Tentangan Terhadap Dakwah Wahabi




Artikel Sebelumnya : SIAPA WAHABI?
Sebagaimana lazimnya seorang pemimpin besar dalam suatu gerakan perubahan, maka Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pun tidak terlepas dari sasaran permusuhan dari pihak-pihak tertentu, baik dari dalam mahupun dari luar Islam, terutama setelah Syeikh menyebarkan dakwahnya dengan tegas melalui tulisan-tulisannya, samaada berupa buku-buku mahupun surat-surat yang tidak terkira banyaknya. Surat-surat itu dikirim ke segenap penjuru negeri Arab dan juga negeri-negeri Ajam (bukan Arab).
Surat-suratnya itu dibalas oleh pihak yang menerimanya, sehingga menjadi beratus-ratus banyaknya. Mungkin kalau dibukukan nescaya akan menjadi puluhan jilid tebalnya.
Sebahagian dari surat-surat ini sudah dihimpun, diedit serta diberi ta'liq dan sudah diterbitkan, sebahagian lainnya sedang dalam proses penyusunan. Ini tidak termasuk buku-buku yang sangat berharga yang sempat ditulis sendiri oleh Syeikh di celah-celah kesibukkannya yang luar biasa itu. Adapun buku yang sempat ditulisnya itu berupa buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di madrasah-madrasah ketika beliau memimpin gerakan tauhidnya.
Tentangan mahupun permusuhan yang menghalang dakwahnya muncul dalam dua bentuk;
1. Permusuhan atau tentangan atas nama ilmiyah dan agama.
2. Atas nama politik yang berselubung agama.
Bagi yang terakhir, mereka memperalatkan golongan ulama tertentu, demi mendukung kumpulan mereka untuk memusuhi dakwah Wahabiah.
Mereka menuduh dan memfitnah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sebagai seorang yang sesat lagi menyesatkan, sebagai kaum Khawarij, sebagai orang yang ingkar terhadap ijma' ulama dan pelbagai macam tuduhan buruk yang lainnya.
Namun Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menghadapi semua itu dengan semangat tinggi, dengan tenang, sabar dan beliau tetap melancarkan dakwah bil lisan tanpa mempedulikan celaan orang yang mencelanya,
Pada hakikatnya ada tiga golongan musuh - musuh dakwah beliau :
1. Golongan ulama khurafat, yang mana mereka melihat yang haq (benar) itu batil dan yang batil itu haq. Mereka menganggap bahawa mendirikan bangunan di atas kuburan lalu dijadikan sebagai masjid untuk bersembahyang dan berdoa di sana dan mempersekutukan ALLAH dengan penghuni kubur, meminta bantuan dan meminta syafaat padanya, semua itu adalah agama dan ibadah. Dan jika ada orang-orang yang melarang mereka dari perbuatan jahiliyyah yang telah menjadi adat tradisi nenek moyangnya, mereka menganggap orang-orang itu membenci auliya' dan orang-orang saleh yang bererti musuh mereka yang harus segera diperangi.
2. Golongan ulama ta'sub, yang mana mereka tidak banyak tahu tentang hakikat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan ajarannya. Mereka hanya taqlid belaka dan percaya sahaja terhadap berita-berita negatif mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang disampaikan oleh kumpulan pertama di atas sehingga mereka terjebak dalam perangkap assabiyah yang sempit tanpa mendapat kesempatan untuk melepaskan diri dan belitan keta'subannya. Lalu menganggap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan para pengikutnya seperti yang diberitakan iaitu anti auliya', dan memusuhi orang-orang soleh serta mengingkari karamah mereka.
Mereka mencaci-maki Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab habis-habisan dan beliau dituduh sebagai murtad.
3. Golongan yang takut kehilangan pangkat dan jawatan, pengaruh dan kedudukan. Maka golongan ini memusuhi beliau supaya dakwah Islamiyah yang dilancarkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang berpandukan kepada aqidah Salafiyah murni gagal kerana ditelan oleh suasana hingar bingarnya penentang beliau.
Demikianlah tiga jenis musuh yang lahir di tengah-tengah nyalaan api gerakan yang digerakkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari Najd ini. Yang mana pada akhirnya terjadilah perdebatan dan polemik yang berkepanjangan di antara Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di satu pihak dan lawannya di pihak yang lain. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menulis surat-surat dakwahnya kepada mereka dan mereka menjawabnya. Demikianlah seterusnya.
