26. Orang Melayu marah dan benci kepada Amerika dan Israel kerana menakluki Palestin. Orang Melayu lupa atau mungkin tidak tahu bahawa negara Israel adalah anak kandung British. Merekalah yang mewujudkan Israel dengan merampas wilayah Palestin.
27. Kemudian pada zaman merdeka, hegemoni ke atas orang Melayu berpindah daripada penjajah kepada gerakan politik kebangsaan yang dipelopori oleh orang Melayu sendiri.
28. Gerakan politik Melayu mendapat anjakan setelah Raja-raja Melayu sekali lagi masuk perangkap Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Inggeris yang kalah kepada Jepun dan lari bertempiaran meninggalkan Tanah Melayu masih dihormati dan ditakuti oleh Raja-raja Melayu.
29. Hatta dalam rundingan kemerdekaan pun, orang Melayu dipujuk agar mengalah dan menerima lebih sejuta migran dari negeri China dan India menjadi warganegara.
30. Sebagai ganti dan sebagai jaminan, orang Melayu diberikan beberapa keistimewaan tetapi itu pun tanpa menafikan hak asasi bangsa-bangsa lain. Orang Melayu ada hak istimewa tetapi bangsa-bangsa lain tidak rugi apa-apa pun malah dalam banyak hal mereka lebih berjaya daripada orang Melayu.
31. Di mana orang Melayu berada selepas 62 tahun Merdeka telah banyak dihuraikan jadi tidak perlulah diulangi lagi.
32. Persoalannya sekarang ialah apakah jawapan kepada maladi Melayu ini?
33. Mungkin ada dan mungkin tiada bergantung kepada pilihan orang Melayu sendiri. Kalau ada, apakah alasan dan landasannya?
34: (i) Fahami dan ingati sejarah. Ahli falsafah George Santayana memberi kata dua: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.” (Sesiapa yang tidak ingat masa lampau akan mengulangi kesilapan lalu);
(ii) Kuasai dan dalami ilmu dalam segala bidang, kuasai sebanyak bahasa yang boleh dan cubalah bertatih tanpa tongkat manalah tahu orang Melayu juga boleh berjalan tegak, kuat dan laju;
(iii) Kerja kuat dan kerja dengan bijaksana. Jangan curi tulang dengan tidur di surau atas alasan pergi sembahyang;
(iv) Jangan terlalu taasub dalam berpolitik. Jadikan politik cara bukan matlamat;
(v) Hormat ketua kerana budi dan imannya (budiman) bukan kerana kehebatan kuasanya, pejabatnya, rumahnya dan istananya; dan
(vi) Buang mentaliti hamba dan kompleks rendah diri.
Kata Hang Tuah: “Takkan Melayu hilang di dunia.” Tetapi di tanah Melayu ramai Melayu sudah hilang arah tujuan. Merdeka pada nama kerana jiwa tetap jiwa hamba.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Nota kaki: Intipati pidato di majlis “Sepagi dengan Datuk A Kadir Jasin” di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 23 September lalu. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/10/maladi-melayu-ramai-tetapi-tidak-kuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Artis Bukan Melayu Yang Fasih Nyanyi Lagu Melayu

Lima Artis Bukan Melayu Yang Fasih Nyanyi Lagu Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 247 hits
Hai gais harini sis nak kongsikan dekat korang tentang artis Malaysia yang bukan bangsa Melayu tapi fasih nyanyi lagu Melayu Korang tahu tak siapa rasanya penyanyi tuz Haa mesti taktahu kan Okey meh sini sis nak kongsikan dekat korang siapa...
Nasib Melayu Berniaga Kampung Baru

Nasib Melayu Berniaga Kampung Baru

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 393 hits
Bukan tak Bersyukur Cina meniaga bertahun kat Petaling Street sampai jalan tu langsung xleh lalu kerajaan wartakan kawasan sebagai kawasan penjaja Petaling Street Hias lawa siap pintu gerbang India meniaga kat Brickfields sampai jem teruk j...
Unsur Alam Dalam Puisi Melayu

Unsur Alam Dalam Puisi Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 542 hits
Buku ini berasal dari tesis bertajuk Puisi Melayu Moden Kajian Teori Pengkaedahan Melayu yang dikemukakan untuk memperolehi ijazah Doktor Falsafah 2008 Aspek yang dikaji oleh Zurinah ialah pendekatan firasat dan dakwah serta bagaimana unsur...
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong Orang Cina Kalau Tahu Produk Melayu Mereka Tak Beli

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong Orang Cina Kalau Tahu Produk Melayu Mereka Tak Beli

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 499 hits
Walaupun berlainan bangsa Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsa...
Rumah Melayu Yang Tersepit Di Tengah Tengah Kl Jadi Semangat Perjuangan Warisan

Rumah Melayu Yang Tersepit Di Tengah Tengah Kl Jadi Semangat Perjuangan Warisan

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 372 hits
Rumah Degil yang terdapat di Chow Kit di tengah tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur kembali mendapat perhatian ramai apabila timbul isu tanah yang terdapat di Kampung Baru pada waktu ini Namun begitu tidak ramai yang mengetahui sejar...
Bila Ah Long Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Baru

Bila Ah Long Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Baru

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 709 hits
Baru baru nie Khalid Samad tawarkan pewaris Kg Baru untuk jual tanah mereka dengan harga RM850 kaki persegi Khabarnya ramai pewaris Kg Baru yg tolak tawaran Khalid Samad sebab harga yang ditawarkan terlalu rendah malah pakar hartanah pun ak...
Mencurigai Warganegara Yang Tak Tahu Berbahasa Melayu

Mencurigai Warganegara Yang Tak Tahu Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 403 hits
DAP jangan terlalu agresif campur isu kewarganegaraan kata PASTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan DAP sebagai semakin agresif dalam memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan Tuan Ibrahim berkata demikian ...
Lelaki Melayu Ditembak Mati Sakit Mental Pdrm

Lelaki Melayu Ditembak Mati Sakit Mental Pdrm

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 242 hits
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur Sumber
Kerajaan Patut Pajak Baru Kampung Bharu Kekal Milik Melayu

Kerajaan Patut Pajak Baru Kampung Bharu Kekal Milik Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 433 hits
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Seri Syed Hussein Syed Al Habshee berbincang sesuatu bersama barisan kepimpinan tertinggi DPMM selepas sidang media mengenai perkembangan DPMM dan isu semasa di Pejabat DPMM Bukt Damansara Kua...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Holiday Schedule 2024

Why We Should Be Looking At Children S Learning From A Long Term Perspective

Alihkan Anak Pokok Limau Kasturi

Wanita Milik Kaiden

Tips Hilangkan Stress Pergi Tempat Kesukaan Kita

5 Alat Canggih Untuk Membuat Konten Otomatis Dengan Ai Pada 2025