Perang pena yang terus menerus berlansung itu, bukan hanya terjadi di masa hayat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri, akan tetapi berterusan sampai kepada anak cucunya. Dimana anak cucunya ini juga ditakdirkan ALLAH menjadi ulama.
Merekalah yang meneruskan perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, yang dibantu oleh para muridnya dan pendukungnya.
Demikianlah perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang berawal dengan lisan, lalu dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah didukung sepenuhnya oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa Dariiyah.
Beliau memulakan jihadnya dengan pedang pada tahun 1158H. Sebagaimana kita ketahui bahawa seorang daii ilallah apabila tidak didukung oleh kekuatan yang mantap, pasti dakwahnya akan surut meskipun pada tahap pertama mengalami kemajuan. Namun pada akhirnya orang akan jemu dan secara beransur-ansur dakwah itu akan ditinggalkan oleh para pendukungnya.
Oleh kerana itu, maka kekuatan yang paling ampuh untuk mempertahankan dakwah dan pendukungnya, tidak lain harus di dukung dengan senjata. Kerana masyarakat yang dijadikan sebagai objek daripada dakwah kadangkala tidak mampan dengan lisan mahupun tulisan, akan tetapi mereka harus diiringi dengan senjata, maka waktu itulah perlunya memainkan peranan senjata. Alangkah benarnya firman ALLAH Subhanwata'ala;
"Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi umat manusia, dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan RasulNya padahal ALLAH tidak dilihatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuat dan Maha Perkasa"
(Surah Al-Hadid : 25)
Ayat di atas menerangkan bahawa ALLAH Subhanawata'ala mengutus para RasulNya dengan disertai bukti-bukti yang nyata untuk menumpaskan kebatilan dan menegakkan kebenaran. Disamping itu pula, mereka dibekalkan dengan kitab yang di dalamnya terdapat pelbagai macam hukum dan undang-undang, keterangan dan penjelasan. Juga ALLAH menciptakan neraca (mizan) keadilan, baik dan buruk serta haq dan batil, demi tertegaknya kebenaran dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.
Namun semua itu tidak mungkin berjalan dengan lancar dan stabil tanpa ditunjang oleh kekuatan besi (senjata) yang menurut keterangan al-Quran Al Hadid fihi basun syadid iaitu, besi waja yang mempunyai kekuatan yang dasyat. Iaitu berupa senjata tajam, senjata api, peluru, senapang, meriam, kapal perang, nuklear dan lain-lain lagi, yang pembuatnya mesti menggunakan unsur besi.
Sungguh besi itu amat besar manfaatnya bagi kepentingan unat manusia yang mana Al-Quran mentadbirkan dengan Wama nafiu linasi iaitu dan banyak manfaatnya bagi manusia. Apatah lagi jika dipergunakan bagi kepentingan dakwah dan menegakkan keadilan dan kebenaran sepertimana yang telah dimanfaatkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa gerakan tauhidnya pada tiga abad yang lalu.
Orang yang mempunyai akal yang sihat dan fikiran yang bersih akan mudah menerima ajaran-ajaran agama sama ada yang dibawa oleh Nabi, mahupun para ulama. Akan tetapi bagi orang zalim dan suka melakukan kejahatan, yang diperhambakan oleh hawa nafsunya, mereka tidak akan tunduk dan tidak akan mahu menerimanya melainkan jika mereka diiringi dengan senjata.
Demikianlah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam dakwah dan jihadnya telah memanfaatkan lisan, pena serta pedangnya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahualaihiwassalam sendiri diwaktu baginda mengajak kaum Quraish kepada agama Islam pada waktu dahulu.
Yang demikian itu telah dilakukan terus menerus oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab selama lebih kurang 48 tahun tanpa henti iaitu dari tahun 1158 sehinggalah akhir hayatnya pada tahun 1206H.
Adalah suatu kebahagiaan yang tidak terucapkan bagi beliau yang mana beliau dapat menyaksikan sendiri akan kejayaan dakwahnya di Tanah Najd dan daerah sekelilingnya, sehingga masyarakat Islam pada ketika itu telah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya, sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan Hadis Nabi Sallahualaihiwassalam.
Dengan demikian, maka makam-makam yang didirikan dengan kubah yang lebih mewah dari kubah-kubah masjid, sudah tidak kelihatan lagi di seluruh negeri Najd, dan orang ramai mula berduyun-duyun pergi memenuhi masjid untuk bersembahyang dan mempelajari ilmu agama. Amar ma'ruf ditegakkan, keamanan dan ketenteraman masyarakat menjadi stabil dan merata di kota mahupun di desa. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kemudian mengirim guru-guru agama dan mursyid-mursyid ke seluruh pelusuk desa untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat tempatan terutama yang berhubungan dengan aqidah dan syariah.
Setelah beliau meninggal dunia, perjuangan tersebut diteruskan oleh anak-anak dan cucu-cucunya, begitu juga oleh murid-muridnya dan pendukung-pendukung dakwahnya. Yang paling terkehadapan di antara mereka adalah anak-anak Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri, seperti Syeikh Imam Abdullah bin Muhammad, Syeikh Hussin bin Muhammad, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, Syeikh Ali bin Muhammad. Dan dari cucu-cucunya antara lain ialah Syeikh Abdurrahman bin Hasan, Syeikh Ali bin Husin, Syeikh Sulaiman bin Abdullah bin Muhammad dan lain-lain. Dari kalangan murid-muridnya yang paling menonjol ialah Syeikh Hamad bin Nasir bin Mu'ammar dan ramai lagi jemaah lainnya dari para ulama Dari'iyah.
Masjid-masjid telah penuh dengan penuntut-penuntut ilmu yang belajar tentang pelbagai macam ilmu Islam, terutama tafsir, hadis, tarikh Islam, ilmu qawaiid dan lain-lain lagi.
Meskipun kecenderungan dan minat masyarakat demikian tinggi untuk menuntut ilmu agama, namun mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu keduniaan (sekular) seperti ilmu ekonomi, pertanian, perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi yang mana semuanya diajarkan di masjid dan dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Setelah kejayaan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bersama keluarga amir Ibnu Saud menguasai dan mentadbir daerah Najd, maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke negeri Makkah dan negeri Madinah (Haramain) dan daerah Selatan Jazirah Arab.
Mula-mula Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menawarkan kepada mereka dakwahnya melalui surat menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka tidak mahu menerimanya. Mereka tetap bertahan pada ajaran-ajaran nenek moyang yang mengkeramatkan kuburan dan mendirikan masjid di atasnya, lalu berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta syafaat, meminta berkat, dan meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan ALLAH Subhanawata'ala.
Sebelas tahun setelah meninggalnya dua tokoh mujahid ini, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan amir Ibnu Saud, kemudian tampillah Imam Saud bin Abdul Aziz untuk meneruskan perjuangan pendahulunya. Imam Saud adalah cucu kepada amir Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa beliau masih hidup.
Berangkatlah Syeikh Saud bin Abdul Aziz menuju tanah Haram Makkah dan Madinah (Haramain) yang dikenal juga dengan tanah Hijjaz.
Mula-mula beliau bersama pasukannya berjaya menawan Ta'if. Penaklukan Ta'if tidak begitu banyak mengalami kesukaran kerana sebelimnya Imam Saud bin Abdul Aziz telah mengirimkan Amir Uthman bin Abdurrahman al Mudhayifi dengan membawa pasukannya dalam jumlah yang besar untuk mengepung Ta'if. Pasukan ini terdiri dari orang-orang Najd dan daerah sekitarnya. Oleh kerana itu, Ibnu Abdul Aziz tidak mengalami banyak kerugian dalamm penaklukan negeri Ta'if, sehingga dalam waktu singkat, negeri Ta'if menyerah dan jatuh ke tangan Muwahiddun.
Di Ta'if, pasukan Muwahiddun telah mengembalikan beberapa maqam (kubur) yang di atasnya didirikan masjid seperti hakikat kubur yang sebenar (berdasarkan al-Quran dan Sunnah). Antara maqam yang 'dibersihkan' adalah maqam Ibnu Abbas R.A. Masyarakat tempatan menjadikan maqam ini sebagai tempat ibadah dan meminta syafaat serta berkat daripadanya.
Daripada Ta'if pasukan Muwahiddun ini bergerak menuju Hijjaz dan mengepung kota Makkah. Manakala gabenor Makkah mengetahui hal ehwal pengepungan tersebut (waktu itu Makkah di bawah pimpinan syarif Hussin), maka hanya ada dua pilihan baginya, menyerah kepada pasukan Muwahiddun atau melarikan diri ke negeri lain. Ia memilih jalan kedua, iaitu melarikan diri ke Jeddah. Kemudian pasukan Muwahhidun segera masuk ke kota Makkah untuk kemudian menguasainya tanpa sebarang tentangan sedikitpun.
Tepat di waktu fajar, Muharram 1218H, kota Makkah Al-Mukkaramah sudah berada di bawah kekuasaan pasukan Muwahiddun.
Seperti yang dilakukan di Ta'if dan beberapa wilayah Hijjaz yang lain, pasukan Muwahiddun sentiasa menyasarkan tujuan mereka untuk memurnikan aqidah antaranya dengan menghancurkan patung-patung yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan yang dianggap keramat. Yang mana semua ini boleh mengundang kepada kemusyrikan bagi kaum Muslimin. Maka semua lambang-lambang kemusyrikan yang didirikan di atas kubur-kubur yang berbentuk kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz, semuanya diratakan, termasuk kubah yang didirikan di atas kubur isteri Rasulullah Salllahualaihiwassalam, Saidatina Khadijah R.A.
Bersamaan dengan tarikh berkenaan, mereka (pasukan Muwahiddun) ini melantik sejumlah guru, da'i, mursyid serta hakim untuk ditugaskan di daerah Hijaz.
Selang dua tahun setelah penaklukan Makkah, pasukan Muwahiddun bergerak menuju Madinah. Seperti halnya di Makkah, Madinah pun dikuasai dalam waktu yang singkat. Ketika itu, pasukan ini dipimpin oleh Putera Saud bin Abdul Aziz pada tahun 1220H.
Dengan demikian, daerah Haramain (Makkah dan Madinah) telah jatuh ke tangan Muwahiddun. Dan sejak itulah status sosial dan ekonomi masyarakat Hijjaz scara beransur-ansur dapat dipulihkan kembali, sehingga semua tapisan masyarakat merasa aman, tenteram dan tertib.
Walaupun sebuah daerah yang ditakluki, keluarga Saud tidaklah memperlakukan rakyatnya dengan sesuka hati. Keluarga Saud sangat baik terhadap rakyat terutama pada kalangan fakir miskin yang mana pihak kerajaan memberi perhatian yang berat terhadap nasib mereka. Dan tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah kekuasaan Saud yang dipimpim oleh keluarga Saud sehingga tahun 1226H.
Setelah lapan tahun wilayah ini berada di bawah kekuasaan Imam Saud, pemerintah Mesir bersama sekutunya, Turki, mengirimkan pasukan mereka untuk membebaskan tanah Hijjaz terutama Makkah dan Madinah dari tangan Muwahiddun / Keluarga Saud, sekaligus hendak mengusir mereka keluar dari daerah berkenaan.
Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir dan Turki itu adalah seperti yang dikemukakan pada bahagian yang lalu, iaitu kerana pergerakan Muwahiddun ini mendapat tentangan dari musuh-musuhnya, sama ada dari dalam Islam atau luar, yang mana tujuan mereka ini sama. Iaitu hendak memadamkan api dakwah kumpulan Muwahiddun.
Oleh kerana musuh-musuh gerakan Muwahiddun tidak mempunyai kekuatan yang memadai untuk menentang pergerakkan Muwahiddun, maka mereka menghasut pemerintah Turki dan Mesir dengan menggunakan nama agama, seperti yang telah diterangkan pada bahagian yang lalu. Maka menyerbulah pasukan Mesir dan Turki ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah dari kekuasaan Muwahiddun, sehingga terjadilah peperangan di antara Mesir bersama sekutunya, Turki di satu pihak yang menentang pasukan Muwahiddun di Najd dan Hijaz di pihak lain. Peperangan ini telah berlansung selama tujuh tahun, iaitu dari tahun 1226H hingga 1234H.
Dalam masa perang tujuh tahun itu, tidak sedikit kerugian yang dialami oleh kedua belah pihak, terutama dari pihak pasukan Najd dan Hijaz, selain kerugian harta benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan tubuh manusia. Tetapi syukur alhamdulillah, setelah lima tahun berlansung perang saudara di antara Mesir-Turki dengan Muwahiddun, pihak Turki dan Mesir sudah mula jemu dan bosan menghadapi peperangan yang berpanjangan itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan mereka sedar bahawa mereka telah keliru sekaligus menyedari bahawa sesungguhnya gerakan Muwahiddun ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah gerakan aqidah murni dan patut ditunjangi serta didukung oleh seluruh umat Islam.
Dalam dua tahun terakhir menjelang selesainya peperangan, secara diam-diam gerakan Muwahiddun terus melakukan gerakan dakwah, dan mencetak kader-kadernya demi penerusan gerakan aqidah di masa-masa yang akan datang.
Sebaik sahaja berakhirnya peperangan yang telah memakan waktu selama tujuh tahun itu. Dakwah kumpulan Muwahiddun kembali lancar seperti biasa. Semua kekacauan di tanah Hijjaz boleh dikatakan berakhir pada tahun 1239H. Begitu juga dakwah Muwahiddun telah tersebar secara meluas di seluruh pelusuk Najd dan sekitarnya, dibawah pimpinan Imam Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud. Adik sepupu Amir Saud bin Abdul Aziz yang disebutkan dulu.
Semenjak kekuasaan dipegang oleh Amir Turki bin Abdullah. Suasana Najd dan sekitarnya beransur-ansur pulih kembali sehingga memungkinkan bagi keluarga Saud (Al Saud) bersama keluarga Syeikh Muhammad (Al-Syeikh) untuk melancarkan kembali dakwah mereka dengan lisan dan tulisan melalui juru-juru dakwah, para ulama serta para Khutaba.
Suasa yang sebelumnya penuh dengan huru hara dan saling berperang, kini telah berubah menjadi suasana yang penuh aman dan damai menyebabkan syiar Islam kelihatan di mana-mana di seluruh tanah Hijaz, Najd dan sekitarnya. Sedangkan syi'ar kemusyrikan sudah hancur diratakan dengan tanah. Ibadah hanya kepada ALLAH, tidak lagi ke perkuburan dan makhluk-makhluk lainnya. Masjid mulai kelihatan semarak dan lebih banyak dikunjungi oleh umat Islam, berbanding ke maqam-maqam yang dianggap keramat seperti sebelumnya.
Khususnya daerah Hijjaz, dengan kota Makkah dan Madinah , begitu lama terputus hubungan dengan kerajaan (daulah) Saudiyah, iaitu semenjak perlanggaran Mesir dan sekutunya pada tahun 1226-1342H, yang bererti lebih kurang 127 tahun wilayah Hijjaz terlepas dari tangan dinasti Saudi. Dan barulah kembali ke tangan mereka pada tahun 1343H, iaitu di saat daulah Saudiyyah dipimpin oleh Imam Abdul Aziz bin Abdurrahman bin Faisal bin Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud, cucu keeampat dari pendiri dinasti Saudiyah, Amir Muhammad bin Saud al-Awal.
Menurut sejarah, setelah Makkah - Madinah kembali ke pangkuan Arab Saudi pada tahun 1343H, hubungan Saudi-Mesir tetap tidak begitu baik yang mana tidak ada hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara tersebut, meskipun kedua-dua bangsa itu tetap terjalin ukhwah Islamiyah.
Hanya setelah Raja Faisal menaiki takhta menjadi ketua negara Arab Saudi, barulah hubungan Arab Saudi dengan Mesir disambung kembali dan kekal hingga hari ini.
Ulasan Para Ahli Sejarah Tentang Ibnu Abdul Wahab dan Pergerakkan Muwahiddun
Ramai para penulis, penyair, sejarawan dan lain-lain, sama ada dari kalangan Muslim mahupun bukan Muslim yang tertarik untuk memberikan ulasan mengenai gerakan Muwahiddun ini. Di antaranya ialah Dr. Taha Husin,  al Gibirti, Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, Amir Syakib Arsalan dan Lothorp Stoddart (orientalis Amerika).
Dalam buku berjudul Alwan (Bunga Rampai), Dr. Taha Husin menghuraikan sekelumit tentang sejarah hidup Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
Beliau memberikan ulasan seperti berikut ;
"Menurut kami, bahawa mazhab yang dikembangkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab itu pada hakikatnya adalah mazhab baru tetapi lebih lama. Baru bagi mereka yang hidup di masa ini, serta baru pula mengenal akan ajaran yang dibawanya, tetapi pada hakikatnya adalah mazhab lama (yang sudah ada sejak dahulu), kerana sesungguhnya apa yang dibawanya itu tidak lain dari dakwah yang benar kepada Islam yang murni, bersih, suci dari campuran syirik dan wathaniyah (berhala). Dakwah yang dilancarkannya itu adalah dakwah Islamiyyah seperti yang dibawa oleh baginda Rasulullah Sallahu Alaihiwassalam yang murni semata-mata untuk ALLAH, menjauhkan segala jenis syirik, berupa wasitah (perantara) antara ALLAH dan makhluk-Nya.
Dakwah yang seumpan itulah yang dapat menghidupkan Islam dan membersihkannya dari noda-noda yang mengenainya akibat kebodohan umat dan percampurannya dengan bangsa-bangsa Ajam.
Muhammad bin Abdul Wahab telah mengingkari serta membenteras dengan sekeras-kerasnya tradisi masyarakat negerinya iaitu penduduk Najd yang sudah kembali lagi kepada penyakit jahiliyyah kuno, baik dari bidang aqidah mahupun akhlak. Ia juga bermaksud hendak menjadikan suku Arab Badwi yang berperwatakan kasar tunduk kepada Islam yang sebenarnya, sesuai dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah Sallahu Alaihiwassalam terhadap penduduk Hijaz pada masa dahulu.
Adalah suatu hal yang menakjubkan, bahawa lahirnya mazhab ini justeru di negeri Najd, negeri di mana kedudukan dan keadaanya mirip dengan keadaan dan kedudukan yang meliputi tanah Hijaz waktu dulu, di waktu zaman Pra-Islam.
Muhammad bin Abdul Wahab memulakan dengan berdakwah kepada sahabat-sahabatnya yang terdekat dan lemah lembut, lalu berjaya mendapat beberapa orang pengikut dari mereka. Suasana dakwah semakin dipertingkatkan secara terang-terangan, menyebabkan berlakunya perselisihan dalam kalangan masyarakat, yang mana di antara mereka ada yang pro dan ada pula yang kontra.
Ibnu Abdul Wahab tidak berhenti sampai disana. Beliau maju selangkah lagi dengan melancarkan dakwahnya kepada umara (pemerintah) dan pemimpin masyarakat, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallahu Alaihiwassalam terhadap para tokoh qabilah (suku) Quraish dahulu.
Akhrinya beliau berhijrah ke Dar'iyah dan disanalah beliau memperolehi kejayaan dan kegemilangan seperti hijrahnya Nabi Muhammad Sallahu Alaihiwassalam ke negeri Madinah, di mana baginda menemui kejayaannya di sana."
Demikianlah Dr. Taha Husin menulis dalam buku Hadiru Al-Alami Al-Islami, Juz 1, m.s 33.
Amir Syakib Arsalan telah menukilkan sebuah ulasan dari seorang orientalis Amerika yang terkenal dengan nama Lothrop Stoddard mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seperti berikut;
"Pada abad ke 18M, dunia Islam sampailah pada puncak kemerosotan dan kelemahan yang tidak ada taranya. Awan hitam telah menjadi gelap gelita. Di mana-mana di seluruh alam Islami tersebar kemerosotan akhlak dan moral. Sisa-sisa kemurnian tauhid di zaman keemasan ajaran Islam sudah hampir tertumpah habis. Umat Islam di waktu itu sudah mula terendam karam dalam lautan hawa nafsu dan perbuatan kejahatan serta syahawat hawaniyyah. Nilai akhlak dan kesusilaan hampir lenyap dari sifat kemanusiaan. Cahaya ilmu sudah mulai muram dan kejahilan menjadi ikutan. Pemerintah-pemerintah Islam hanyalah menjadi alat-alat kemewahan untuk berfoya-foya bagi pelampiasan nafsu golongan elit.
Pada waktu itu cahaya alam Islami tidak terlihat lagi. Pemerintah-pemerintah mulai mabuk kebesaran dan kemewahan, serta penuh aniaya. Seperti pemerintahan di Turki dan kerajaan-kerajaan akhir dari Bangsa Mongol di Hindia. Pemerintah memperlakukan hukum dengan sewenang-wenangnya, sesuai dengan selera dan kehendak mereka. Pemerasan si kuat terhadap si lemah merupakan perkara biasa.
Di antara mereka, ramai yang memberontak terhadap pihak berkuasa. Tetapi pemberontakan mereka bukan untuk mencari keadilan. Mereka memberontak hanyalah untuk mencari jalan agar hawa nafsu dan selera golongan mereka terpenuhi juga, sama seperti selera orang-orang yang sedang berkuasa.
Di sana-sini mereka tidak mampu menghilangkan / menumbangkan kesombongan dan ketakburan pemimpin-pemimpin yang menguasai pemerintahan. Oleh kerana itu, perampasan-perampasan hak, rasuah dan kekacauan dalam segala bidang semakin menjadi-jadi. Perasaan aman terhadap harta, jiwa, hilang lenyap dari semua penduduk. Langit kelam menghujankan kezaliman dan kekacauan. Malah lebih dari itu, para pemimpin agama hampir tidak ada lagi yang boleh dipercayai. Agama hanya menjadi alat untuk hidup dan kepentingan perseorangan serta golongan. Halangan-halangan yang kecil, dijadikan sebagai alasan darurat. Lalu mereka dalihkan : ad-dharurat tuhibul mahdurat , kalau sudah darurat, yang haram pun menjadi halal (untuk) dikerjakan.
Akhirnya Islam menjadi bangsa pemalas. Semangat dan ghairah beransur-ansur hilang dan lesu. Bidang ekonomi menjadi rosak, pertanian menjadi mundur semundur-mundurnya. Adapun agama Islam pada waktu itu sudah semakin terselubung dengan kabus yang gelap. Kewahdaniyattan (keesaan) ALLAH, sesuai dengan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihiwassalam sudahn rosak oleh pelbagai jenis khurafat. Masjid menjadi kosong dari orang yang mengerjakan solat secara benar. Orang-orang fakir dan miskin berbondong-bondong keluar masuk dari satu tempat ke tempat yang lain untuk meminta-minta. Mereka menggunakan tangkal di lehernya, dan pelbagai macam jenis penangkal lainnya. Pada waktu mengerjakan Haji, mereka lebih suka menziarahi maqam-maqam para wali. Mereka meminta sesuatu (meminta syafaat) dari kubur itu. Tempat-tempat minuman arak dan dadah terdapat di mana-mana.
Keadaan seperti ini bukan sahaja terdapat di negeri-negeri Islam yang lain, tetapi juga di sampai di Makkah dan Madinah. Maka akhirnya, ibadah Haji yang suci itu diperlakukan seolah-olah permainan belaka.
Walhasil, segala perbuatan umat Islam pada waktu itu semakin jauh dari kehendak agama yang sebenarnya, sehingga, seandainya Nabi Muhammad Sallahu Alaihiwassalam sebagai pembawa syariat agama Islam hadir kembali di dunia, pastilah Baginda sangat murka melihat perbuatan umat yang sudah menyimpang jauh dari agama yang diajarkannya itu, sebagaimana murkanya Baginda terhadap orang-orang murtad dan penyembah berhala.
Dalam keadaan alam Islami yang begitu rosak dan tenggelam itu, tiba-tiba terdengarlah suara sayup-sayup dari tengah-tengah padang pasir, berseru untuk membangunkan Islam yang sedang nyeyak tidur, mengajak kepada islah dan kembali kepada jalan yang lurus demi memurnikan kembali tuntutan agama sesuai dengan tuntutan ALLAH dan Rasul yang hakiki.
Jeritan hati nurani ini adalah jeritan seorang mujadid besar, Muhammad bin Abdul Wahab yang memancarkan api dan cahaya Islam kembali. Seruan ini akhirnya berkumandang ke seluruh dunia Islam dan akan membawa umat Islam ke atas keikhlasan jiwa untuk mengembalikan kepada ketinggian Islam kembali."
Begitulah tulisan Amir Syakib Arsalan dalam menukilkan ulasan seorang penulis terkenal bangsa Amerika yang bukan Islam itu tentang Siapakah Wahabi Itu?
Setelah kita turunkan dua petikan tulisan dari kalangan penulis Muslim dan bukan Muslim, ianya sudah cukup bagi mewakili ulasan-ulasan penulis lainnya.
Kematiannya
Muhammad bin Abdul Wahab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun lebih di Dar'iyah. Keseluruhan hidupnya diisi dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan berjihad serta mengabdikan sebagai Menteri Penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab.
Dan ALLAH telah memanjangkan usianya sehingga mencecah umur 92 tahun, sehingga beliau dapat menyaksikan sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan pendukung-pendukungnya. Semua itu adalah berkat pertolongan ALLAH dan berkat dakwah dan jihadnya yang gigih dan tidak kenal menyerah kalah.
Kemudian, setelah puas melihat kemenangannya di seluruh negeri Dar'iyah dan sekitarnya, dengan hati yang tenang, perasaan yang lega, Muhammad bin Abdul Wahab menghadap Tuhannya. Beliau kembali ke Rahmatullah pada tanggal 29 Syawal 1206H, bersamaan tahun 1793M di usia 92 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Dar'iyah (Najd).
Semoga ALLAH melapangkan kuburnya, dan menerima segala amal solehnya serta mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH Subhanawata'ala. Amin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2024/09/tentangan-terhadap-dakwah-wahabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengaruh Wahabi Terhadap Gerakan Pembaharuan Islam Antarabangsa

Pengaruh Wahabi Terhadap Gerakan Pembaharuan Islam Antarabangsa

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 134 hits
Artikel Sebelumnya Adalah suatu hal yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sesungguhnya pergerakkan Wahabi atau lebih tepat disebut Muwahiddun yang digerakkan di padang pasir Najd pada abad ke 12H merupakan suatu pergerakan terbesar dalam s...
Jppk Diarah Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Tiktok Abang Bas

Jppk Diarah Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Tiktok Abang Bas

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 138 hits
HARRITH HISHAMTangkap layar antara kandungan yang dimuat naik di TikTok Abang Bas PETALING JAYA Jabatan Pembangunan Kanak Kanak diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik video kanak kanak di...
Sijil Halal Sikap Ekstrem Dap Terhadap Islam

Sijil Halal Sikap Ekstrem Dap Terhadap Islam

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 185 hits
harakahdaily comSeptember 8 2024Dr Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA TERENGGANU Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi melihat kenyataan pemimpin DAP berhubung sijil halal adalah satu contoh sikap ekstrem dan melampau parti...
Tarik Balik Bantahan Mccbchst Cabaran Terhadap Islam Kata Pas

Tarik Balik Bantahan Mccbchst Cabaran Terhadap Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 189 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 3 2024 1 54 PMPAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatkan pegawai agama Islam di semua jabatan kerajaan Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bantahan ...
Prk Mahkota Annuar Lancar Perang Psikologi Terhadap Bn Tak Perkecil Bersatu

Prk Mahkota Annuar Lancar Perang Psikologi Terhadap Bn Tak Perkecil Bersatu

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 159 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2024 08 00 AMPenganalisis berkata Annuar Musa sedar BN jauh di hadapan berdasarkan gabungan undinya dan PH berbanding 7 614 undi diperoleh PN pada PRN Johor 2022 BN mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Huss...
Kalimat Bully Terhadap Diri Sendiri 1 0 Bukan Orang Lain Kita Juga Sering Jahat Pada Diri Sendiri

Kalimat Bully Terhadap Diri Sendiri 1 0 Bukan Orang Lain Kita Juga Sering Jahat Pada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 117 hits
Kita sering bilang orang lain jahat pada kita tetapi sebenarnya kita pun sering menjahati diri sendiri Kalimat kalimat ini jangan diteruskan lagi ya
Mengecam Adalah Trend Dakwah Hari Ini

Mengecam Adalah Trend Dakwah Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 63 hits
Ada sebuah post tular di Facebook pada hari sambutan kemerdekaan tempoh hari Catatan dibuat oleh seseorang tentang berdosanya rakyat Malaysia beragama Islam yang sanggup berhimpun awal di padang dataran menunggu sambutan perayaan tersebut s...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket